Postingan

Menampilkan postingan dengan label Kuih Muih

Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi

Gambar
Kuih Ulat Sutera Thai / Banh Tam Khoai Mi Bahan-bahan 1 3/4 cawan parutan ubikayu 1/4 cawan kelapa parut muda 1/2 cawan gula pasir 2 sudu besar tepung ubikayu 1/2 sudu teh garam 1 cawan santan pekat (kotak) 1 sudu kecil serbuk vanila atau esen rose Pewarna yang di sukai Bahan Salutan / Taburan Kelapa parut, kukus sebentar, gaul sedikit garam Bijan putih - sangai Kacang tanah - sangai dan tumbuk kasar Piring atau pinggan kecil di oles sedikit minyak atau di lapik daun pisang Cara-cara : Satukan semua bahan kecuali pewarna.  gaul rata hingga sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna yang di sukai. Tuang setiap satu adunan ke dalam piring kecil dan ratakan. Kukus selama 15 minit hingga masak. Setelah sejuk, potong jalur memanjang menggunakan pisau plastik. Jika jalur terlalu panjang, boleh di potong dua. Golek di dalam kelapa parut. Masukkan ke dalam pinggan, tabur dengan bijan dan kacang tanah jika suka. Nota : Untuk menghilangkan toksin pada ubikayu, selepas di buang ...

Talam Kastard Jagung

Gambar
Talam Kastard Jagung Bahan Lapisan Bawah 1 cawan jagung manis berkrim dalam tin 1 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung kastard 2 cawan santan pekat 1/2 cawan gula Sedikit pewarna kuning Bahan Lapisan Atas 1 cawan tepung beras 2 cawan santan pekat 1/2 sudu teh garam halus Loyang 8in di gris dan di alas plastik tahan panas atau acuan lompang di gris minyak Cara Membuatnya : Satukan bahan lapisan atas kecuali jagung krim. Tapis ke dalam periuk atau kuali.  Masak dengan api kecil hingga naik wap, Masukkan jagung, kacau hingga rata. Tuang adunan lapisan bawah ke dalam loyang dan kukus 20 minit. Buka tutup pengukus sekali sekala dan lap air pada penutup supaya tidak jatuh pada permukaan kuih. Satukan bahan lapisan atas, tapis ke dalam periuk. Masak atas api kecil hingga naik wap Bila lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit pemukaannya. Kemudian tuang perlahan-lahan adunan lapisan atas.  Kukus semula 20 minit,  Buka penutup kukus sekali sekala dan lap air pada penutup supaya...

Cekodok Durian

Gambar
Cekodok Durian Bahan-bahan : 3 ulas isi durian, lecek halus 1 sudu besar gula 1 cawan tepung gandum 1 sudu teh  baking powder 1 sudu teh baking soda 1/4 cawan susu pekat 1/2 sudu teh garam 1/2 cawan air atau secukupnya Inti Durian :  4 ulas isi durian - carik kasar Cara-cara : Lecek isi durian bersama gula dan susu pekat hingga halus. Masukkan garam, tepung, baking powder dan baking soda. Masukkan air sedikit-sedikit dan gaul hingga mendapat kepekatan yang sesuai. Ambil sedikit isi durian, letakkan di atas adunan tepung, tutup dengan sedikit adunan. Jemputkan dengan hujung jari ke dalam minyak dan goreng hingga keperangan. Cekodok Durian

Pulut Udang Panggang

Gambar
Pulut Udang Panggang Bahan-bahan 500 gm beras pulut (rendam 4 jam)                                      300 ml santan pekat 1 sudu teh garam 1 1/2 sudu besar gula pasir 2 helai daun pandan Daun Pisang (20 keping) potong 6 x 6in, layur lidi untuk mencucuk Penyediaan : Masak santan dan daun pandan hingga naik wap. Angkat, keluarkan daun pandan, masukkan gula dan garam, kacau rata dan ketepikan. Kukus beras pulut selama 15 minit.  Angkat dan gaul rata dengan santan tadi. Kukus semula selama 15 minit. Ambil 2 sudu besar pulut, leperkan di atas daun pisang. Letak 1 sudu kecil inti udang di tengah dan bungkus rapi. Semat hujungnya dengan lidi. Panggang di atas bara api / kuali leper hingga daun pisang sedikit terbakar. Bahan Inti Udang 80 gm udang kering, cuci, sangai dan kisar kering 120 gm kelapa parut, sangai (jangan terlalu perang) 1 sudu kecil garam 2 sudu besar gula melaka yang diracik ha...

Lempeng Kelapa Thai / Kanom Ba Bin

Gambar
Lempeng Kelapa Thai / Kanom Ba Bin Bahan-bahan 200 gm isi kelapa muda (dari 2 biji kelapa) 50 gm kelapa parut putih 200 gm tepung pulut 100 gm tepung beras 200 ml air kelapa 1/2 sudu teh garam 1 biji telur Penyediaan : Satukan semua bahan dan gaul rata. Oles non-stick pan kecil dengan sedikit minyak / marjerin. Tuang 1 senduk adunan dan masak dengan api perlahan hingga bawahnya sedikit perang. Terbalikkan dan biar beberapa minit hingga masak. Lempeng Kelapa Thai / Kanom Ba Bin

Serabai Serawa Durian

Gambar
Serabai Serawa Durian Bahan-bahan 250gm tepung beras 150gm nasi sejuk 500ml santan (200 santan KARA + 300 air) 1 sudu kecil yis segera + 50ml air suam (larutkan), biarkan seketika 1/2 sudu teh garam Cara-cara : Satukan semua bahan serabai di dalam pengisar dan kisar hingga halus. Perapkan di tempat suam selama 2 jam atau lebih. Panaskan acuan serabai / baulu yang di leser dengan minyak hingga minyak betul-betul panas.  Tutup api dan tuang adunan serabai hingga penuh. Masak dengan api perlahan sehingga adunan berlubang-lubang.  Tutup dan biarkan 1-2 minit hingga masak. Kuah / Serawa Durian 600ml santan sederhana pekat 4 ulas isi durian 2 keping gula melaka / (nise) 1/2 sudu teh garam 1 helai daun pandan di simpul 1 sudu besar tepung beras / tepung jagung di bancuh air Penyediaan : Satukan santan, gula melaka, daun pandan dan garam. Apabila mendidih, masukkan isi durian dan bancuhan tepung. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Hidang serabai dengan kuahnya. Serabai Serawa Dur...

Kaswi Durian

Gambar
Kaswi Durian  By Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan 300gm isi durian 150gm gula pasir 250ml santan kotak 350ml air 150gm tepung ubi 120gm tepung gandum 20gm tepung kastad atau tepung jagung 1 sudu teh garam 2 helai daun pandan Pewarna jika suka Kelapa parut putih + sedikit garam (kukus sebentar selama 5 minit) Loyang 9 x 9 di alas plastik tahan panas atau acuan lompang di gris minyak Penyediaan : Satukan santan, air, gula, garam dan daun pandan dalam periuk, Masak hingga naik wap dan gula larut.  Keluarkan daun pandan. Masukkan isi durian ke dalam pengisar dan santan tadi.  Kisar hingga halus. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar hingga sebati dan halus. Tuang ke dalam loyang. Panaskan pengukus dan kukus selama 30 minit hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di gaul dengan kelapa parut. Kaswi Durian

Bubur Jagung Kacang Merah

Gambar
Bubur Jagung Kacang Merah Bahan-bahan 200gm kacang merah 2 tongkol jagung manis dikikis isinya 2 sudu makan sagu halus 500ml santan 100gm gula melaka di racik secubit garam sehelai daun pandan Cara-cara : Rebus kacang merah dan jagung manis hingga empuk secara berasingan. Toskan kacang merah manakala jagung manis simpan air rebusannya. Masukkan air rebusan jagung, santan, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk. Didihkan dengan api kecil, masukkan sagu yang telah dicuci bersama kacang merah dan jagung manis.  Letak sedikit garam.  Kacau hingga rata. Biarkan mendidih sebentar, tutup api dan sedia dinikmati. Bubur Jagung Kacang Merah

Jagung Unpil Rebus Kelantan

Gambar
Jagung Unpil Rebus Kelantan Bahan-bahan 1 cawan jagung kering (jagung popcorn) 1 sudu besar air kapur pekat 1 liter air 1 sudu teh garam 3 helai daun pandan 1/2 biji kelapa parut muda Gula pasir secukupnya Cara-cara : Cuci jagung kering dan rendam semalaman dengan air kapur. Bilas beberapa kali. Rebus jagung dengan 1 liter air, sedikit garam dan daun pandan dalam periuk tekanan selama 1 jam.  Memasak dengan periuk biasa mengambil masa 5 - 6 jam. Masak sehingga jagung menjadi mekar, jika belum tambahkan masa merebus dan air. Angkat dan toskan. Kukus kelapa parut, garam dan daun pandan selama 15 minit.  Angkat dan gaulkan dengan gula pasir. Campur jagung dan kelapa parut, gaul rata dan siap di hidang. Jagung Unpil Rebus Kelantan

Apam Jagung

Gambar
Apam Jagung By Kak Wan @ Resipicitarasawan Credit :  Norehan Ajit‎ (MAHN) Bahan-bahan 2 cawan isi jagung segar 2 cawan santan (1 cawan santan kotak dan 1 cawan air) 1 cawan gula 2 cawan tepung beras 1 sudu besar yis segera Kelapa parut di kukus dan di campur sedikit garam Penyediaan : Kisar isi jagung bersama santan dan gula hingga halus. Tuang ke dalam bekas, masukkan tepung beras dan yis. Kacau sebati, tutup bekas dan rehatkan selama 1/2 jam hingga adunan kembang. Tuang ke dalam acuan yang di oles sedikit minyak hingga penuh. Kukus selama 8 - 10 minit hingga masak. Hidang bersama kelapa parut. Apam Jagung

