Agar-agar Santan Gula Melaka


Agar-Agar Santan Gula Melaka
Sumber :  Nadz@Cute Oven,Small Kitchen

Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
1 liter air (4 cawan)
250gm gula melaka
250ml santan pekat (1 cawan)/santan kotak
1 biji telur ayam
1/4 garam
2 helai daun pandan - simpul

Loyang atau bekas kecil - basahkan dahulu

Cara-cara :
1.  Satukan santan, telur  dan garam.  Pukul ringan dengan garpu.  Ketepikan.
2.  Satukan air, serbuk agar-agar, gula melaka dan daun pandan.  Masak hingga gula larut.  Tapis ke dalam periuk yang lain untuk membuang kotoran pada gula melaka.
3.  Masak semula hingga mendidih, kecilkan api dan tuang campuran santan dan telur. 
4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau untuk mengelakkan adunan membuak keluar.
5.  Bila adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
6.  Tuang dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Tips dari Nadz :  Untuk mendapat 2 lapisan santan dan gula melaka yang berasingan ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
 Agar-agar Santan Gula Melaka

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Ikan Goreng Butterfly / Deep Fried Butterfly Fish

Ondeh-Ondeh Pulut Hitam

Kek Blueberry