Postingan

Menampilkan postingan dengan label Kerabu

Kerabu Buah Beka

Gambar
Kerabu Buah Beka Bahan-bahan 1 biji buah beka 1 ekor ikan kembung - bakar ambil isinya 1 cawan kelapa parut, goreng hingga perang 5 sudu besar santan pekat atau santan kotak (panaskan dahulu) 2 sudu kecil lada hitam 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 2 biji limau nipis 1 sudu besar budu Garam dan gula secukup rasa Bahan Hiris 3 tangkai daun kesum 2 ulas bawang merah Cara-cara : Buang bahagian tepi kulit beka dan hiris nipis-nipis,  Kemudian celur sebentar hingga kulitnya menjadi lembut. Toskan dan masukkan ke dalam bekas besar bersama hirisan daun kesum dan bawang hiris. Tumbuk lada hitam hingga hancur, masukkan bawang merah, bawang putih, gula dan garam,  tumbuk lagi hingga lumat, Masukkan kelapa goreng dan tumbuk hingga kelapa hancur. Akhir sekali, masukkan isi ikan, tumbuk ringan dan gaul rata. Masukkan ke dalam bekas berisi buah beka dan gaul rata. Masukkan santan pekat, perasakan dengan budu dan perahan jus limau.  Tambah garam dan gula jika perlu. Rasa manis, m...

Kerabu / Sambal Manga Kelantan

Gambar
Kerabu / Sambal Manga Kelantan Bahan-bahan 4-5 biji buah mempelam atau manga muda, sagat memanjang 2 ekor ikan kembung (bakar ambil isinya) 1 labu bawang merah besar - hiris 4 tangkai cili padi, hiris 1 biji tomato, jika suka, hiris 2 tangkai daun ketumbar jika suka 1/2 cawan santan segar atau santan kotak Gula dan garam secukup rasa Penyediaan : Tumbuk isi ikan bersama sedikit garam dan gula, gaul rata. Gaul bersama manga, hirisan bawang, cili api, tomato dan daun ketumbar. Masukkan santan dan gaul hingga rata. Kerabu ini tidak tahan lama kerana menggunakan santan mentah. Seeloknya gaul santan ketika hendak makan. Kerabu / Sambal Manga Kelantan

Kerabu Daging Ala Thai

Gambar
Kerabu Daging  Ala Thai Bahan-bahan 300 gram ketulan daging batang pinang 2 batang serai - ketuk 1/2 sudu teh garam Rebus ketulan daging hingga empuk.  Angkat dan hiris nipis. Bahan Kerabu 1 biji timun, buang empulur, hiris nipis 1 biji tomato - hiris nipis 5 biji bawang merah, hiris 2 kuntum bunga kantan, hiris halus 1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus 5 biji cili padi, hiris halus 2 helai daun limau purut muda, hiris halus 4 sudu besar pati santan 5 -6 biji limau kasturi, perah jusnya Gula secukup rasa Sos ikan secukupnya Bahan Tumbuk  2 biji cili merah 4 biji cili padi 1 inci belacan, dibakar Cara-cara  Satukan daging hiris, bahan tumbuk dan bahan kerabu kecuali jus limau dan sos ikan. Gaul rata, Kemudian masukkan santan, gaul rata dan perasakan dengan sos ikan, gula dan jus limau secukup rasa. Kerabu Daging Ala Thai