Postingan

Menampilkan postingan dari Februari, 2011

Agar-Agar Delima Istana

Gambar
Sumber :  Cikgu Mi (Mesra.Net) dan Izanman.blogspot.com di olah semula oleh K1 Agar-Agar Delima Istana Bahan-bahan 37.8 gm agar-agar panjang (strips agar-agar) Bancuhan Telur 3 cawan air 1 cawan sirap cocktail (dari 1 tin Tropical fruit cocktail diasingkan sirap dan buahnya) 1 tin susu cair ideal / susu segar 1 tin (505gm) susu pekat manis 6 biji telur gred A dipukul dahulu 1 sudu teh esen vanila Bahan Taburan 1/2 tin buah cocktail 1 cawan mixed fruits (ceri merah dan hijau, kismis,blackcurrent)   Cara-cara 1. Rendam agar-agar panjang selama 4 jam.  Toskan, tanpa memotong agar-agar tadi. 2. Didalam bekas lain, satukan semua bahan bancuhan telur, pukul ringan hingga rata.  Tapis. 3. Basahkan loyang, penuhi dasar loyang dengan agar-agar panjang.  Kemudian tabur dengan sedikit bahan taburan hingga rata.  Tuang pula bancuhan telur hingga menutupi agar-agar dan buah tadi. 4. Ulangi melapis berselang seli agar-agar, buah dan bancuhan telur hingga habis.  Lapisan terakhir tabur dengan bua

Pulut Serikaya

Gambar
Pulut Serikaya Lapisan Bawah 250gm beras pulut (rendam 2-3 jam) 150ml santan KARA 100ml air 1 sudu teh garam halus 1 helai daun pandan di simpul Lapisan Atas 120gm gula merah / gula melaka 50gm gula pasir 60ml air 200ml santan KARA 50gm tepung beras 5 biji telur - dipukul ringan 1 sudu teh esen vanila 1/8 sudu teh garam halus Loyang 7" atau 8" Cara-cara : 1.  Lapisan Bawah :  Toskan pulut, gaul bersama santan dan garam.  Masukkan daun pandan.  Kukus selama 30 minit.  Angkat, keluarkan daun pandan dan gaul pulut hingga rata.  Kemudian masukkan dalam loyang lain yang telah dileser sedikit minyak atau di alas dengan plastik.  Tekan hingga padat dan ratakan. 2.  Lapisan Atas :  Masak gula melaka, gula dan air hingga larut.  Biarkan sejuk dahulu. 3.  Satukan santan, tepung beras, esen vanila, garam dan telur, gaul hingga sebati, kemudian masukkan sirap gula melaka, gaul hingga rata dan tapis ke dalam periuk.  Masak di atas api sederhana hingga naik wap sahaja. 4.  Tuang ke atas l

Sambal Udang Petai Masam Manis

Gambar
Sambal Udang Petai Masam Manis Bahan-bahan 300gm udang sederhana (cuci dan toskan) 1 labu bawang besar - potong bulat 100gm petai Bahan Kisar 6 tangkai cili kering (rendam dahulu) 1 tangkai cili merah 1/2 labu bawang besar 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih minyak untuk menumis Bahan Perasa 1 sudu makan air asam jawa 2 sudu makan sos plum 1 sudu makan gula melaka yg diracik sedikit air gula dan garam secukupnya Cara-cara : 1.  Tumis bahan kisar hingga naik baunya.  Masukkan petai  dan bawang besar, gaul rata dan biarkan masak seketika. 2.  Masukkan udang bersama air asam jawa dan sedikit air.  Biarkan mendidih, kemudian perasakan dengan gula melaka, sos plum, gula dan garam.  Masak hingga sambal menjadi pekat. 3.  Sedia dihidangkan.

