Postingan

Menampilkan postingan dengan label Apam

Apam Jagung

Gambar
Apam Jagung By Kak Wan @ Resipicitarasawan Credit :  Norehan Ajit‎ (MAHN) Bahan-bahan 2 cawan isi jagung segar 2 cawan santan (1 cawan santan kotak dan 1 cawan air) 1 cawan gula 2 cawan tepung beras 1 sudu besar yis segera Kelapa parut di kukus dan di campur sedikit garam Penyediaan : Kisar isi jagung bersama santan dan gula hingga halus. Tuang ke dalam bekas, masukkan tepung beras dan yis. Kacau sebati, tutup bekas dan rehatkan selama 1/2 jam hingga adunan kembang. Tuang ke dalam acuan yang di oles sedikit minyak hingga penuh. Kukus selama 8 - 10 minit hingga masak. Hidang bersama kelapa parut. Apam Jagung

Apam Labu Soya Yeo's

Gambar
Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. Hari ini 27 May 2017, semua umat Islam mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia.  Antara juadah pemanis mulut yang menjadi kegemaran berbuka adalah kuih muih.  Apa kata kita amalkan berbuka dengan kuih muih yang lebih berkhasiat menggunakan Susu Soya Yeo's. Membuat kuih muih sendiri adalah lebih baik dari membeli di pasar malam kerana terjaga kebersihannya dan terjamin kesegarannya. Untuk kuih muih Ramadan ini cubalah Apam Labu Soya Y...

Apam Balik Che Mat

Gambar
Apam Balik Che Mat Sumber :   CMG@Dapur Tanpa Sempadan Bahan-bahan 130 gram tepung gandum / tepung roti 1/2 sudu teh teh soda bicarbonate 1/2 sudu teh instant yeast 2 sudu besar gula halus 1 biji telur gred A 160 ml air / susu cair 1/4 camca teh esen vanilla (optional) Sedikit pewarna kuning Bahan Inti 50 gram kacang tanah, tumbuk kasar 2 sudu besar gula pasir 2 sudu besar bijan sangai 1/2 cawan jagung krim dalam tin Sedikit mentega atau majerin Cara-cara : Satukan tepung, soda bicarbonate, instant yeast dan gula ke dalam mangkuk. Kacau rata, tuang air dan masukkan telur, whisk hingga sebati. Tapis ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik wrap.  Perap 45 minit. Panaskan non-stick pan kecil dan oles sedikit marjerin. Kecilkan api, tuang sesenduk adunan, ratakan. Tutup permukaan pan dengan penutup dan masak hingga permukaan setengah masak dan berlubang-lubang. Kemudian taburkan kacang, gula dan jagung krim. Tutup kembali dengan penutup dan biarkan masak untuk 2 - 3 minit lagi. ...

Apam Bakar Kelantan

Gambar
Apam Bakar Kelantan Bahan-bahan 300 gram tepung beras 130 gram gula pasir 1/2 sudu teh garam 2 sudu kecil  yis segera 1 sudu kecil lada hitam* 2 ulas bawang merah* 1/2 inci halia* 1/2 inci lengkuas* 200ml air* 200ml santan/susu segar 5-6 biji pisang emas 4 ketul tapai ubikayu lembut Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus dan gaul bersama) Cara-cara :- 1. Kisar bawang merah, halia, lengkuas dan lada hitam dengan 200ml air.  Kemudian tapis.  Ketepikan.  2.  Lecek pisang, tapai, garam dan gula hingga halus.  Masukkan tepung beras dan gaul hingga rata.  3.  Tuang santan dan gaul hingga sebati.  Masukkan air kisaran tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi seperti adunan pankek.  Masukk yis segera, gaul rata.  Tutup mangkuk adunan dengan plastik dan rehatkan selama 1-2 jam atau lebih hingga adunan menjadi ringan dan berbuih. 4.  Panaskan non-stick pan bersaiz 4in dengan sedikit majerin.  Tuang satu senduk adunan dan mas...

Apam Beras

Gambar
Sumber :  Cha@Myresipi   Bahan-Bahan 2 cawan nasi 2 cawan gandum 2 cawan tepung beras 1 cawan gula perang 3/4 cawan gula pasir 2 1/2 cawan air 1 sudu kecil yis segera Kelapa parut + sedikit garam Cara-cara : 1.  Kisar nasi dan air hingga halus, kemudian masukkan yis, gula perang dan gula, kisar hingga sebati. 2.  Satukan tepung gandum dan tepung beras,  tuangkan nasi yang dikisar tadi, gaul hingga sebati.  Perap selama 3 jam. 3.  Panaskan pengukus, leser acuan dengan sedikit minyak. 4.  Tuang adunan sehingga penuh ke dalam acuan lompang dan kukus dengan api besar selama 15 minit. 5.  Angkat dan hidang bersama kelapa parut.