Postingan

Menampilkan postingan dengan label Masakan Daging

Swedish Meatball Ala Ikea

Gambar
Swedish Meatball Ala Ikea Bahan-bahan 500 gm daging lembu kisar 1/2 labu bawang besar cincang halus 2 ulas bawang putih, cincang halus 1 cawan serbuk roti 2 sudu makan mentega 1 biji telur A, kocok ringan 1/4 sudu teh rempah allspices 1 sudu kecil serbuk cili 1 sudu teh garam 1/2 sudu teh serbuk lada putih 1 sudu teh serbuk lada hitam Penyediaan Bebola Meatball Panaskan mentega, tumis bawang cincang hingga layu. Masukkan ke dalam mangkuk berisi daging bersama serbuk roti, rempah serbuk, telur dan garam. Gaul sebati, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam supaya adunan serbuk roti dan rempah menjadi sebati. Keluarkan dari peti sejuk, bulatkan bebola daging. Dalam kuali masukkan lagi 2 sudu besar mentega, masukkan bebola daging. Masak dengan api kecil hingga keperangan.  Balikkan supaya masak sekata.  Tutup kuali dengan penutup dan biarkan sebentar hingga kedua belah bebola keperangan. Angkat dan ketepikan, sementara itu sediakan sos. Bahan Sos / G...

Daging Panggang Harimau Menangis

Gambar
Bahan-bahan 500 gm daging dengan lemak Bahan Perap 3 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 2 batang serai, ambil bahagian putih 3 sudu sos tiram 1/2 sudu teh minyak bijan 1 sudu besar sos ikan 1 sudu kecil gula 1 sudu teh minyak masak Serbuk lada hitam Sedikit garam Bijan putih sangai untuk hiasan Penyediaan : Potong daging 1 1/2 in tebal, cucuk dengan garpu di beberapa tempat supaya bahan perapan mudah serap. Kisar bawang merah, bawang putih dan serai hingga halus. Gaul bersama daging hingga rata, masukkan bahan perapan lain dan gaul hingga sebati. Perap selama 1 jam di dalam peti sejuk. Panggang di atas bara api atau oven sehingga masak. Hiris daging kepada kepingan nipis dan hidangkan bersama sos dan salad. Sos Daging Panggang 1/4 cawan sos ikan 2 susu besar jus asam jawa 1 sudu teh garam 2 sudu teh gula 1 sudu besar jus limau nipis 1 sudu besar serbuk cili Thai 1/2 sudu besar serbuk lada hitam 2 ulas bawang merah - di hiris 1 tangkai daun ketumbar dan daun bawang, di hiris 2 sudu b...

Sup Gear Box PPC All in one HD2137

Gambar
Sup Gear Box PPC All in one HD2137 Bahan bahan 2 kg kaki lembu siap potong 1/3 air paras periuk Bahan  1 batang kulit kayu manis 2 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga 5 ulas bawang merah di hiris 1 ulas bawang putih di hiris 1 sudu besar rempah kurma / rempah sup 1 bunjut sup 1 inci halia - hiris kasar Garam secukup rasa Bahan Hidangan 3 biji cili padi - hiris Tomato - hiris Limau nipis Bawang goreng Daun bawang dan daun sup - hiris Cara cara Masukkan tulang dan air ke dalam pressure cooker.  Tutup dan (Seal)   Setkan masa 30 minit dan on kan fungsi Pressure dan start. Bila selesai, keluarkan tekanan fungsi (Vent) hingga wap habis dan buka penutup. Dalam kuali, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia.  Masukkan bawang hiris dan rempah sup.  Tumis hingga bawang layu. Tuang bahan tumis dan masukkan bunjut sup ke dalam pressure cooker. Masukkan sedikit air, perasakan dengan garam secukupnya, Tekan fungsi Sear Low Temp dan terus memasak dengan ...

Korean Bulgogi

Gambar
Korean Bulgogi Bahan-bahan 500g daging, hiris nipis 1 labu bawang besar, hiris Bahan Perap 5 ulas bawang putih, parut 1 1/2 inci halia, parut 1 sudu kecil cuka 3 sudu besar gula perang / gula pasir 4 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos lada hitam 1 sudu kecil kicap cair 1 sudu besar minyak bijan 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil cili flakes / paprika Sedikit garam Bahan Taburan Daun bawang hiris Bijan di sangai Penyediaan : Gaul daging bersama bahan perap hingga rata,  Perap selama 3 jam. Masak di atas nonstick fry pan atau grill.  Letak sekeping sekeping bersama bawang hiris semasa dibakar.  Masak hingga kering atau sedikit lembab. Angkat dan tabur daun bawang dan bijan. Hidang bersama nasi atau di bungkus di dalam daun salad. Korean Bulgogi