Carrot Pineapple Cupcake

Gambar
Carrot Pineapple Cupcake Bahan-bahan 330gm tepung superfine 1 sudu teh baking powder 2 sudu kecil serbuk kayu manis 250gm mentega 300gm gula kaster 2 sudu teh esen vanila 5 biji telur Grade B 350gm parutan carrot 200gm nenas dalam tin (di dadu kecil) 100gm kismis Menghasilkan 30 cupcake medium size atau sebiji kek 8" Cara-cara : 1.  Ayak bersama tepung, baking powder dan serbuk kayu manis.  Ketepikan. 2.  Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang dan berkrim.  Masukkan telur satu persatu sambil di pukul hingga sebati.  Perlahankan pengadun, masukkan parutan carrot, tepung, nenas dan kismis.  Gaul hingga rata. 3.  Tuang adunan 3/4 penuh ke dalam cawan kertas atau loyang 8" yang di alas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C hingga masak.  Tempoh membakar bergantung pada saiz cawan antara 20-25 minit. Cream Cheese Frosting 150gm krim keju (suhu bilik) 60gm mentega 70gm gula ising 1 sudu teh jus lemon / orange Cara :  Pukul semua bahan hingga berkrim dan tidak berketul

Salad Sayur Campuran / Mixed Vegetable Salads

Gambar
Salad Sayur Campuran / Mixed Vegetable Salads Bahan-bahan (Ingredient) 1 batang timun 1 biji tomato 1 biji cili bangala (capsium) 5 kelopak daun salad 2 kelopak kobis unggu 1 ulas bawang putih (parut halus) 1 sudu besar minyak zaitun 1 sudu besar jus lemon 1 sudu kecil garam halus 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam [message] Cara-cara :  Cuci, tos dan potong/hiris semua sayuran, gaulkan bersama parutan bawang putih, minyak zaitun, jus lemon, garam dan serbuk lada hitam hingga rata.  Hidang bersama mayonnies / thousand island dressing.

Tenggiri Masak Kicap

Gambar
Tenggiri Masak Kicap Bahan-bahan 4 keping ikan tenggiri sedikit garam 1 tangkai cili merah di hiris 1 labu bawang besar - di potong bulat 1 biji tomato dibelah empat Bahan Kisar 1/2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 2 hiris halia di mayang halus Minyak untuk menumis Bahan Perasa 1/2 cawan kicap manis 1 sudu besar kicap hitam (pekat) 1 sudu besar air asam jawa sedikit air garam dan gula secukup rasa Cara-cara : 1.  Ikan dibersih dan dilumur sedikit garam dan digoreng.  Ketepikan. 2.  Tumis bahan kisar dan halia hingga naik baunya, masukkan bahan perasa, sedikit air dan biarkan mendidih 3.  Masukkan cili hiris, tomato dan bawang besar, gaul rata, kemudian masukkan ikan dan biarkan seketika sehingga kuahnya agak pekat.  Angkat dan hidangkan.

Kek Lapis Keju Blueberry

Gambar
Kek Lapis Keju Blueberry Bahan A 400gm mentega 250gm krim keju (suhu bilik) 100gm gula kastor 14 biji kuning telur 5 sudu makan susu pekat manis Bahan B 100gm gula kastor 7 biji putih telur 1/4 sudu teh krim tartar Bahan C 220gm tepung Hong Kong 100gm coffeemate / krimer 1 sudu teh serbuk penaik 200gm blueberi filling Pewarna unggu Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Alas tin pembakar 8in x 8in dgn kertas minyak. Cara-cara : 1. Bahan A :   Satukan mentega, krim keju dan gula kastor, pukul hingga kembang dan berkrim.  Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan susu pekat sambil dipukul hingga sebati dan tidak berketul. Kemudian tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan. 2. Bahan B : Di dalam bekas lain, satukan putih telur, gula kastor dan krim tartar. Pukul hingga adunan kembang dan bertanduk. 3. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong, coffeemate dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi.  Kemudian tuangkan pula adunan putih telur tadi, kaup balik

