Postingan

Menampilkan postingan dengan label Masakan Udang

Sup Udang Brocoli

Gambar
Sup Udang Brocoli Bahan-bahan 3 ulas bawang merah - di ketuk 2 ulas bawang putih - di ketuk 100 gm udang 100 gm brocoli - hiris kasar 1/2 batang carrot - potong bulat 1 batang jagung - potong bulat 1 sudu besar sos tiram 3 sudu besar air + 1 sudu teh tepung jagung (larutkan) 4 cawan air Garam secukup rasa 1 sudu kecil serbuk lada putih Sedikit minyak untuk menumis Penyediaan : Tumis bawang putih dan merah hingga sedikit perang. Masukkan air, biar mendidih.  Masukkan jagung dan carrot. Masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan garam. Kemudian masukkan udang, brocoli. Biarkan sebentar, tuang bancuhan tepung jagung. Didihkan sebentar dan angkat. Sup Udang Brocoli

Udang Kung Pao / Kung Pao Prawn

Gambar
Udang Kung Pao / Kung Pao Prawn  Sumber :  Rasamalaysia.com Bahan-bahan 12-15 udang saiz besar 1/4 gajus atau kacang - di panggang 5 tangkai cili kering - gunting 2 1/2 biji bawang besar - belah 4 1/2 biji capsicum / bell pepper - potong dadu 3 tangkai daun bawang - ambil bahagian putih saja 4 ulas bawang putih - cincang halus 2 1/2 sudu besar minyak masak Sos Kung Pao - Satukan dan gaul rata 2 sudu besar kicap cair 2 sudu besar kicap manis 1/2 sudu kecil tepung jagung 3 sudu besar air beberapa titis minyak bijan sedikit lada sulah 1/2 sudu kecil cuka hitam 1/2 sudu kecil gula Cara-cara : 1.  Cuci udang, buang kulit dan tinggalkan sedikit pada bahagian ekornya. 2.  Panaskan minyak, tumis bawang putih sebentar.  Masukkan bawang besar, capsicum dan cili kering dan gajus panggang.  Tumis hingga naik bau. 3.  Masukkan udang dan biar separuh masak.  Tuang sos Kung Pao dan kacau hingga sos agak pekat dan udang masak sepenuhnya. 4.  Tutup api dan ma...

Tom Yam Seafood

Gambar
Tom Yam Seafood Bahan-bahan 200gm sotong dihiris 200gm udang sederhana dibuang urat 2 ekor ketam belah 2 1 liter air 3 ulas bawang putih - di ketuk 2 batang serai di potong serong 3 hiris lengkuas 4-5 tangkai cili padi di ketuk 2 biji tomato - belah 4 2 sudu besar pes tomyam 2 sudu besar sos ikan 3-4 biji limau nipis - ambil jusnya 2-3 helai daun limau purut 1/2 labu bawang besar - potong tegak garam dan gula secukup rasa Daun ketumbar dan daun bawang di hiris  Cara-cara : Didihkan air bersama serai, lengkuas dan bawang putih.  Masukkan udang, sotong, dan ketam.  Celur sebentar dan angkat.  Ketepikan. Masukkan pes tomyam, sos ikan, bawang besar, cili padi dan tomato.  Biarkan hingga mendidih. Akhir sekali perasakan dengan jus limau, garam dan gula secukupnya. Tutup api dan masukkan semula udang, sotong dan ketam yang di celur tadi. Sajikan dengan daun ketumbar dan daun bawang. Udang, sotong dan ketam di celur dulu bagi mengelakkan jusnya mempengaruhi rasa masam...

