Kek Lapis Keju Blueberry
Kek Lapis Keju Blueberry
Bahan A
400gm mentega
250gm krim keju (suhu bilik)
100gm gula kastor
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis
Bahan B
100gm gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh krim tartar
Bahan C
220gm tepung Hong Kong
100gm coffeemate / krimer
1 sudu teh serbuk penaik
200gm blueberi filling
Pewarna unggu
Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Alas tin pembakar 8in x 8in dgn kertas minyak.
Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, krim keju dan gula kastor, pukul hingga kembang dan berkrim. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan susu pekat sambil dipukul hingga sebati dan tidak berketul. Kemudian tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
2. Bahan B : Di dalam bekas lain, satukan putih telur, gula kastor dan krim tartar. Pukul hingga adunan kembang dan bertanduk.
3. Bahan C : Masukkan tepung Hong Kong, coffeemate dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi. Kemudian tuangkan pula adunan putih telur tadi, kaup balik hingga rata. Bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian dimasukkan blueberi filling dan pewarna unggu dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
5. Ambil satu bahagian warna asal, ratakan ke dalam tin pembakar. Bakar selama 7 minit dengan api atas dan bawah hingga permukaan kek berwarna perang.
6. Cucuk permukaan kek dgn garpu. Tekan lapisan ini agar rata. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit mentega. Ratakan adunan warna unggu sebagai lapisan kedua, bakar dengan api atas sahaja hingga masak. Ulangi melapis dan membakar berselang seli warna hingga habis.
7. Akhir sekali, tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit.
*** krim keju hendaklah dibiarkan lembut pada suhu bilik sebelum diadun.
*** lapisan kek boleh dipelbagai mengikut kreativiti.
Komentar
Posting Komentar