Tapai Ubi Kayu

Gambar
Tapai Ubi Kayu Bahan-bahan 1kg ubi kayu (kupas dan bersihkan) 1 ketul ragi Daun pisang untuk membungkus Cara-cara : 1.  Potong ubikayu mengikut saiz yang dikehendaki.  Rebus 3/4 masak, (jangan sampai empuk)  tos dan biarkan sejuk dahulu. 2.  Atur ubikayu di dalam bekas Tupperware (bekas kedap udara) yang berlapik daun pisang, masukkan ragi ke dalam penapis teh, gesekkan hingga halus ke atas ubikayu hingga rata.  Susun selapis lagi ubikayu dan gesek / taburkan lagi dengan ragi, buat hingga habis. 3.  Tutup bekas dengan rapat  dan perap selama 2 hari atau hingga tapai naik baunya. 4.  Untuk tahan lebih lama, simpan di dalam peti sejuk. Contoh Ragi untuk membuat tapai ubi dan pulut

Apam Beras

Gambar
Sumber :  Cha@Myresipi   Bahan-Bahan 2 cawan nasi 2 cawan gandum 2 cawan tepung beras 1 cawan gula perang 3/4 cawan gula pasir 2 1/2 cawan air 1 sudu kecil yis segera Kelapa parut + sedikit garam Cara-cara : 1.  Kisar nasi dan air hingga halus, kemudian masukkan yis, gula perang dan gula, kisar hingga sebati. 2.  Satukan tepung gandum dan tepung beras,  tuangkan nasi yang dikisar tadi, gaul hingga sebati.  Perap selama 3 jam. 3.  Panaskan pengukus, leser acuan dengan sedikit minyak. 4.  Tuang adunan sehingga penuh ke dalam acuan lompang dan kukus dengan api besar selama 15 minit. 5.  Angkat dan hidang bersama kelapa parut.

Pulut Kuning

Gambar
Pulut Kuning Bahan-bahan 500 gram beras pulut Sekeping asam gelugur 2 sudu teh serbuk kunyit 2 helai daun pandan (disimpulkan) 200 ml santan pekat 200 ml air 1 1/2 sudu teh garam 1. Cuci pulut kemudian rendam semalaman di dalam air dengan asam gelugur dan serbuk kunyit. 2. Ketepikan asam, kukus pulut dengan daun pandan kira-kira 30 minit atau hingga tiga suku masak. 3. Angkat pulut, letak di dalam mangkuk besar. 4. Gaul santan dan garam, kacau bersama pulut tadi. 5. Kukus semula selama 15-20 minit atau hingga masak.

Agar-agar Lumut

Gambar
Agar-agar Lumut Bahan A 15gm serbuk agar-agar 750ml air 225gm gula pasir Bahan B 5 helai daun pandan + 250ml air (kisar jadikan jus pandan) 350ml santan pekat KARA 2 biji telur 1/8 sudu teh garam halus Pewarna hijau Loyang 8" atau acuan disukai (basahkan terlebih dahulu) Cara-cara : 1.  Masak bahan A hingga mendidih, perlahankan api. 2.  Bahan B :  Kisar daun pandan dan air, tapis kemudian campurkan dengan santan, garam, pewarna dan telur.  Kocok sedikit dan tapis ke dalam agar-agar yang mendidih tadi.  Biarkan seketika baru di kacau perlahan-lahan. 3.  Tuang ke dalam acuan yang disukai. 4.  Biarkan suam dahulu baru disimpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Lapis Kismis Ubi Kayu

Gambar
Lapis Kismis Ubi Kayu Bahan A 900gm ubi kayu parut 200ml santan KARA 200ml air 100gm mentega dicairkan (3 sudu makan) 150gm gula 60gm susu pekat manis (3 sudu makan) 2 biji telur - di pukul hingga berbuih Bahan B 200gm kismis / blackcurrent Pewarna hijau 1 sudu teh esen vanila Cara-cara : 1.  Satukan semua bahan A, gaul rata dan sebatikan.  Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian diwarnakan hijau dan satu lagi dibiarkan dengan warna asal. Kemudian jadikan 2 lapisan hijau dan 2 lapisan asal. 2.  Alas loyang 8" empatsegi dengan daun pisang.  Ambil adunan hijau, taburkan dengan kismis (tekan kismis ke dalam adunan), kukus selama 10 minit dalam pengukus yang dipanaskan terlebih dahulu. 3.  Kemudian ambil adunan kuning, ratakan ke atas lapisan hijau, tabur kismis, kukus selama 10 minit.  Ulangi proses berselang seli warna hingga habis. 4.  Angkat dari pengukus, panaskan oven pada suhu 200C.  Bakar kek tadi menggunakan api atas dan bawah selama 20 minit atau hingga permukaannya keper

