Postingan

Menampilkan postingan dengan label Desserts

Puding Keju Oren Sunquick

Gambar
Puding Keju Oren Sunquick Recipe by Kak Wan Bahan-bahan Lapisan Keju 200 ml susu segar 100 ml air 50 gm gula pasir 1 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar 50 gm krim keju, 10 gm gula pasir (putar) Cara-cara : Putar krim keju dan gula pasir hingga licin.  Ketepikan. Satukan air, serbuk agar-agar dan gula pasir.  Masak hingga gula larut. Masukkan susu segar, masak dengan api kecil. Ambil 2 senduk larutan agar-agar, masukkan ke dalam adunan keju. Kacau hingga keju licin dan tidak berketul. Tuang adunan keju ke dalam periuk agar-agar dan masak dengan api kecil sebentar. Tuang ke dalam gelas dessert, simpan sebentar di dalam peti sejuk hingga beku. Setelah beku, masukkan fruits cocktail secukupnya. Akhir sekali, tuang lapisan agar-agar oren di atasnya. Simpan di dalam peti sejuk hingga agar-agar beku. Lapisan Oren 400 ml air 2 sudu teh serbuk agar-agar 60 gm gula pasir 2 sudu besar Sunquick Tropikal 1 tin kecil fruits cocktail, tapis airnya Cara-cara : Masak air, agar-agar dan gula hingg...

Bubur Jagung Kacang Merah

Gambar
Bubur Jagung Kacang Merah Bahan-bahan 200gm kacang merah 2 tongkol jagung manis dikikis isinya 2 sudu makan sagu halus 500ml santan 100gm gula melaka di racik secubit garam sehelai daun pandan Cara-cara : Rebus kacang merah dan jagung manis hingga empuk secara berasingan. Toskan kacang merah manakala jagung manis simpan air rebusannya. Masukkan air rebusan jagung, santan, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk. Didihkan dengan api kecil, masukkan sagu yang telah dicuci bersama kacang merah dan jagung manis.  Letak sedikit garam.  Kacau hingga rata. Biarkan mendidih sebentar, tutup api dan sedia dinikmati. Bubur Jagung Kacang Merah

Puding Roti Pandan Gula Melaka

Gambar
Puding Roti Pandan Gula Melaka  Bahan-bahan 8 keping roti 150 ml santan kotak KARA 250 ml air 50 gm gula pasir 2 sudu besar mentega cair 3 biji telor B 1/4 sudu teh garam 1 sudu besar pandan emulco Loyang 8 in Loose Base, Alas dasar dengan baking paper dan oles keliling dengan mentega. Loyang 10 in di isi air panas Penyediaan : Carik-carikkan roti, masukkan ke dalam mangkuk.  Ketepikan. Satukan santan, air, gula, telur, pandan emulco dan garam ke dalam pengisar.  Kisar sebati. Tuang ke dalam mangkuk berisi roti bersama mentega cair. Gaul rata dan biarkan sehingga roti menyerap adunan santan. Tuang ke dalam loyang, tekan dan ratakan adunan roti. Bungkus dasar loyang dengan aluminium foil atau letakkan 4 acuan kecil sebagai tapak, letakkan loyang di atasnya supaya air tidak masuk ke dalam loyang. Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar api atas bawah selama 35 - 40 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven, tekan permukaan roti biar mampat dan sejukkan dahulu. Longgarkan ...

Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding

Gambar
Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding Bahan-bahan 8 keping roti 400 ml susu segar / susu sejat 50 gm gula pasir 2 sudu besar mentega cair 3 biji telor B 1/4 sudu teh garam 2 biji pisang emas - potong kecil Loyang 8 in Loose Base, Alas dasar dengan baking paper dan oles keliling dengan mentega. Loyang 10 in di isi air panas Penyediaan : Carik-carikkan roti, masukkan ke dalam mangkuk.  Ketepikan. Satukan susu, gula, telur dan garam ke dalam pengisar.  Kisar sebati. Tuang ke dalam mangkuk berisi roti bersama mentega cair dan hirisan pisang. Gaul rata dan biarkan sehingga roti menyerap adunan susu. Tuang ke dalam loyang, tekan dan ratakan adunan roti. Bungkus dasar loyang dengan aluminium foil atau letakkan 4 acuan kecil sebagai tapak, letakkan loyang di atasnya supaya air tidak masuk ke dalam loyang. Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar api atas bawah selama 35 - 40 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven, tekan permukaan roti biar mampat dan sejukkan da...

