Postingan

Menampilkan postingan dengan label Muffins

Muffin Pandan

Gambar
Muffin Pandan Sumber :  Anymz mykitchen dan Nor@Secubit Garam Bahan-bahan 200gm tepung gandum 1 1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bikabonat 1/2 sudu teh garam halus 120gm gula castor 200ml santan kelapa (dalam kotak) 100ml minyak jagung 2 biji telur *1sudu kecil pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) *1/2 sudu teh pandan essence Hiasan - Almond slices, kismis, ceri atau yang di sukai Nota : *Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis. Cara-cara : 1. Panaskan oven pada suhu 190C. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). 4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan...

Tie Dye Muffin

Gambar
Tie Dye Muffin Bahan-bahan 250gm tepung self raising 30gm tepung jagung 20gm susu tepung 1 sudu teh baking powder 3 biji telur ayam 125gm gula pasir 150ml susu cair 100gm mentega cair Pewarna :  Hijau, Kuning, Biru, Merah Cara-cara : 1. Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, tepung susu dan baking powder. 2. Pukul telur dan gula hingga kembang.  Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dengan susu cair. 3.  Kemudian masukkan mentega cair, gaul hingga rata dengan senduk kayu. 4.  Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warnakan dengan warna yang berlainan. 5.  Masukkan adunan berlainan warna berselang seli sehingga memenuhi 3/4 cawan kertas. 6.  Bakar pada suhu 200C selama 20 minit atau hingga masak. Tie Dye Muffin

Muffin Coklat Chip Nigela

Sumber : Nigella Lawson Bahan 250g tepung serbaguna 2 tsp baking powder 1/2 tsp soda bikarbonat 2 tbsp serbuk koko 175g gula kastor 150g coklat cip 250ml susu 90ml minyak sayur (75g mentega) 1 biji telur (L size) 1tsp esen vanila/ ekstrak vanila Cara Gaul tepung, baking powder, soda bikarbonat, gula dan serbuk koko dalam mangkuk besar. Gaul rata minyak, susu, esen vanila dan telur dalam mangkuk lain. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul rata. Masukkan coklat cip dan gaul rata. Tuang adunan dalam papercup dan tabur sedikit coklat cip di atas. Bakar pada suhu 200C untuk 20 minit.

Muffin Coco Cheese

Sumber : Ringo – http://myresipi.com/ Bahan-bahan ( 10 biji ) 140gm choco chip 100gm cream cheese 80gm butter 2 biji telur size M 60gm gula 100gm tepung gandum 2sk baking powder Cara-cara 1. Panaskan oven ke 180℃. 2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa) 3. Tambah gula dan kacau lagi. 4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula. 5. Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.

Muffin Coklat Chip

Sumber: Alaf 21 / Maklang Bahan-bahan: 250g tepung naik sendiri - ayak 80g gula castor 265g choc chip 1 biji telur 60g butter – dicairkan ¾ cawan susu cair Cara-cara penyediaan: 1. Masukkan tepung + choc chip + gula dalam bekas dan gaul sampai rata 2. Masukkan telur + butter + susu cair = pukul sebati (maklang pukul dengan whisker jer) 3. Kalau kelihatan kering, tambahkan susu lagi (maklang tambah sikit lagi susu) 4. Tuang dalam papercup dan bakar selama 20-25’ dengan suhu 170

Muffin Coklat Walnut

Sumber : Asmah Laili / Suria Channel Bahan-Bahan 60 gm mentega cair 100 gm madu 125 gm susu cair 1 biji telur dikocok 130 gm tepung gandum 1 sudu makan serbuk koko diayak 1 sudu teh baicabonet of soda 1 sudu teh vanilla 50 gm chocolate chips 50 gm cocoa chips putih 50 gm walnut dibakar sebentar dan dicincang 50 gm raisins Secukup acuan muffin dan mangkok kertas Cara-cara Panaskan ketuhar 180 C. Alaskan acuan muffin dengan mangkok kertas. Atau sapukan acuan muffin dengan mentega. Campurkan mentega cair,madu,susu cair ,vanilla dan telur. Kacau sehingga rata dan sebati. Masukkan campuran tepung yang telah diayak dan dikacau rata. Masukkan chocolate chip,walnut dan raisins kacau sehingga rata. Sendukkan adunan muffin kedalam acuan muffin atau mangkok kertas. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak. Jika menggunakan mangkok kertas yang kecil kecil, bakar adunan selama 12-15 minit atau sehingga masak.

Cappuccino Chocolate Chunk Muffins

Gambar
Cappuccino Chocolate Chunk Muffins Bahan-bahan 1 1/2 cawan tepung serbaguna 3/4 cawan gula perang (halus) 100gm coklat masakan (diparut kasar) 100gm walnut/pecans , dicincang kasar 50gm serbuk koko, dicampur dgn 1 tbsp air panas, kacau rata 1 tsp baking powder 1/2 tsp serbuk kayu manis 1/4 tsp garam 3/4 cawan susu segar 2 tbsp cappuccino/coffee emulco 1/4 cawan mentega, dicairkan 1 biji telur - dipukul sedikit Hiasan : walnut/pecans/choc chips atau coklat ganache Cara-cara : 1. Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan acuan muffin. 2. Satukan tepung, gula, coklat parut, walnut, baking powder, serbuk kayu manis dan garam. Gaul rata. 3. Masukkan susu cair, cappuccino emulco, koko, kaup balikkan sehingga sebati. Kemudian masukkan mentega cair dan telur, pukul sekejap dengan hand mixer. 4. Tuangkan 3/4 adunan ke dalam acuan muffin. Taburkan walnut/pecans atau coklat chips. 5. Bakar selama 25 - 30 minit. 6. Jika suka boleh dihias dengan coklat ganache.

Chocolate Cheese Muffin

Resipi : Mat Gebu Bahan 140 gm coklat masakan, dipotong kecil 100 gm cream cheese 80 gm mentega 2 biji telur gred A 1 camca teh esen vanilla*(*dicampur dan pukul rata dgn garfu) 60 gm gula 100 gm tepung gandum 2 camca teh baking powder(digaul dan diayak) Sedikit kepingan badam & Choc Chip utk hiasan (optional) Cara- Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau gunakan muffin cup jenis keras. Ketepikan.- Masukkan coklat masakan, cream cheese dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan dengan cara "double-boiler" (dengan meletak mangkuk yang berisi bahan2 tadi di atas air mendidih), kacau hingga semua cair dan sebati. Angkat.- Masukkan gula dan telur, kacau menggunakan whisk (kalau benda ni tak de juga, boleh guna senduk) hingga sebati.- Masukkan tepung dan gaul hingga rata dan mesra. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 3/4 penuh, tabur dengan sedikit kepingan badam. Buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak.