Mini Fruits Jelly / Kao Noom Look Choup
Mini Fruits Jelly / (Kao Noom Look Choup)
Buah-buahan mini ini dibuat dari kacang dal atau kacang hijau yang dibentuk dan diwarnakan seperti buah-buahan. Bahan pengilatnya datang dari agar-agar. Setiap doh hendaklah seberat 10-15gm kerana jika terlalu besar susah untuk dicucuk dengan lidi atau dicelupkan kedalam agar-agar. Seeloknya guna toothpicks untuk mencucuk doh semasa mewarnakannya.
200 gm kacang dal atau (kacang hijau tanpa kulit)
150 gm gula
1/2 sudu teh garam
150ml santan pekat KARA
1 sudu besar tepung beras
Pewarna
Bahan Pengilat
10gm serbuk agar-agar
350ml air
100 gm gula
Cara-cara :
1. Rendam kacang semalaman. Tos dan kukus selama 45 minit.
2. Kisar kacang tadi bersama gula, tepung beras, garam dan santan sehingga menjadi pes.
3. Masukkan kedalam periuk dan kacau diatas api sederhana hingga adunan menjadi kental. Angkat dan biarkan sejuk. Bungkus adunan dengan plastik supaya tidak kering.
4. Ambil doh kacang seberat 10-15gm dan bentukkan menjadi buah-buahan yang disukai.
5. Apabila siap dibentuk, warnakan buah-buahan tadi. Kemudian cucuk dengan toothpicks dan tekan diatas polystyrene untuk mengeringkannya.
6. Untuk pengilatnya, masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Biarkan suam sedikit tetapi jangan sampai beku. Sekiranya beku panaskan lagi agar-agar tadi.
7. Ambil buah-buahan yang dah siap dibentuk dan celup kedalam agar-agar. Cucuk diatas polystyrene untuk mengeringkannya. Buat sehingga habis.
Komentar
Posting Komentar