Puding Kopi Berlapis Keju / Coffee Cheese Pudding

Gambar
Puding Kopi Berlapis Keju / Coffee Cheese Pudding Bahan-bahan 700ml air 8gm serbuk agar-agar 100gm gula pasir 2 kuning telur 2 sudu besar susu pekat manis 130ml susu segar 50gm cream cheese 3 sudu kecil serbuk nescafe / kopi 100ml air panas Loyang kecil 10cm Penyediaan : Satukan air, serbuk agar-agar dan gula.  Masak hingga mendidih.  Ketepikan.  Tutup periuk supaya tidak cepat beku. Satukan kuning telur dan susu pekat, whisk hingga rata.  Ketepikan Dalam periuk lain, masak susu segar dan cheese hingga larut. Kemudian tuang adunan cheese sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi, whisk hingga rata dan tidak berketul. Kemudian tapis ke dalam periuk dan masak semula hingga hampir pekat dengan api kecil. Ambil 250ml larutan agar-agar dan tuang ke dalam larutan cheese, whisk hingga sebati. Bancuh serbuk nescafe dan air panas, kemudian masukkan ke dalam baki larutan agar-agar.  Kacau hingga rata. Agar-agar kopi dan cheese di bahagi kepada 2 bahagian setiap satu...

Mangga Pulut Hitam

Gambar
Mangga Pulut Hitam Bahan-bahan  2 biji mangga - potong ikut suka 100gm beras pulut hitam 150gm beras pulut putih 200ml santan cair + 1/4 sudu teh garam 2 helai daun pandan - carikkan Sos santan 300ml santan pekat 2 sudu besar gula pasir 1/4 sudu kecil garam 2 helai daun pandan 2 sudu kecil tepung jagung larutkan dgn sedikit air Satukan semua bahan kecuali tepung jagung.  Masak hingga gula larut.  Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, kaca rata dan masak hingga sos nampak pekat. Cara-cara : Rendam pulut hitam dan putih secara berasingan selama 3 jam. Toskan dan satukan kedua pulut, masukkan santan dan kukus bersama daun pandan selama 30 - 35minit. Hidang bersama mangga dan sos santan. Mangga Pulut Hitam

Puding Sago Fruity Tutty

Gambar
Puding Sago Fruity Tutty Bahan-bahan 1/2 cawan sago kecil 1 liter air 1/3 cawan jagung tin (whole kernel) Sirap Gula 1 cawan gula pasir 1/2 cawan air 2 helai daun pandan Satukan gula pasir, air dan daun pandan.  Masak hingga gula larut.  Biarkan sejuk. Santan 1 cawan santan pekat (kotak) 1/4 cawan air 1/4 sudu teh garam 1 sudu besar tepung beras Satukan santan, air, garam dan tepung beras.  Tapis ke dalam periuk dan masak hingga nampak pekat. Sejukkan dahulu. Buah-buahan pilihan :  Cantalope, melon, tembikai, pisang, kiwi, manga, blueberry, buah naga, nangka - potong atau scoop Cara-cara : Cuci sagu dan toskan.  Masak air hingga mendidih, kemudian masukkan sagu.  Masak hingga sagu menjadi jernih.  Angkat dan toskan ke dalam penapis. Kemudian alirkan air paip ke atas sagu dan bilas beberapa kali sehingga kanjinya hilang. Toskan sekali lagi kemudian gaulkan dengan jagung. Masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap.  Simpan di dalam peti s...

