Cappuccino Chocolate Chunk Muffins
Cappuccino Chocolate Chunk Muffins
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan gula perang (halus)
100gm coklat masakan (diparut kasar)
100gm walnut/pecans , dicincang kasar
50gm serbuk koko, dicampur dgn 1 tbsp air panas, kacau rata
1 tsp baking powder
1/2 tsp serbuk kayu manis
1/4 tsp garam
3/4 cawan susu segar
2 tbsp cappuccino/coffee emulco
1/4 cawan mentega, dicairkan
1 biji telur - dipukul sedikit
Hiasan : walnut/pecans/choc chips atau coklat ganache
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan acuan muffin.
2. Satukan tepung, gula, coklat parut, walnut, baking powder, serbuk kayu manis dan garam. Gaul rata.
3. Masukkan susu cair, cappuccino emulco, koko, kaup balikkan sehingga sebati. Kemudian masukkan mentega cair dan telur, pukul sekejap dengan hand mixer.
4. Tuangkan 3/4 adunan ke dalam acuan muffin. Taburkan walnut/pecans atau coklat chips.
5. Bakar selama 25 - 30 minit.
6. Jika suka boleh dihias dengan coklat ganache.
Komentar
Posting Komentar