Puding Sago Fruity Tutty
Puding Sago Fruity Tutty
Bahan-bahan
1/2 cawan sago kecil
1 liter air
1/3 cawan jagung tin (whole kernel)
Sirap Gula
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Satukan gula pasir, air dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Biarkan sejuk.
Santan
1 cawan santan pekat (kotak)
1/4 cawan air
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar tepung beras
Satukan santan, air, garam dan tepung beras. Tapis ke dalam periuk dan masak hingga nampak pekat.
Sejukkan dahulu.
Buah-buahan pilihan : Cantalope, melon, tembikai, pisang, kiwi, manga, blueberry, buah naga, nangka - potong atau scoop
Cara-cara :
Cuci sagu dan toskan. Masak air hingga mendidih, kemudian masukkan sagu. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan toskan ke dalam penapis.
Kemudian alirkan air paip ke atas sagu dan bilas beberapa kali sehingga kanjinya hilang.
Toskan sekali lagi kemudian gaulkan dengan jagung.
Masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Simpan di dalam peti sejuk.
Penyediaan Puding
Sudukan sago ke dalam mangkuk atau gelas, tuang sedikit sirap gula dan santan.
Kemudian hias dengan buah-buahan pilihan.
Boleh tambah ketulan ais jika suka.
Puding Sago Fruity Tutty
Komentar
Posting Komentar