Kuih Nona Manis

Gambar
Kuih Nona Manis Resepi Asal : Warisan Mama Sumber :  Azlita Aziz & Rujukan : Hesti's Bahan A 1 biji telur B - kocok hingga kembang 1/2 cawan gula halus (125gm) 1 cawan santan KARA (250ml) atau (1/2 cawan santan KARA + 1/2 cawan air) 1 cawan tepung gandum (145gm) Cara :  Dalam bekas, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.  Masukkan telur yang di pukul dan whisk hingga rata dan tidak berketul.  Ketepikan Bahan B 1/2 cawan santan KARA(125ml) 1/2 cawan air pandan (125ml) - (5 helai daun pandan + 1/2 cawan air. Kisar dan tapis) 1/4 cawan gula halus (55gm) 1/4 cawan tepung jagung (30gm) secubit garam (1/4 sudu teh) sedikit pewarna hijau apple sedikit pandan emulco (optional) Cara-cara : 1.  Dalam periuk, Satukan air pandan dan santan.  Kemudian campurkan gula, tepung jagung, garam, pandan emulco (optional) dan sedikit pewarna hijau apple, tambah pewarna jika perlu untuk warna yang lebih menyerlah. 2.  Whisk hingga rata...

Creme Brulee

Gambar
Creme Brulee Sumber :  FB Qaseira Ummi / Buku Food Loves Dessert Bahan-bahan 200ml susu segar 200ml whipping cream 2,3 titis esen vanilla 1/4 cawan gula 2 biji kuning telur 2 biji telur (* saya gunakan 1 biji sahaja) Gula untuk ditabur di atas creme brulee 6 biji remekin  Cara-cara : 1.  Panaskan susu dan whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biarkan suam sebentar. 2.  Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati. Tapiskan. 3.  Masukkan ke dalam remekin hingga 3/4 penuh. Susun remekin dalam loyang yang telah diisi dengan air panas. *Saya letak dulu loyang dalam oven dan baru tuang air panas. 4.  Bakar kira-kira 15-20 minit.  Sejukkan kira-kira sejam sebelum disimpan dalam peti ais. 5.  Taburkan gula di atas creme brulee dan gunakan blow torch dengan api yang sederhana hingga gula menjadi perang. 6.  Cara lain - masukkan creme brulee...

Agar-agar Ceri Laici Yeos

Gambar
Nak cuba agar-agar ceri laici YEOS ? , cukup ringkas,  K1 hanya menggunakan produk minuman laici untuk membuat agar-agar comel ini.  Dari minuman laici kepada pencuci mulut berperisa laici yang enak, tanpa perlu menambah apa-apa perisa lain, rasa dan aroma laici sudah cukup untuk menjadikan agar-agar ringkas ini cukup segar dan enak, di hias ceri merah dan hijau sebagai penambah seri .. bagaimana jika mencubanya buat hidangan tetamu di lembaran nanti pasti ada yang teruja dengan penampilan agar-agar ceri laici YEOS yang ceria ini.. Minuman laici YEOS bukan sekadar minuman saja, ia boleh di jadikan pencuci mulut yang enak :D Agar-agar Ceri Laici Yeo's Bahan-bahan 10gm serbuk agar-agar 700ml minuman laici Yeo's 150gm gula pasir 2 helai daun pandan Pewarna merah dan hijau  Hiasan :  Maraschino ceri secukupnya  Acuan kecil Cara-cara : 1.  Masak serbuk agar-agar, minuman laici, gula dan daun pandan hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan. 2.  Bahagikan...

Puding Laici / Laychee Pudding

Gambar
Puding Laici / Laychee Pudding Bahan Lapisan Atas 10gm serbuk agar-agar 600ml air 100ml sirap laici 100gm gula pasir pewarna ungu 1 tin laici (Toskan sirapnya untuk lapisan atas dan bawah) Buah laici di bahagi 2 bahagian (1/2 untuk hiasan dan 1/2 untuk di kisar) Bahan Lapisan Bawah 15gm serbuk agar-agar 500ml air 200ml sirap laici * 10 biji buah laici* 100gm gula pasir 200ml susu sejat Ideal Loyang 9in atau acuan kecil di basahkan dahulu Cara-cara : 1.  Atur buah laici di dalam loyang ketepikan. 2.  Masak bahan lapisan atas hingga mendidih.  Masukkan pewarna yang di sukai. 3.  Tuang sedikit agar-agar ke dasar loyang, tetapi tidak melepasi ketinggian buah laici.  Biarkan agar-agar set (stabil) baru di tuang baki agar-agar (ini untuk mengelakkan buah laici terapung dan berada pada kedudukannya. 4.  Untuk lapisan bawah, kisar sirap laici bersama buah laici.  ketepikan. 5.  Masak serbuk agar-agar, air dan gula hingga mendidih.  Masukkan susu cair...

