Apam Beras
Sumber : Cha@Myresipi
Bahan-Bahan
2 cawan nasi
2 cawan gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis segera
Kelapa parut + sedikit garam
Cara-cara :
1. Kisar nasi dan air hingga halus, kemudian masukkan yis, gula perang dan gula, kisar hingga sebati.
2. Satukan tepung gandum dan tepung beras, tuangkan nasi yang dikisar tadi, gaul hingga sebati. Perap selama 3 jam.
3. Panaskan pengukus, leser acuan dengan sedikit minyak.
4. Tuang adunan sehingga penuh ke dalam acuan lompang dan kukus dengan api besar selama 15 minit.
5. Angkat dan hidang bersama kelapa parut.
Komentar
Posting Komentar