Steak Daging Mudah

Gambar
Steak Daging Mudah Bahan-bahan 4 potong daging steak 1 1/2in tebal 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil serbuk bawang putih 1 sudu besar minyak zaitun Daging di ketuk sedikit kelilingnya dengan hulu pisau, kemudian taburi garam, serbuk lada di kedua belah hingga rata.  Rengis sedikit minyak dan perap selama 1 jam. Panggang di dalam oven atau di atas bara api hingga separa masak (medium well) atau sepenuh masak (well done). Cadangan Hidangan Kentang Goreng Kentang Putar Brocoli / Jagung / Carrot / Kacang Buncis Sos lada hitam Sos Lada Hitam / Black Pepper Sauce Bahan-bahan 2 sudu besar mentega 3 ulas bawang putih dicincang 3 sudu besar lada hitam dikisar 2 cawan air rebusan ayam 1/2 tin cendawan butang dikisar 3 sudu besar HP sos @ sos perang 1 sudu besar kicap hitam 1 sudu kecil Westershire Sos 1/2 cawan krim masakan Garam dan gula sebagai perasa Cara-cara  Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik ...

Dendeng Daging

Gambar
Dendeng Daging Bahan-bahan 1 kilo daging lembu dipotong ketulan sederhana besar Rebus daging hingga berubah warna, jangan sampai lembut. Angkat dan toskan airnya, simpan air rebusan untuk di guna kemudian. Ketulan daging di hiris nipis, kemudian ketuk ringan dengan ulu lesung supaya leper.  Ketepikan. Bahan Hiris 10 ulas bawang merah 7 ulas bawang putih 1 inci halia Goreng bahan hiris hingga keperangan.  Toskan. Simpan minyaknya untuk menumis. Bahan Tumis 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 5 helai daun limau purut diramas2 3 batang serai di ketuk 2 - 3 sudu besar cili kisar 1/2 sudu teh serbuk jintan manis 1/2 sudu teh serbuk jintan putih 1 sudu teh serbuk ketumbar Bahan Perasa 2 sudu besar kicap hitam 1/2 cawan kicap lemak manis gula dan garam secukupnya 1 sudu kecil pes asam jawa Air rebusan daging secukupnya Penyediaan : Guna minyak gorengan bawang, goreng hirisan daging hingga permukaannya sedikit kehitaman. Angkat dan toskan. Keluarkan sedikit minyak, tinggalka...

Satay Uyghur

Gambar
Satay Uyghur Bahan-bahan 1kg daging (bahagian yang berlemak) 1/2 cawan minyak masak untuk merenjis 1 sudu kecil serbuk cili kering (chili flakes) 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin) 2 biji lemon - potong baji untuk menghidang Bahan Perap (Marinade) 1 sudu kecil serbuk halia / 1/2 in halia segar tumbuk 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu kecil serbuk cili kering 1 sudu kecil serbuk buah pala 3 sudu kecil garam 3 ulas bawang putih - tumbuk 4 sudu besar minyak masak 3 sudu besar kicap cair (light soy sauce) Skewers atau ( lidi satay yang di rendam dalam air sejuk) Cara-cara : Potong daging 2.5cm kiub. Satukan bahan-bahan perap dan gaul rata bersama daging.  Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 1 jam atau seeloknya semalaman supaya daging lebih lembut dan beraroma. Cucuk daging perap dengan skewers atau lidi satay. Bakar di atas bara api (dapur arang) sambil di renjis sedikit minyak.  Sentiasa balik2 kan satay dan tabur sedikit serbuk cili kering dan serbuk jintan p...

Daging Masak Kicap

Gambar
Daging Masak Kicap Resipi : Chef Joha Hassan Di cuba oleh Kak Wan Bahan-bahan 1kg Daging Kambing / Lembu dihiris sedikit garam 2 sudu besar lada hitam- ditumbuk Gaulkan daging bersama garam secukup rasa dan lada hitam, goreng sebentar,  Ketepikan. Bahan Kisar 1 1/2 labu Bawang besar 3 ulas bawang putih 1 1/2 inch halia 6 biji cili api Bahan Rempah Kasar 1 batang kayu manis 1 biji bunga lawang 6 biji buah pelaga 4 biji bunga cengkih 4 sudu besar minyak masak Bahan Rempah Halus 1/2 sudu teh serbuk masala 1/2 sudu teh serbuk Jintan manis Bahan Kuah 1 sudu besar sos tomato 1 1/2 cawan air 1/2 cawan kicap manis. Garam secukup rasa Gula secukup rasa 3 biji ubi Kentang - dipotong dadu dan digoreng dahulu 1 batang carrot - potong bulat Tomato cherry jika suka Bawang goreng untuk taburan Cara-cara : Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, rempah halus dan rempah kasar.  Bila rempah mula bangkit masukan daging hiris, tuangkan air dan kicap manis. Masukkan sos tomato sedikit dan biarkan i...