Sambal Udang Petai

Gambar
Sambal Udang Petai Bahan-bahan 250gm udang - bersihkan 5 sudu besar cili kisar 1 labu bawang besar 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1/2 in belacan 1 labu bawang besar hiris bulat 1/4 cawan air asam jawa sedikit serbuk kunyit garam dan serbuk perasa secukupnya 1 cawan air 1 sudu besar gula garam secukupnya 1 pack kecil petai - belah  Cara-cara : 1.  Kisar bawang besar, belacan, bawang merah dan bawang putih dengan sedikit air. 2.  Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bawang kisar hingga pecah minyak.  Masukkan sedikit serbuk kunyit. 3.  Masukkan air dan biar mereneh dan pecah minyak.  Masukkan air asam jawa, garam dan gula, gaul rata.  Masukkan udang, bawang hiris dan petai. 4.  Masak sehingga sambal agak pekat.  Sambal Udang Petai

Udang Goreng Blackpepper

Gambar
Udang Goreng Blackpepper Resepi : Chef Joha Hassan Bahan-bahan 500gm Udang Segar (Tiger Prawns) – dibersihkan. 1 biji bawang besar – dihiris 1 biji bawang besar – dikisar 2 ulas bawang putih ditumbuk lumat 1 biji cili bol (capsicum) – dipotong dadu 2 sudu besar biji lada hitam – ditumbuk lumat 1 sudu sos lada hitam - K1 tambah 1/2 sudu teh biji ketumbar – ditumbuk lumat 1/2 inch halia – ditumbuk lumat 1 tangkai – daun ketumbar – di potong kasar Garam dan gula secukup rasa 4 sudu besar minyak masak untuk menumis Cara-cara : 1.  Panaskan minyak di kuali, masukan rempah yang di tumbuk lumat, bawang kisar. Bila aroma rempah mula bangkit masukan Udangnya. Gaulkan hingga sebati. 2.  Masukkan garam dan gula dan taburkan daun ketumbar, rasa biarlah manis sedikit. 3.  Masukan Cili Bol (Capsicum) yang di potong dadu. Gaulkan untuk 5 mins. Udang sudah masak bila kulit nya berwarna merah. Sajikan panas2 bersama nasi putih. Udang Goreng Blackpepper

Udang Sichuan / Sichuan Prawns

Gambar
Udang Sichuan / Sichuan Prawns Bahan-bahan 20 ekor udang sederhana besar 2 ulas bawang putih - cincang 1/2 in halia muda - cincang 2 tangkai daun bawang - potong 1/2 biji capsicum hijau / merah - dadu 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 1 sudu kecil cuka hitam / cuka cider 2 sudu kecil gula 2 sudu kecil minyak bijan 2 sudu besar minyak masak Cara-cara : 1.  Kupas udang, tinggalkan bahagian ekornya. 2.  Tumis bawang putih, halia hingga naik bau.  Masukkan sos tomato, sos cili, minyak bijan, cuka hitam dan gula.  Masukkan udang, gaul rata dan jika pekat boleh tambah sedikit air.  Renehkan sebentar. 3.  Masukkan capsicum dan daun bawang, gaul rata. 4.  Angkat dan hidangkan dengan taburan daun bawang. ** Jangan letak cuka hitam terlalu banyak kerana rasanya sangat keras.  cuka hitam halal boleh di dapati di pasaraya. Udang Sichuan / Sichuan Prawns

Udang Breadcrumbs

Gambar
Udang Breadcrumbs Bahan-bahan 10 ekor udang harimau / udang putih besar 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 sudu besar kicap cair 1 sudu kecil minyak bijan secubit garam 1/2 sudu besar tepung jagung Celupan 3 sudu besar breadcrumbs 1 biji telur - pukul ringan Cara-cara : 1.  Buang kulit udang dan tinggalkan bahagian ekor sahaja.  Kemudian belah belakang tapi jangan sampai putus, keluarkan kotorannya. 2.  Cuci dan toskan. Susun di atas tisu dapur untuk keringkan airnya. 3.  Kemudian gaul dengan bahan-bahan lain hingga rata.  Perap sebentar. 4.  Panaskan minyak yang banyak, celup udang satu persatu dalam telur dan salut dengan breadcrumbs. 5.  Goreng hingga keperangan.  Angkat dan toskan. 6.  Hidang bersama daun salad, daun bawang dan sos kegemaran. Udang Breadcrumbs

