Postingan

Menampilkan postingan dengan label Bread and Buns

Roti John

Gambar
Roti John Bahan Inti Daging atau Ayam 2 cawan daging cincang 2 ulas bawang merah, cincang 4 ulas bawang putih, cincang 3 sudu besar rempah kari daging 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih Penyediaan : Bancuh rempah kari, jintan manis dan jintan putih dengan sedikit air, kacau rata. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan putih hingga keperangan. Masukkan bancuhan rempah tadi, kacau sebentar hingga rata. Masukkan daging dan kacau hingga daging berubah warna. Tambah air paras daging dan masak dengan api sederhana sehingga air hampir kering. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa, boleh tambah 1/2 ketul kiub ayam jika suka. Kacau sehingga daging lembut dan masak, biar berkuah sedikit dan tidak terlalu kering. Bahan-bahan Roti panjang atau roti sosej bujur, belah tengah jangan putus Mentega atau marjerin untuk sapuan Bawang merah cincang halus Daun bawang, hiris halus 2 biji telur Inti daging atau ayam Kepingan keju jika suka Hirisan daun salad, t...

Roti Jejari Keju / Cheese Breadsticks

Gambar
Roti Jejari Keju / Cheese Breadsticks  Sumber :  FB RASA Malaysia Bahan Water Roux 25gm tepung roti (2 sudu makan) 125ml air Bahan Basah 1 biji telur pukul ringgan 65ml air 80gm water roux (2 sudu makan) Bahan Kering 1 sudu teh garam 30gm gula (2 sudu makan) 195gm tepung roti (high protein) 90gm tepung gandum 14gm susu tepung ( 2 1/2 sudu makan) 6gm yis segera (2 sudu teh) 3 sudu besar mentega tawar Sapuan :  1 biji kuning telur + 1 sudu besar susu sejat Taburan :  Mozzarella / Cheddar cheese secukupnya, Daun parsley kering Cara Menyediakan Water Roux : Satukan tepung dan air, kacau rata.  Masak dengan api perlahan hingga menjadi pes. Masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan plastik supaya tidak kering.  Biarkan sejuk. Cara-cara Menyediakan Roti : 1.  Masukkan semua bahan basah ke dalam mangkuk pengadun.  Kemudian masukkan garam dan gula terlebih dahulu baru di ikuti oleh bahan-bahan kering dan akhir sekali baru masukkan yis. 2.  Gaul semua b...

Roti Sarang Lebah / Beehive Bread

Gambar
Roti Sarang Lebah / Beehive Bread Resipi :  LydiaHoney FB Sumber :  Madihaa Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum 1/2 sudu kecil yis segera 1/4 sudu teh garam halus 1/2 sudu teh baking powder 1 sudu besar gula halus. 1/4 cawan plain yogurt - suhu bilik 1/4 cawan minyak jagung 1/2 cawan air suam Sapuan - 1 biji kuning telur + sedikit susu sejat Bahan Tabur -  Badam Hiris dan kuaci serta bijan Cara-cara : Satukan semua bahan-bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga elastik. Tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal. Tumbuk doh buang anginnya.  Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan ke dalam loyang yang sesuai. Tunggu sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal. Sapukan dengan kuning telur. Taburkan di atasnya dengan badam,kuaci dan bijan. Bakar sehingga masak. Sos Butterscotch Bahan-bahan 1/2 cawan gula perang 1/2 cawan whipping cream Secubit garam 1/2 tsp...

Club Sandwich

Gambar
Club Sandwich Bahan-bahan 4 keping roti sandwich - bole di gril jika suka 1 helai daun salad 100gm isi ayam - hiris tipis 1 biji tomato 1/2 biji timun 2 keping keju cheddar 2 keping kepingan daging 2 keping kepingan ayam turkey mentega dan mayonis secukupnya untuk disapu pada roti. Cara-cara : 1.  Gril isi ayam, kepingan daging dan ayam turkey. 2.  Potong bulat tomato dan timun. 3.  Sapu mentega dan mayonis pada setiap kepingan roti. 4.  Susun dan lapiskan kesemua bahan bersama kepingan roti. 5.  Boleh di hidang bersama kentang goreng dan salad. Club Sandwich pelbagai rasa

Roti Jagung Bersusu / Corn Milky Bread

Gambar
Roti Jagung Bersusu / Corn Milky Bread Bahan A 200gm tepung roti (high protein) 100gm tepung gandum 60gm gula kastor 1 sudu kecil garam halus 11gm yis segera (1 paket) 20gm susu tepung 60gm mentega Bahan B 80gm jagung krim 100ml susu segar sejuk Hiasan Tepung gandum Oats susu sejat untuk sapuan Cara-cara : 1.  Satukan semua bahan A dalam mangkuk pengisar.  Gaul rata menggunakan kelajuan perlahan.  Masukkan bahan B sedikit demi sedikit, pukul menggunakan hook hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk pengisar. 2.  Keluarkan doh, uli dan tutup dengan plastik atau mangkuk besar.  Rehatkan selama 30 minit. 3.  Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara, uli kemudian bahagikan doh kepada 3 bahagian.  Bentukkan bulat seperti bebola dan rehatkan selama 15 minit lagi. 4.  Selepas itu uli dan bentukkan semula setiap bebola doh tadi, letakkan ke atas dulang pembakar yang di leser dengan shortening.  Biarkan selama 30 minit atau sehingga doh mengembang ...

Donut Ala J'co

Gambar
Donut Ala J'co Sumber :  Loveliana Bahan A (Starter Doh) 400gm tepung gandum 1 sudu besar yis segera 1/2 sudu teh garam halus 300ml air suam (Satukan semua bahan di dalam mangkuk, gaul sebati, tutup mangkuk dengan plastik dan rehatkan doh selama 1 1/2 jam sehingga mengembang) Bahan B 200gm tepung gandum 1/2 sudu teh garam 60gm susu tepung 80gm gula pasir 1 biji telur 60gm shortening Cara-cara : 1.  Satukan bahan B, gaul rata dan adunkan bersama bahan A, jadikan doh yang tidak melekat di tangan.  Rehatkan selama 15 minit. 2.  Ambil doh dan tumbukkan untuk mengeluarkan udara terperangkap, uli semula dan rehatkan selama 15 minit lagi. 3.  Canai doh setebal 1cm dan terap dengan acuan donut, letak di dalam dulang yang ditabur dengan sedikit tepung.  Biarkan selama 10 minit. 4.  Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng donut hingga keperangan.  Angkat dan toskan. 5.  Hidang bersama topping kesukaan. Topping Shinning Glaze 50gm gula pasir 50ml a...

Sardin Gulung / Sardine Roll

Gambar
Sardin Gulung / Sardine Roll Sumber Nazian Nasir / Mamafami Bahan Inti 1 tin kecil sardin 1 biji bawang besar 2 biji bawang putih 1 sudu besar cili kisar 1 tangkai cili merah - dicincang gula dan garam secukup rasa sedikit perahan jus limau - K1 tambah Cara-cara : Inti :  Tumis bawang putih yang ditumbuk.  Masukkan cili kisar, bawang besar yang didadu dan cili merah.  Masukkan sardin dan sosnya sekali.  Tumis sampai kering sosnya dan perasakan dengan gula dan garam.  Kacau sebati, angkat dan sejukkan dahulu. Bahan-bahan 3 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis mauripan 1 biji telur sejuk 2 sudu besar minyak masak 1/2 cawan air mineral sejuk 1 sudu teh garam halus 1 sudu besar gula Pelekat :  1 sudu besar gandum + sedikit air menjadi pes pekat Cara-cara : 1.  Larutkan yis dan gula dengan 1/2 cawan air.  Kacau rata hingga sebati dan biarkan sebentar. 2.  Masukkan tepung yang diayak ke dalam mangkuk besar.  Masukkan telur, minyak dan garam....

Roti Lapis Daging

Gambar
Roti Lapis Daging Bahan-bahan 2 bungkus roti sandwich sedang (buang tepi dan di potong empat) Bahan Inti Daging 500gm daging cincang 1 biji bawang besar di potong dadu 2 ulas bawang putih di cincang 2 sudu besar rempah kari (digaul dengan sedikit air) garam secukup rasa Bahan Kisar 2 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah 1 hiris halia Bahan Bancuhan Telur 80gm mentega di cairkan 5 biji telur sedikit lada sulah 400ml  susu cair / susu sejat (1 tin) Bahan Hiasan / Tabur 2 tangkai cili merah di hiris nipis 1 tangkai daun bawang dan daun sup Bawang goreng secukupnya Cara-cara : 1.   Inti Daging  :   Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.  Masukkan bahan kisar dan  rempah kari, gaul hingga rata, biarkan seketika hingga naik baunya. 2.  Masukkan daging kisar dan sedikit air, gaul rata dan masak hingga daging empuk.  Perasakan dengan garam secukupnya.  Angkat dan ketepikan. 3.   Bancuhan Telur :  Pecahkan tel...

Sandwich Pisang Nutela / Theobromine

Gambar
Sandwich Pisang Coklat / Theobromine Bahan-bahan 10 keping roti sandwich 80gm susu pekat manis 60gm coklat nutela / peanut butter 2 biji pisang berangan ranum (dihiris nipis) 100gm gula pasir 70gm mentega tanpa garam Cara-cara : 1.  Sapu tipis susu pekat manis pada permukaan roti, diikut satu lapisan coklat nutela / peanut butter, kemudian atur hirisan pisang di atasnya.  Telangkupkan dengan sekeping roti diatasnya.  Potong bahagian tepi roti.  Buat hingga habis 2.  Kemudian sapu mentega pada kedua belah permukaan roti yang ditelangkupkan tadi dan tabur kedua belah dengan gula pasir, hentakkan sedikit roti supaya lebihan gula keluar.  Potong roti kepada 2 bahagian bentuk segitiga.  Simpan dulu di dalam peti sejuk. 3.  Panaskan non-stick pan, letak potongan roti dan masak dengan api kecil dan balikkan hingga kedua belah roti keperangan. 4.  Sedia di hidangkan. *** untuk mendapat roti yang lebih ranggup, bakar selama 5-8 minit di dalam ketuhar....

Pankek Yogurt / Yogurt Pancake

Gambar
Pankek Yogurt / Yogurt Pancake Bahan-bahan 1 cawan tepung 2 sudu teh baking powder 2 sudu besar gula 1/2 cawan yogurt 1/2 cawan susu segar 1 biji telur 2 sudu besar marjerin di cairkan Cara-cara : 1.  Ayak tepung, baking powder dan soda bikabonat. 2.  Satukan yogurt, susu, telur dan gula pukul hingga sebati.  Masukkan tepung yang diayak, gaul hingga sebati.  Kemudian masukkan marjerin cair, whisk hingga rata dan tidak berketul.  Biarkan selama 15 minit. 3.  Panaskan non-stick pan, masukkan 2 senduk kecil batter dan bakar dengan api kecil (tanpa minyak) tutup kuali dengan penutup. 4.  Setelah atasnya hampir masak, terbalikkan ke sebelah dan biarkan beberapa saat.  Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama mentega, sirap pancake atau sirap coklat.

Pankek Pisang / Banana Pancake

Gambar
Pankek Pisang / Banana Pancake Bahan-bahan 150gm tepung gandum 2 sudu teh baking powder 2 sudu besar gula kaster 5 biji pisang emas / berangan di lecek sedikit 1 sudu kecil esen pisang 180ml susu cair 1/4 sudu teh garam halus 1 biji telur 25gm marjerin dicairkan Cara-cara : 1.  Satukan semua bahan, gaul rata kecuali marjerin cair.  Kisar sebentar di dalam pengisar.  Tuang ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama marjerin cair.  Biarkan selama 15 minit. 2.  Ambil 2 senduk kecil adunan dan masak di atas kuali non-stick (tanpa minyak), tutup kuali dengan penutup dan biarkan adunan masak. 3.  Angkat dan sedia dihidangkan.

Enchiladas

Gambar
Enchiladas Bahan-bahan 5 keping roti tortila 2 biji telur ayam di pukul sedikit utk celupan 50gm keju mozarella 50gm keju cheddar   Bahan Inti 300gm daging cincang 2 sudu besar minyak zaitun 1 labu bawang besar di cincang 3 tangkai cili merah di kisar halus 1/2 biji capsium hijau (cili bengala) di potong dadu 1/2 cawan air 3 sudu besar tomato puri garam dan lada sulah secukup rasa Bahan Sos Tomato Sos cili dan sos tomato secukupnya Cara-cara : 1.  Panaskan roti tortila beberapa saat dengan sedikit minyak di dalam kuali non-stick.  Panaskan kedua belah roti, angkat dan ketepikan. 2.  Bahan Inti :   Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar hingga naik baunya.  Masukkan daging dan sedikit air, biarkan sehingga daging lembut.  Kemudian masukkan cili kisar, tomato puri, dan capsium perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.  Biarkan sehingga inti agak kering, angkat dan ketepikan. 3.  Ambil sekeping tortila, celup ke dalam telur yang tela...

