Agar-Agar Delima Istana
Sumber : Cikgu Mi (Mesra.Net) dan Izanman.blogspot.com
di olah semula oleh K1
Agar-Agar Delima Istana
Bahan-bahan
37.8 gm agar-agar panjang (strips agar-agar)
Bancuhan Telur
3 cawan air
1 cawan sirap cocktail (dari 1 tin Tropical fruit cocktail diasingkan sirap dan buahnya)
1 tin susu cair ideal / susu segar
1 tin (505gm) susu pekat manis
6 biji telur gred A dipukul dahulu
1 sudu teh esen vanila
Bahan Taburan
1/2 tin buah cocktail
1 cawan mixed fruits (ceri merah dan hijau, kismis,blackcurrent)
Cara-cara
1. Rendam agar-agar panjang selama 4 jam. Toskan, tanpa memotong agar-agar tadi.
2. Didalam bekas lain, satukan semua bahan bancuhan telur, pukul ringan hingga rata. Tapis.
3. Basahkan loyang, penuhi dasar loyang dengan agar-agar panjang. Kemudian tabur dengan sedikit bahan taburan hingga rata. Tuang pula bancuhan telur hingga menutupi agar-agar dan buah tadi.
4. Ulangi melapis berselang seli agar-agar, buah dan bancuhan telur hingga habis. Lapisan terakhir tabur dengan buah-buahan diatasnya.
5. Kukus sekurang-kurangnya 1 1/2 - 2 jam. Kukus sekejap akan menyebabkan agar-agar tidak larut.
6. Angkat dan biarkan agar-agar menjadi suam baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
*** K1 merendam agar-agar lebih lama untuk menjimatkan masa mengukus. Dalam resipi ni K1 hanya mengukus selama 1 jam sahaja.
Komentar
Posting Komentar