Keledek Goreng Rangup


Keledek Goreng Rangup

Bahan-bahan
1/2 Kg Keledek - potong memanjang
(Rendam dengan sedikit garam) selama 1 jam, toskan

Tepung Goreng Rangup
250 gm tepung beras (Golden Coin) atau 3 Gajah
250 ml air
1 biji telur
1 sudu besar air kapur pekat
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna

Salutan :  2 cawan breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan :
Bancuh bahan-bahan tepung goreng hingga rata dan sebati,  tidak terlalu pekat atau cair.
Toskan ubi, celup ke dalam bancuhan tepung dan golek di atas breadcrumbs.
Goyang mangkuk berisi breadcrumbs hingga ubi bersalut rata.  Jangan gunakan tangan untuk mengaul kerana salutan akan melekat pada tangan.
Goreng hingga keperangan.
Rangup di makan panas-panas.

Keledek Goreng Rangup

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Ikan Goreng Butterfly / Deep Fried Butterfly Fish

Kek Blueberry

Ondeh-Ondeh Pulut Hitam