Udang Firecraker Thai

Gambar
Udang Firecracker Thai Bahan-bahan 20 ekor udang sederhana besar - buang kulit dan tinggalkan ekornya 2 sudu besar sos pad Thai atau sos lain yang di sukai 10 keping kulit popia saiz kecil 1 biji putih telur sebagai pelekat Cara-cara : 1.  Potong tiga segi kulit popia. 2.  Keringkan udang di atas tissue dapur.  Kemudian kelar sedikit bahagian bawahnya supaya udang tidak merengkok. 3.  Sapu udang dengan sos pad Thai hingga rata. 4.  Ambil sekeping kulit popia, letak udang di atasnya, kemudian gulung 1 kali, lipat penjuru bahagian atas, kemudian gulung.  Sapu bahagian hujung tepi kulit popia dengan putih telur dan gulung dengan kemas.  Buat hingga habis. 5.  Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga kekuningan. 6.  Hidang bersama salad dan sos cili Thai. Udang Firecraker Thai

Udang Mentega / Butter Prawn

Gambar
Udang Mentega / Butter Prawn Bahan-bahan 12 ekor udang besar sedikit serbuk kunyit 1 cawan minyak masak 2 sudu besar mentega 3 biji kuning telur - kocok ringan sedikit lada sulah 6 tangkai cili padi - hiris halus 2 ulas bawang putih - hiris halus 8 helai daun kari - gunting kecil sedikit garam 1/2 sudu teh serbuk pati ayam Cara-cara : 1.  Panaskan minyak  masak ke dalam kuali bergeluk, kemudian masukkan mentega.  Bila minyak betul-betul panas, tuang kuning telur pada kedudukan tinggi sambil sebelah tangan lagi mengacau dengan cepat hingga kuning telur nampak berjurai. Biar seketika hingga kuning telur sedikit keperangan.  Angkat dan toskan dengan penapis besi.  Ketepikan. 2.  Cuci udang dan gaul bersama kunyit.  Goreng di dalam kuali yang berisi minyak tadi hingga masak.  Angkat dan ketepikan. 3.  Buang lebihan minyak dalam kuali, tinggalkan 1 sudu minyak saja untuk menumis. 4.  Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga naik bau...

Sambal Udang Petai Masam Manis

Gambar
Sambal Udang Petai Masam Manis Bahan-bahan 300gm udang sederhana (cuci dan toskan) 1 labu bawang besar - potong bulat 100gm petai Bahan Kisar 6 tangkai cili kering (rendam dahulu) 1 tangkai cili merah 1/2 labu bawang besar 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih minyak untuk menumis Bahan Perasa 1 sudu makan air asam jawa 2 sudu makan sos plum 1 sudu makan gula melaka yg diracik sedikit air gula dan garam secukupnya Cara-cara : 1.  Tumis bahan kisar hingga naik baunya.  Masukkan petai  dan bawang besar, gaul rata dan biarkan masak seketika. 2.  Masukkan udang bersama air asam jawa dan sedikit air.  Biarkan mendidih, kemudian perasakan dengan gula melaka, sos plum, gula dan garam.  Masak hingga sambal menjadi pekat. 3.  Sedia dihidangkan.

Udang Galah Masak Kunyit

Gambar
Udang Galah Masak Kunyit Bahan-bahan 6 ekor udang galah 500ml santan 80ml air asam jawa garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng Bahan Kisar / Tumbuk 5 ulas bawang merah 1cm halia 1cm kunyit hidup 1 biji buah keras Cara-cara : 1.  Bersihkan udang dengan air garam.  Toskan kemudian goreng hingga kekuningan.  Angkat dan toskan. 2.  Didihkan santan bersama bahan kisar.  Perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa.  Biarkan seketika hingga kuahnya pekat. 3.  Atur udang di dalam pinggan, tuangkan kuah tadi dan hias mengikut suka.