Udang Sichuan / Sichuan Prawns


Udang Sichuan / Sichuan Prawns

Bahan-bahan
20 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 in halia muda - cincang
2 tangkai daun bawang - potong
1/2 biji capsicum hijau / merah - dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil cuka hitam / cuka cider
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara :
1.  Kupas udang, tinggalkan bahagian ekornya.
2.  Tumis bawang putih, halia hingga naik bau.  Masukkan sos tomato, sos cili, minyak bijan, cuka hitam dan gula.  Masukkan udang, gaul rata dan jika pekat boleh tambah sedikit air.  Renehkan sebentar.
3.  Masukkan capsicum dan daun bawang, gaul rata.
4.  Angkat dan hidangkan dengan taburan daun bawang.

** Jangan letak cuka hitam terlalu banyak kerana rasanya sangat keras.  cuka hitam halal boleh di dapati di pasaraya.
Udang Sichuan / Sichuan Prawns

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Ikan Goreng Butterfly / Deep Fried Butterfly Fish

Ondeh-Ondeh Pulut Hitam

Kek Blueberry