Daging Masak Hitam Sarawak

Gambar
Resepi : Daging Masak Hitam Sarawak Sumber : Amie's Little Kitchen Bahan 700 gram daging bahagian peha - potong nipis - bilas dan toskan Bahan A -  Perap 2 labu bawang merah besar 5 ulas bawang putih 5 cm halia 3 batang serai - hiris 7 biji buah prune 3 sudu besar kismis 4 sudu besar kerisik 4 sudu besar kicap pekat 4 sudu besar kicap manis 3 sudu besar kicap masin atau garam 3 sudu besar tomato puri atau tomato sos 2 sudu besar parutan gula melaka 1 cawan susu cair Kisar semua bahan-bahan di atas hingga halus, gaul bersama daging.  Perap semalaman di dalam peti sejuk. Bahan B - Tumis 3 sudu besar minyak sapi 3 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum cengkih 3 biji buah pelaga 7 biji bawang merah - hiris nipis 3 sudu besar cili kering kisar jika suka pedas Cara-cara : Panaskan  minyak sapi dan tumis bawang merah hingga garing. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga. Tumis hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga peca...

Kari Kambing

Gambar
Kari Kambing Sumber : kakinakl.com Bahan-bahan 1kg daging kambing, potong kecil 8 biji bawang merah* 6 biji bawang putih* 2 inci halia* 4 sudu besar kari daging babas Tumbuk atau pun kisar semua bahan bertanda * dan perap bersama daging selama 1 jam. Bahan Tumis 2 batang kayu manis 3 biji buah pelaga 3 bunga cengkih 3 biji bunga lawang 1 biji bawang besar-di hiris 2 biji bawang kecil-dihiris 2 biji bawang putih-dihiris 2-3 tangkai daun kari 2 sudu besar serbuk kari babas Minyak jagung/minyak sayur/minyak sapi/mentega/minyak kelapa sawit secukupnya Air dalam 2 cawan Bahan-Bahan 1 cawan susu cair* 6-8 biji limau kasturi-ambil jus*(campurkan bersama) 2 biji ubi kentang-potong 4 garam secukupnya Cara-cara Panaskan minyak dan tumis rempah tumis dan masukkan bawang yang telah di hiris bersama daun kari. Biarkan sampai layu. Masukkan pulak daging kambing yang telah di perap dan kacau sebentar. Masukkan 2 sudu besar rempah kari daging dan ratakan dan kacau selalu. Setelah itu masukkan 2 cawan...

Nasi Daging Utara Terbaik

Gambar
Nasi Daging Utara Sumber : Che' Nom Bahan Asas 4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4" 5 cawan air rebusan daging 1 cawan susu cair 1 helai daun pandan, carik dan simpul 2 1/2 sudu besar rempah kurma 1 batang serai, dititik 3 sudu besar minyak sapi 1 -2 sudu besar minyak sayuran 1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri Sedikit kismis hitam Bahan Rebusan Daging 1 sudu besar rempah kurma 2 inci halia, hiris nipis Air dalam anggaran 7 cawan lebih Bahan Tumis 1 biji bawang besar, hiris nipis 5 ulas bawang putih, hiris nipis 3 kuntum bunga lawang 2 batang kayu manis 4 kuntum bunga cengkih 6 biji buah pelaga Penyediaan Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Ka...