Agar-agar Lapis Pelangi

Gambar
Agar-agar Lapis Pelangi Bahan A (Agar Jernih) 25gm serbuk agar-agar 1500ml air 250gm gula 1 helai daun pandan Bahan B (Agar Santan) 25gm serbuk agar-agar 1500ml air 250gm gula 100gm serbuk santan (2 pkt 50gm) 1 helai daun pandan Pewarna unggu, biru, hijau, kuning (atau yg disukai) Loyang 8" atau 9" (basahkan dahulu) Cara-cara : 1.  Masak bahan A hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit. 2.  Masak bahan B hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit. 3.  Tuang 350ml agar-agar santan tambahkan pewarna unggu dan tuang ke dalam loyang hingga hampir beku. 4.  Kemudian tuang 350ml agar-agar jernih tambahkan pewarna unggu dan tuang ke atas agar-agar tadi. 5.  Ulangi langkah No. 3 dan No. 4 berselang seli agar-agar berwarna santan dan agar-agar berwarna jernih. *** Sentiasa panaskan agar-agar setiap kali hendak menuangkannya supaya lapisannya tidak terpisah.  cakar sedikit permukaan agar-agar sekiranya telah beku sebelum menuangkan lapisan

Kek Lapis Indonesia / Lapis Legit

Gambar
Kek Lapis Indonesia / Lapis Legit Bahan A 450gm mentega 150gm gula kastor 20 biji kuning telur 5 sudu makan susu pekat manis 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh pewarna kuning telur Bahan B 150gm gula kastor 6 biji putih telur 1/2 sudu teh serbuk krim tartar Bahan C 220gm tepung Hong Kong 2 sudu teh serbuk rempah campuran 1/2 sudu teh serbuk kayu manis 1 sudu teh serbuk penaik Loyang 8 x 8" di alas dengan kertas minyak pada dasarnya Cara-cara : Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga berkrim. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit dan pewarna sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur, gula dan krim tartar hingga kembang dan bertanduk. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong, serbuk rempah campuran dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.  Masukkan adunan

Kek Lapis Moscovis

Gambar
Kek Lapis Moscovis Bahan A 300gm mentega 120gm gula kastor 12 biji kuning telur 5 sudu makan susu pekat manis 2 sudu kecil pes oren Bahan B 50gm gula kastor 6 biji putih telur 1/4 sudu teh krim tartar Bahan C 180gm tepung Hong Kong 1 sudu teh serbuk penaik 1 1/2 sudu teh rempah spoekek Bahan D 300gm buahan kering campuran Loyang 8" persegi di alas kertas minyak pada dasarnya Cara-cara : 1.  Bahan A :  Pukul mentega, susu pekat dan gula hingga kembang kan berkrim.  Masukkan telur satu persatu, pes oren dan pukul hingga sebati dan berkrim.  Tuang ke dalam mangkuk besar. 2.  Bahan B :   Dalam mangkuk lain, pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan. 3.  Bahan C :  Masukkan tepung, rempah dan serbuk penaik ke dalam adunann mentega tadi, gaul perlahan-lahan hingga sebati. 4.  Kemudian masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit dan kaup balikkan sehingga bergaul rata dengan adunan mentega. 5.  Ambil satu sendok/cawan adunan, ratakan dalam dasar loyang, tabur dengan b

