Kek Lapis Moscovis
Kek Lapis Moscovis
Bahan A
300gm mentega
120gm gula kastor
12 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis
2 sudu kecil pes oren
Bahan B
50gm gula kastor
6 biji putih telur
1/4 sudu teh krim tartar
Bahan C
180gm tepung Hong Kong
1 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 sudu teh rempah spoekek
Bahan D
300gm buahan kering campuran
Loyang 8" persegi di alas kertas minyak pada dasarnya
Cara-cara :
1. Bahan A : Pukul mentega, susu pekat dan gula hingga kembang kan berkrim. Masukkan telur satu persatu, pes oren dan pukul hingga sebati dan berkrim. Tuang ke dalam mangkuk besar.
2. Bahan B : Dalam mangkuk lain, pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
3. Bahan C : Masukkan tepung, rempah dan serbuk penaik ke dalam adunann mentega tadi, gaul perlahan-lahan hingga sebati.
4. Kemudian masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit dan kaup balikkan sehingga bergaul rata dengan adunan mentega.
5. Ambil satu sendok/cawan adunan, ratakan dalam dasar loyang, tabur dengan buah-buah kering. Bakar api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga permukaannya keperangan.
6. Cucuk permukaan kek dengan garpu, tekan dengan penekan kek agar lapisan rata. Sapu dengan berus sedikit marjerin pada permukaannya.
7. Untuk lapisan kedua dan seterusnya, ambil satu sendok adunan, ratakan dan tabur dengan buahan kering. Bakar api atas sahaja 8-10 minit (bergantung pada oven) sehingga lapisan terakhir habis.
8. Tutup tin pembakar dengan aluminium foil. Bakar semula api atas dan bawah selama 15-20 minit supaya kek betul-betul masak.
Komentar
Posting Komentar