Keledek Goreng Rangup

Gambar
Keledek Goreng Rangup Bahan-bahan 1/2 Kg Keledek - potong memanjang (Rendam dengan sedikit garam) selama 1 jam, toskan Tepung Goreng Rangup 250 gm tepung beras (Golden Coin) atau 3 Gajah 250 ml air 1 biji telur 1 sudu besar air kapur pekat 1 sudu kecil garam Sedikit pewarna Salutan :  2 cawan breadcrumbs Minyak untuk menggoreng Penyediaan : Bancuh bahan-bahan tepung goreng hingga rata dan sebati,  tidak terlalu pekat atau cair. Toskan ubi, celup ke dalam bancuhan tepung dan golek di atas breadcrumbs. Goyang mangkuk berisi breadcrumbs hingga ubi bersalut rata.  Jangan gunakan tangan untuk mengaul kerana salutan akan melekat pada tangan. Goreng hingga keperangan. Rangup di makan panas-panas. Keledek Goreng Rangup

Sentiling Nanas

Gambar
Sentiling Nanas Bahan-bahan  500 gram parutan ubikayu (tapis airnya) 125 gram gula pasir 100 gram nenas parut (tapis airnya) 1/2 sudu teh garam 1/4 sudu teh esen nenas (optional) Pewarna kuning dan hijau Loyang 7 x 3 in - alas plastik tahan panas Penyediaan : Satukan parutan ubi, gula, nenas, garam dan esen.  Gaul rata dan bahagi kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian di letak pewarna kuning dan satu lagi di letak pewarna hijau. Ratakan adunan kuning dan kukus selama 15 minit.  Angkat dan cakar permukaannya dengan garfu. Kemudian ratakan pula adunan hijau dan kukus lagi selama 15 minit hingga masak. Sejukkan sebentar, potong dan golekkan ke atas kelapa parut kukus. Kelapa Parut Kukus 150 gram kelapa parut kasar 1 helai daun pandan 1/2 sudu kecil garam Satukan semua bahan dan kukus selama 15 minit. Sentiling Nanas

YEO'S - Lompang Laici Yeo's

Gambar
Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. Segar dan nyaman minuman Laici Yeo's untuk berbuka,, tambahan dengan rasa laici yang masam manis menghilangkan dahaga dan membangkitkan selera setelah seharian berpuasa. Tambah ais lagi menyegarkan.  Tapi harini K1 nak buat sesuatu yang berlainan bukan sebagai minuman saja. Minuman Laici Yeo's kita boleh pelbagaikan kegunaannya samada membuat agar-agar, puding atau pun di adun di dalam kuih muih.  Jom kita cuba jadikan minuman Laici Yeo's dan jad...

Kuih Tako Labu Marble

Gambar
Kuih Tako Labu Marble Bahan A - Adunan Labu 300 gm isi labu kukus, lecek 100 gm tepung hunkwee 250 gm gula pasir 900 ml air 1/2 sudu teh garam Bahan B - Adunan Santan 350 ml santan pekat 300 ml air (kisar dengan 5 helai pandan), tapis 50 gm tepung hunkwee 100 gm gula pasir 1 helai daun pandan 1/2 sudu teh garam Loyang 8in, alas dengan plastik tahan haba Penyediaan : Satukan bahan A ke dalam pengisar, kisar hingga sebati.  Masukkan ke dalam periuk ketepikan. Satukan bahan B dan kisar sebati.  Masukkan ke dalam periuk berasingan. Masak kedua-dua adunan serentak di dalam periuk berasingan. Masak dengan api kecil sehingga kedua2 adunan sederhana pekat dan berkilat. Tuang adunan A berselang seli dengan adunan B hingga habis. Guna chopstik untuk membuat corak marble. Kuih Tako Labu Marble

Pulut Nangka

Gambar
Pulut Nangka Bahan-bahan 1 cawan beras pulut 1/2 cawan santan kotak 1/2 cawan air 3 sudu besar gula pasir 1/4 sudu teh garam 12 ulas nangka (keluarkan bijinya) Kacang hijau tanpa kulit (sangai) Kelapa parut muda Penyediaan : Cuci dan rendam beras selama 1 jam. Kukus selama 20 minit hingga masak.  Angkat dan biarkan sejuk. Masak santan, gula dan garam hingga gula larut. Gaulkan bersama pulut hingga rata. Kepal dan masukkan ke dalam nangka Tabur kelapa parut dan kacang hijau Hidang bersama sos santan. Sos Santan 500ml santan sederhana pekat 1 sudu besar tepung beras 1/4 sudu teh garam 1 helai daun pandan - di simpul Cara-cara : Satukan semua bahan, masak hingga pekat.  Tuang ke atas pulut nangka. Pulut Nangka