Mango Float

Gambar
Mango Float Bahan / Igredient 3/4 cawan susu pekat manis 100ml whiping cream 200gm cream cheese - lembutkan pada suhu bilik 200gm biskut cream crackers 2 biji mangga - Hiris memanjang 2 keping biskut cream cracker - hancurkan Loyang Segi 9 x 3 x 3 - Alas plastik, 1in melebihi tinggi loyang atau loose base tin (supaya senang mengeluarkannya) Cara-cara : 1.  Putar whipping cream hingga pekat.  Ketepikan. 2.  Putar cream cheese hingga licin dan tidak berketul.  Masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati.  Masukkan whipping cream tadi dan kaup balik hingga sebati. 3.  Atur kepingan biskut ke dalam loyang, masukkan adunan cream cheese dan ratakan. 4.  Kemudian atur hirisan mangga di atasnya.  Ulangi langkah 3 dan 4 hingga habis. 5.  Untuk lapisan atas, ratakan adunan cream cheese dan tabur dengan serbuk cream crackers. 6.  Tutup loyang dengan plastik wrap dan simpan di dalam freezer selama 1 jam atau di tempat chiller 5-6 jam hingga...

Puding Kek Gulung / Roll Cake Puddings

Gambar
Puding Kek Gulung / Roll Cake Puddings Bahan Kek Gulung Pandan 5 kuning telur 2 putih telur 60 gram gula kaster 1 sudu teh ovalete 25gm tepung gandum 10gm susu tepung 10gm tepung jagung 60gm mentega cair 1 sudu teh pandan emulco Jem strawberry untuk sapuan secukupnya Loyang 10 x 10 x 3 (Alas dasar dan gris dgn mentega) Cara-cara : Satukan tepung gandum, tepung susu dan tepung jagung.  Ayak dan ketepikan. Pukul telur, gula dan ovalete hingga kembang dan gebu.  Masukkan pandan emulco. Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung berselang seli dengan mentega cair, putar hingga bergaul rata. Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180c selama 15 minit hingga masak. Sapu permukaan kek dengan jem strawberry dan gulung hingga padat. Potong setebal 1/2cm dan atur di dalam mangkuk bulat.  Ketepikan. Bahan Puding 1 cawan fruit cocktail (buah sahaja) 8gm serbuk agar-agar (2 sudu kecil) 80gm gula pasir 400ml air 125ml susu sejat 1 sudu besar tepung kastard Cara-cara : Masak air,...

Agar-Agar Santan Pandan

Gambar
Agar-Agar Santan Pandan Olahan :  Agar-agar Sirap Rose Naz @ovenkecil.blogspot.com Bahan-bahan 11gm serbuk agar-agar (1 paket) 750ml air (3 cawan) 250ml air (1 cawan - kisar dengan 5 helai daun pandan, tapis) 200 gm gula pasir (1 cawan) 250 ml santan pekat (1 cawan) 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 1/4 sudu teh garam Sedikit pewarna hijau Loyang di basahkan terlebih dahulu Cara-cara 1.  Masak air, jus pandan, gula, dan serbuk agar-agar hingga larut. 2.  Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sedikit pewarna hijau. 3.  Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak keluar.  Tunggu sehingga adunan santan kelihatan berbintil-bintil. Tutup api. 4.  Tuang di dalam acuan, biarkan sejuk dan simpan di dalam peti se...

