Sardin Gulung / Sardine Roll
Sardin Gulung / Sardine Roll
Sumber Nazian Nasir / Mamafami
Bahan Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1 tangkai cili merah - dicincang
gula dan garam secukup rasa
sedikit perahan jus limau - K1 tambah
Cara-cara :
Inti : Tumis bawang putih yang ditumbuk. Masukkan cili kisar, bawang besar yang didadu dan cili merah. Masukkan sardin dan sosnya sekali. Tumis sampai kering sosnya dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau sebati, angkat dan sejukkan dahulu.
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis mauripan
1 biji telur sejuk
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air mineral sejuk
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula
Pelekat : 1 sudu besar gandum + sedikit air menjadi pes pekat
Cara-cara :
1. Larutkan yis dan gula dengan 1/2 cawan air. Kacau rata hingga sebati dan biarkan sebentar.
2. Masukkan tepung yang diayak ke dalam mangkuk besar. Masukkan telur, minyak dan garam. Gaul sebati dan tuangkan air bercampur yis sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 30gm.
4. Gelek doh menjadi nipis dan letakkan sedikit inti di atasnya. Gulung kemas dan letakkan sedikit pelekat di hujung supaya gulungan tidak terbuka bila di goreng. Picitkan sedikit di hujungnya.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Toskan dan sedia dihidang.
Komentar
Posting Komentar