Agar-Agar Santan Pandan
Agar-Agar Santan Pandan
Olahan : Agar-agar Sirap Rose Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan
11gm serbuk agar-agar (1 paket)
750ml air (3 cawan)
250ml air (1 cawan - kisar dengan 5 helai daun pandan, tapis)
200 gm gula pasir (1 cawan)
250 ml santan pekat (1 cawan)
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
1/4 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
Loyang di basahkan terlebih dahulu
Cara-cara
1. Masak air, jus pandan, gula, dan serbuk agar-agar hingga larut.
2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sedikit pewarna hijau.
3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak keluar. Tunggu sehingga adunan santan kelihatan berbintil-bintil. Tutup api.
4. Tuang di dalam acuan, biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Tips dari Naz :
Tips untuk mendapat 2 lapisan agar-agar : Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
Agar-Agar Santan Pandan
Komentar
Posting Komentar