Puding Roti Rintik

Gambar
Puding Roti Rintik Bahan A 7gm serbuk agar-agar 100gm gula pasir 600ml air Pewarna : kuning, hijau dan merah Cara- cara : 1.  Satukan serbuk agar-agar, air dan gula.  Masak hingga mendidih. 2.  Bahagikan kepada 3 bahagian.  Warnakan setiap satu dengan pewarna kuning, hijau dan merah. 3.  Biarkan beku dan potong dadu.  Ketepikan. Bahan B 25gm serbuk agar-agar 300gm gula pasir 400ml santan pekat KARA atau santan kotak 1400ml air 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil pandan pes 2-3 helai daun pandan - di simpul Bahan C 3 keping roti putih - carikkan kecil-kecil 250ml susu sejat Ideal / susu cair 2 biji telur Rendam sekejap, masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus. Loyang 9in Cara-cara : 1.  Masak bahan B hingga mendidih. 2.  Tuang bahan C, kacau rata dan masak hingga mendidih. 3.  Tutup api, masukkan bahan A, kacau rata dan tuang ke dalam acuan. 4.  Sejukkan dalam peti sejuk sebelum di potong. Puding Roti Rintik

Barbie Doll Jelly Cake

Gambar
Barbie Doll Jelly Cake Bahan-bahan Acuan Barbie - Basahkan dahulu Patung Barbie Bahan A 15gm serbuk agar-agar 900gm air 200gm gula 2 helai daun pandan Bahan B 15gm serbuk agar-agar 900gm air 200gm gula 2 helai daun pandan 1 paket serbuk santan (50gm) Pewarna yang di sukai Cara-cara : 1.  Masak Bahan A dan Bahan B dalam periuk berasingan hingga mendidih.  Ketepikan. 2.  Campurkan pewarna pada bahan A. (Untuk lapisan pelangi, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yang berlainan). 3.  Bahan B agar-agar santan di biar tanpa warna. 4.  Ambil 100ml agar-agar bewarna, tuang ke dalam acuan.  Bila hampir beku, tuang 100ml agar-agar santan. 4.  Untuk lapisan kedua dan terakhir, ambil 200ml agar-agar berwarna, tuang ke dalam acuan.  Bila hampir beku, tuang 200ml agar-agar santan.  Ulangi lapisan agar-agar warna berselang seli dengan agar-agar santan hingga habis. 5.  Apabila telah beku, keluarkan agar-agar dari acuan, pacak...

Agar-agar Santan Gula Melaka

Gambar
Agar-Agar Santan Gula Melaka Sumber :  Nadz@Cute Oven,Small Kitchen Bahan-bahan 10gm serbuk agar-agar 1 liter air (4 cawan) 250gm gula melaka 250ml santan pekat (1 cawan)/santan kotak 1 biji telur ayam 1/4 garam 2 helai daun pandan - simpul Loyang atau bekas kecil - basahkan dahulu Cara-cara : 1.  Satukan santan, telur  dan garam.  Pukul ringan dengan garpu.  Ketepikan. 2.  Satukan air, serbuk agar-agar, gula melaka dan daun pandan.  Masak hingga gula larut.  Tapis ke dalam periuk yang lain untuk membuang kotoran pada gula melaka. 3.  Masak semula hingga mendidih, kecilkan api dan tuang campuran santan dan telur.  4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau untuk mengelakkan adunan membuak keluar. 5.  Bila adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api. 6.  Tuang dal...

Puding Kiwi

Gambar
Puding Kiwi Lapisan Susu 2 sudu kecil rata serbuk agar-agar 450ml susu cair 80gm gula pasir 1/4 sudu teh garam 2 titis pewarna lemon yellow Lapisan Kiwi 2 1/2 sudu kecil rata serbuk agar-agar 4 biji buah kiwi yang lembut (kupas, kisar dgn 250ml air, tapis) 250ml air 120gm gula pasir 1/8 sudu teh garam 2 titis  pewarna hijau apple Hiasan :  2 biji buah kiwi belah 2 dan hiris 4 buah bekas puding Cara-cara : 1.  Satukan bahan lapisan susu dan masak hingga mendidih.  Bahagikan kepada 2 bahagian. 2.  Tuang satu bahagian setinggi 1cm di dalam 4 bekas puding.  Biarkan hampir beku.  Ketepikan satu bahagian lagi untuk lapisan atas. 3.  Atur buah kiwi yang di potong di atas lapisan agar-agar mengelilingi bekas puding.  Ketepi dan cakar sedikit permukaannya jika sudah beku. 4.  Untuk lapisan kiwi, satukan air, gula, garam, serbuk agar-agar dan jus kiwi.  Masak hingga mendidih.  Menggunakan belakang sudu, tuang perlahan-lahan ke dalam acua...