YEO'S - Lompang Laici Yeo's

Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. Segar dan nyaman minuman Laici Yeo's untuk berbuka,, tambahan dengan rasa laici yang masam manis menghilangkan dahaga dan membangkitkan selera setelah seharian berpuasa. Tambah ais lagi menyegarkan. Tapi harini K1 nak buat sesuatu yang berlainan bukan sebagai minuman saja. Minuman Laici Yeo's kita boleh pelbagaikan kegunaannya samada membuat agar-agar, puding atau pun di adun di dalam kuih muih. Jom kita cuba jadikan minuman Laici Yeo's dan jad...