Ketupat Jagung

Gambar
Ketupat Jagung Bahan-bahan 1 cawan beras pulut (direndam semalaman) 1 helai daun pandan 1/2 cawan santan pekat 1/2 cawan gula 1/2 cawan jagung manis (direbus dulu) 1/2 cawan kelapa parut muda 1/4 sudu teh garam halus Kulit jagung untuk membungkus Cara-cara : 1.  Toskan pulut dan kukus selama 20 minit.  Angkat dan masukkan ke dalam bekas. 2.  Didihkan santan, gula, garam dan daun pandan hingga gula larut.  Tuang ke atas pulut tadi, gaul hingga sebati. 3.  Masukkan jagung dan kelapa parut muda, gaul rata dan biarkan selama 10 minit hingga santan mesra. 4.  Ambil sehelai kulit jagung (jika keras, rendam sekejap dalam air panas) lap dan keringkan.  Isi di tengahnya dengan pulut, gulung dan padatkan.  Ikat kedua hujung dengan kulit jagung yang disiat seperti tali.  Ikat dengan kemas.  Buat hingga habis. 5.  Atur di dalam pengukus dan kukus semula selama 10 minit.  Sejukkan dahulu sebelum dihidang.

Jagung Rebus

Gambar
Jagung Rebus Bahan-bahan 5 ketul jagung manis - buang kulit luar Secukupnya air sedikit mentega / marjerin sedikit susu pekat manis Cara :  Rebus atau kukus jagung tanpa garam hingga empuk.  Apabila masak, sapu dengan sedikit mentega atau marjerin dan susu pekat manis.  Sedia dinikmati. *** jika mau jagung yang masin, masukkan garam setelah jagung hampir empuk, supaya isinya tidak liat.

Bok Choy - Stir Fry

Gambar
Bok Choy - Stir Fry Bahan-bahan 1 paket bok choy (7 batang) 3 ulas bawang putih dicincang 2 sudu besar minyak bijan 2 sudu besar kicap cair sedikit air secubit garam 1 sudu kecil tepung jagung (larutkan dengan sedikit air) Cara-cara : 1.  Cuci bersih bok choy terutama di bahagian kelopak bawahnya.  Biarkan sebatang atau dileraikan. 2.  Didihkan air bersama sedikit minyak masak.  Masukkan bok choy, biarkan sekejap saja, angkat dan toskan.  Susun di dalam pinggan. 3.  Tumis bawang putih dengan minyak bijan hingga keperangan.  Masukkan air, kicap cair dan air (jika ingin berkuah) biar mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung, gaul rata.  Angkat dan tuangkan ke atas bok choy yang disusun tadi.

Tonyoh Ubi Kayu

Gambar
Tonyoh Ubi Kayu  Bahan A 1/2 kg parutan ubi kayu kuning (yang disagat kasar) 1/3 cawan gula 1/2 cawan kelapa parut muda 1/4 sudu teh garam Bahan B 1/2 cawan kelapa muda parut sedikit garam Cara-cara : 1.  Panaskan pengukusl.  Satukan semua bahan A, gaul sebati dan kukus hingga masak di dalam pengukus berlubang kecil. 2.  Angkat, biarkan suam sedikit baru dimasukkan ke dalam acuan disukai atau digentel bulat. 3.  Keluarkan dari acuan dan hidang bersama bahan B. Tonyoh Ubi Kayu

Sotong Goreng Tepung

Gambar
Sotong Goreng Tepung Bahan-bahan 5 ekor sotong sederhana - di potong bulat 200gm tepung naik sendiri 70gm tepung kastard 150gm tepung jagung 1 sudu besar serbuk kari ikan sedikit serbuk lada sulah 1 biji telur ayam - dipukul sedikit garam secukup rasa Minyak untuk menggoreng   Cara-cara : 1.  Rebus sotong sehingga separuh masak tanpa air.  Angkat dan toskan. 2.  Satukan semua tepung, serbuk kari, garam dan lada sulah, gaul hingga rata. 3.  Masukkan sotong ke dalam telur, gaul rata dan golekkan ke atas campuran tepung tadi. 4.  Goreng hingga keperangan. 5.  Kaedah lain :   Campurkan campuran tepung, telur dan sedikit air hingga menjadi batter yang boleh melekat pada sotong dan goreng hingga keperangan. 6.  Sotong direbus dahulu untuk mengelak dari meletup dan tidak liat apabila digoreng. Sos Cili 400ml air 100ml air asam jawa 200gm gula melaka 4 tangkai cili merah - di kisar halus 2 sudu besar sos cili Cara :   Campurkan semua bahan dan didihkan hingga separuh pekat.  Hidang bersama sot

