Pankek Yogurt / Yogurt Pancake
Pankek Yogurt / Yogurt Pancake
Bahan-bahan
1 cawan tepung
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula
1/2 cawan yogurt
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
2 sudu besar marjerin di cairkan
Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan soda bikabonat.
2. Satukan yogurt, susu, telur dan gula pukul hingga sebati. Masukkan tepung yang diayak, gaul hingga sebati. Kemudian masukkan marjerin cair, whisk hingga rata dan tidak berketul. Biarkan selama 15 minit.
3. Panaskan non-stick pan, masukkan 2 senduk kecil batter dan bakar dengan api kecil (tanpa minyak) tutup kuali dengan penutup.
4. Setelah atasnya hampir masak, terbalikkan ke sebelah dan biarkan beberapa saat. Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama mentega, sirap pancake atau sirap coklat.
Komentar
Posting Komentar