Nasi Goreng Kailan Ikan Masin
Nasi Goreng Kailan Ikan Masin Bahan-bahan 1 mangkuk nasi 1 labu bawang besar di cincang 2 ulas bawang putih di ketuk 4 tangkai cili padi di ketuk 1 biji telur 200gm udang hidup 1 keping ikan tenggiri masin 4 helai daun kailan di potong 1 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil stok ayam 1 sudu besar majerin 1 sudu besar minyak masak Cara-cara : 1. Panaskan minyak masak dan marjerin, masukkan udang dan goreng hingga udang keperangan. Angkat dan ketepikan. 2. Guna minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga naik baunya. Masukkan ikan masin, biarkan masak. Masukkan sos tiram, stok ayam dan sedikit garam. Pecahkan telur dan gaul hingga rata. 3. Masukkan nasi, gaul hingga rata, baru di masukkan udang yang digoreng tadi. Akhir sekali masukkan sayur kailan, gaul rata hingga kailan lembut. Hias dengan bawang goreng dan daun sup.