Mini Fruits Jelly / Kao Noom Look Choup
Mini Fruits Jelly / (Kao Noom Look Choup) Buah-buahan mini ini dibuat dari kacang dal atau kacang hijau yang dibentuk dan diwarnakan seperti buah-buahan. Bahan pengilatnya datang dari agar-agar. Setiap doh hendaklah seberat 10-15gm kerana jika terlalu besar susah untuk dicucuk dengan lidi atau dicelupkan kedalam agar-agar. Seeloknya guna toothpicks untuk mencucuk doh semasa mewarnakannya. Bahan-bahan 200 gm kacang dal atau (kacang hijau tanpa kulit) 150 gm gula 1/2 sudu teh garam 150ml santan pekat KARA 1 sudu besar tepung beras Pewarna Bahan Pengilat 10gm serbuk agar-agar 350ml air 100 gm gula Cara-cara : 1. Rendam kacang semalaman. Tos dan kukus selama 45 minit. 2. Kisar kacang tadi bersama gula, tepung beras, garam dan santan sehingga menjadi pes. 3. Masukkan kedalam periuk dan kacau diatas api sederhana hingga adunan menjadi kental. Angkat dan biarkan sejuk. Bungkus adunan dengan plastik supaya tidak kering. 4. Ambil doh kacang seberat 10-15gm dan ...