Basic Coleslaw

Gambar
Basic Coleslaw Bahan-bahan 4 cawan parutan kobis putih 2 cawan parutan kobis unggu 1 batang parutan carrot 2-3 sudu besar mayonnise gula dan garam secukup rasa 1/8 sudu teh serbuk lada sulah 1 sudu besar minyak zaitun 2 sudu kecil cuka / jus lemon Cara-cara : Satukan semua bahan, gaul rata dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

Kentang Putar Bakar / Baked Mashed Potatoes

Gambar
Kentang Putar Bakar / Baked Mashed Potatoes Bahan-bahan 800gm ubi kentang 1 ulas bawang putih di ketuk 2 sudu besar marjerin 1/2 cawan susu segar 1/3 cawan double krim jika suka 2 sudu teh parsley kering / rosemary 1/8 sudu teh serbuk lada sulah / serbuk lada hitam Cara-cara : 1.  Kupas ubi kentang dan rebus bersama bawang putih hingga empuk.  Toskan.  Lenyek ubi kentang hingga halus ketika masih panas.  Ketepikan. 2.  Panaskan susu segar, double krim dan marjerin hingga marjerin cair.  Masukkan ubi kentang, gaul hingga rata.  Perasakan dengan serbuk lada sulah atau lada hitam.  Akhir sekali masukkan daun parsley kering, gaul hingga rata. 3.  Masukkan 1/2 adunan ubi kentang ke dalam acuan di sukai yang di leser dengan sedikit marjerin, untuk bahagian atasnya masukkan adunan kentang ke dalam piping bag dengan nozzle dan pipe bentuk kegemaran. 4.  Bakar pada suhu 200C selama 5 minit atau hingga atas keperangan. 5.  Dihidang begitu saja atau bersama gravy. Sos Kentang Putar / Gravy 1 1/2

Gelembong Buaya

Gambar
Gelembong Buaya Bahan-bahan 1kg kelapa parut putih 120gm tepung beras (bancuh dgn 6 sudu besar air) 480gm gula pasir 2 sudu kecil pes pandan sedikit pewarna oren sedikit perwarna hijau Cara-cara 1. Masukkan kelapa parut dan gula pasir ke dalam kuali. Kacau rata sehingga sebati. 2. Kemudian masukkan bancuhan tepung beras kacau di atas api sederhana sehingga sebati dan agak kering. 3. Bila kering, bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian dimasukkan pes pandan dan perwarna hijau dan satu bahagian lagi dimasukkan perwarna oren. 4. Masukkan adunan hijau kedalam loyang, tekan padat dan ratakan kemudian lapiskan dengan warna oren di atasnya. Biarkan sejuk seketika dan bolehlah di hidangkan.

Kek Lapis Kukus Keju Brownies

Gambar
Kek Lapis Kukus Keju Brownies Bahan A 500gm brownies mix 6 biji telur 100ml susu segar 100ml susu pekat manis Bahan B 500gm krim keju - suhu bilik 100gm gula kaster 3 biji telur 1 sudu kecil esen vanila Loyang 9" Cara-cara : 1.  Satukan bahan A dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan ringan.  Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. 2.  Bahan B :  Putar keju dan gula kaster hingga licin dan tidak berketul, masukkan telur satu persatu dan esen vanila.  Pukul hingga rata.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 3.  Alas dasar loyang dengan kertas minyak, sapu tepinya dengan majerin.  Tuang 1 bahagian adunan brownies dan kukus selama 8 minit.  4.  Angkat dan tuangkan adunan krim keju, kukus selama 8 minit. 5.  Ulangi melapis adunan brownies dan keju hingga habis.