Kerabu Daging Ala Thai

Gambar
Kerabu Daging  Ala Thai Bahan-bahan 300 gram ketulan daging batang pinang 2 batang serai - ketuk 1/2 sudu teh garam Rebus ketulan daging hingga empuk.  Angkat dan hiris nipis. Bahan Kerabu 1 biji timun, buang empulur, hiris nipis 1 biji tomato - hiris nipis 5 biji bawang merah, hiris 2 kuntum bunga kantan, hiris halus 1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus 5 biji cili padi, hiris halus 2 helai daun limau purut muda, hiris halus 4 sudu besar pati santan 5 -6 biji limau kasturi, perah jusnya Gula secukup rasa Sos ikan secukupnya Bahan Tumbuk  2 biji cili merah 4 biji cili padi 1 inci belacan, dibakar Cara-cara  Satukan daging hiris, bahan tumbuk dan bahan kerabu kecuali jus limau dan sos ikan. Gaul rata, Kemudian masukkan santan, gaul rata dan perasakan dengan sos ikan, gula dan jus limau secukup rasa. Kerabu Daging Ala Thai

Daging Merah Ala Thai

Gambar
Daging Merah Ala Thai Bahan-bahan 200 gram daging, hiris nipis Gaul sedikit garam dan serbuk lada sulah Sos Merah 3 ulas bawang putih, diketuk 1 inci halia, hiris nipis 4 helai daun limau purut, carik kasar 5 biji cili padi, tumbuk kasar 4 sudu besar sos merah  Thai cap labu 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos ikan 1/2 batang carrot - potong memanjang 1 sudu kecil tepung jagung, bancuh sedikit air 1/2 cawan air rebusan 1 biji tomato belah 6 1 biji bawang besar potong baji Minyak untuk menumis Sos Merah Thai cap Labu Penyediaan  Rebus daging dengan air hingga empuk.   Angkat dan ketepikan 1/2 cawan air rebusan untuk membuat sos. Panaskan minyak dan goreng daging sebentar tapi jangan terlalu garing Angkat dan ketepikan. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos merah, sos tiram, sos cili, sos ikan, bawang besar dan carrot. Masak seketika. Masukkan daging, daun limau purut dan buah tomato...

Daging Goreng Kacang Sepat

Gambar
Daging Goreng Kacang Sepat Bahan-bahan 300gm daging lembut 10-15 tangkai kacang sepat 1 sudu besar sos tiram 2 ulas bawang putih - cincang 1 in halia - hiris halus 1 sudu besar minyak untuk menumis 1 sudu besar stok ayam maggie 1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar Bahan (Perap) 1/2 sudu besar sos hoisin 1 sudu kecil minyak bijan 2 sudu besar tepung jagung Cara-cara : 1.  Hiris nipis daging, perap dengan bahan perapan selama 15 minit. 2.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick.  Goreng hirisan daging, sambil di balik2kan hingga masak.   Angkat dan ketepikan. 3. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.  Masukkan sos tiram dan stok ayam.  Kemudian masukkan daging.  Gaul rata. 4.  Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan kacang sepat.  Goreng sebentar dan sedia di hidang.

Daging Hitam Buah Pala

Gambar
Daging Hitam Buah Pala Bahan-bahan 500gm daging batang pinang di hiris nipis Bahan Kisar 3 ulas bawang merah 2cm halia 2 ulas bawang putih 2 sudu besar cili kisar Bahan Tumis 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga Bahan Perasa 4 sudu makan kicap manis 4 sudu makan kicap hitam 2 sudu makan tomato puri 1 biji buah pala, ambil isinya dan tumbuk halus sedikit serbuk lada sulah 1 tangkai daun ketumbar di hiris 4 tangkai cili hijau garam dan gula secukup rasa 1/2 cawan air Minyak untuk menumis Cara-cara : 1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar, masukkan bahan tumis yang lain, kacau hingga naik baunya.  Masukkan sedikit air, biarkan seketika hingga pecah minyak. 2.  Masukkan tomato puri, serbuk pala dan serbuk lada sulah.  Kacau hingga rata. 3.  Kemudian masukkan daging, air dan kicap, gaul rata.  Biarkan seketika hingga daging empuk. 4.  Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.  Masukkan cili hijau dan daun ketumbar, kacau...

Daging Goreng Kunyit

Gambar
Daging Goreng Kunyit Bahan-bahan 400gm daging dihiris nipis 1/2 inci kunyit hidup garam secukupnya 1 keping asam gelugor Bahan Hiris 1/2 labu bawang besar 1 tangkai cili merah 1 tangkai cili hijau 1 helai daun kunyit Minyak untuk menggoreng Cara-cara : 1.  Tumbuk kunyit hidup bersama sedikit garam, gaulkan dengan daging yang telah di hiris.  Masukkan kedalam kuali bersama sedikit air dan asam gelugor, masak daging hingga empuk dan kering airnya. 2.  Tuang sedikit minyak ke dalam kuali tadi dan goreng hingga daging keperangan.  Kemudian masukkan bawang besar dan cili, kacau rata.  Akhir sekali masukkan daun kunyit.