Doh Asas Pizza (2)
Sumber : resipi citarasawan
Bahan Doh
500gm tepung protin tinggi (tepung roti)
11gm (1 peket) yis segera Mauripan
20gm gula kastor
5gm garam
30gm shortening
20gm susu tepung
330ml air (tambah jika kurang)
5gm bread improver
Cara-cara
1. Satukan tepung, yis, gula, garam,susu tepung dan bread improver dalam mangkuk mixer. Gaul rata
2. Masukkan shortening, uli menggunakan hook dengan speed perlahan dan masukkan air sedikit-sedikit hingga menjadi doh. Tukar kepada speed sederhana dan uli hingga menjadi doh yang elastik.
3. Keluarkan doh dan uli dengan tangan dan bulatkan . Tutup dengan bekas yang besar atau plastik. Biarkan doh mengembang 2 kali ganda.
4. Tumbuk doh dan uli lagi. Rehatkan selama 5 minit.
5. Timbang doh 150gm dan canai bulat berukuran 8 inci. Masukkan dalam acuan non-stick pan.
6. Cucuk doh dengan garfu untuk menghalang ia menggelembung apabila dibakar. Bakar setengah masak selama 10 minit. Keluarkan doh dan biarkan ia sejuk.
7. Ratakan sos piza dan aturkan bahan-bahan topping. Akhir sekali taburkan keju mozarella.
8. Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180C.
Bahan-bahan sos pizza :
1/2 biji bawang besar (merah)
2 ulas bawang putih
1 biji tomato, dikisar
1 tin kecil tomato puri
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak
rempah oregano
beberapa helai daun bay
1 peket daging kisar Ramly
Bahan topping :
250 gm keju mozarella, diparut
1 biji cili benggala (capsicum), dihiris bulat
1 biji bawang besar , dihiris bulat
sedikit mix vegetable
1 tin nenas kiub, dihiris
5 ketul sosej ayam, dihiris
Cara Membuatnya :
1. Cincang atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kisar tomato dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang tumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan tomato kisar, tomato puri dan daging kisar.
4. Masak atas api sederhana hingga daging kecut dan mendidih kira-kira 20 minit.
5. Masukkan 4 helai daun bay,1 sudu besar oregano, gula dan garam. Masak lagi selama 10 minit hingga sos pekat dan berbau harum.Tambah gula jika suka lebih manis.
6. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
7. Sapukan sos atas roti pizza dan taburkan bahan-bahan topping dan terakhir taburkan keju mozarella.
8. Bakar selama 20 minit hingga masak pada suhu 200 darjah celcius.
9. Enak dimakan semasa masih hangat

Komentar
Posting Komentar