Roti Goreng Sosej

Gambar
Roti Goreng Sosej Bahan-bahan 6 keping roti sandwich 6 batang sosej 2 biji telur (asingkan 1 putih telur) - dipukul Breadcrumbs (serbuk roti) secukupnya Minyak untuk goreng terendam Cara-cara : 1.  Gelek roti dengan pengelek hingga nipis. 2.  Celup sosej ke dalam putih telur, letakkan diatas roti, kemudian gulung kemas.  Gamkan tepi roti dengan telur putih supaya tidak terbuka.  Buat hingga habis. 3.  Kemudian celupkan ke dalam kuning telur dan golekkan ke atas serbuk roti. 4.  Goreng dengan api sederhana hingga kuning keperangan. 5.  Hidang dengan sos cili atau mayonis.

Pancake

Gambar
Pancake Bahan-bahan 200gm tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu besar gula kaster 400ml susu cair 1/4 sudu teh garam halus 1 biji telur 25gm marjerin cair Cara-cara : 1.  Satukan semua bahan kecuali marjerin cair dan kisar sebentar di dalam pengisar.  Tuang ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama marjerin cair.  Biarkan selama 15 minit. 2.  Ambil 2 senduk kecil adunan dan masak di atas kuali non-stick (tanpa minyak) sehingga keperangan di kedua belah. 3.  Hidang dengan sirap pancake atau jem.

Roti Bakar Daging Berkeju

Gambar
Roti Bakar Daging Berkeju Bahan-bahan 10 keping roti sandwich 100gm sayur campuran 30gm parutan keju cheddar   Bahan Inti 250gm daging cincang 1/2 labu bawang besar di potong dadu 2 ulas bawang putih dicincang 1 sudu besar tepung gandum 2 sudu besar marjerin untuk menumis 1 sudu besar serbuk kari garam secukup rasa Adunan Telur 3 biji telur di pukul sedikit 250ml susu cair 1/4 sudu teh garam 1/4 sudu teh serbuk lada sulah 20gm marjerin cair   Cara-cara : 1.  Inti :  Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.  Masukkan serbuk kari, gaul rata.  Kemudian masukkan daging kisar dan sedikit air, perasakan dengan sedikit garam, biar sehingga daging empuk.  Tambahkan tepung gandum, gaul hingga sebati dan kering. 2.  Adunan Telur :   Satukan telur, marjerin cair dan susu cair, kacau hingga rata, masukkan sedikit garam dan lada sulah.  Sebatikan. 3.  Potong tepi roti.  Celup roti ke dalam adunan telur, kemu...

Doh Asas Pizza (2)

Gambar
S umber : resipi citarasawan Bahan Doh 500gm tepung protin tinggi (tepung roti) 11gm (1 peket) yis segera Mauripan 20gm gula kastor 5gm garam 30gm shortening 20gm susu tepung 330ml air (tambah jika kurang) 5gm bread improver Cara-cara 1. Satukan tepung, yis, gula, garam,susu tepung dan bread improver dalam mangkuk mixer. Gaul rata 2. Masukkan shortening, uli menggunakan hook dengan speed perlahan dan masukkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh. Tukar kepada speed sederhana dan uli hingga menjadi doh yang elastik. 3. Keluarkan doh dan uli dengan tangan dan bulatkan . Tutup dengan bekas yang besar atau plastik. Biarkan doh mengembang 2 kali ganda. 4. Tumbuk doh dan uli lagi. Rehatkan selama 5 minit. 5. Timbang doh 150gm dan canai bulat berukuran 8 inci. Masukkan dalam acuan non-stick pan. 6. Cucuk doh dengan garfu untuk menghalang ia menggelembung apabila dibakar. Bakar setengah masak selama 10 minit. Keluarkan doh dan biarkan ia sejuk. 7. Ratakan sos piza dan aturkan bahan-...