Postingan

Menampilkan postingan dari Agustus, 2014

Talam Sagu Pandan

Gambar
Talam Sagu Pandan Bahan Lapisan Bawah 350gm sago kecil merah atau putih 100gm kelapa parut putih 100ml santan pekat 300ml air 1 sudu kecil garam. Loyang 10 x10 x 3 - oles minyak dan alas plastik Cara-Cara : 1.  Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan. 2.  Satukan bersama bahan lain dan masukkan ke dalam loyang.  Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata. Bahan-bahan Lapisan Atas 150gm tepung gandum 20gm tepung kastard 250gm gula halus 3 biji telur 300ml santan pekat 500ml air + 3 helai daun pandan (kisar dan tapis) Sedikit pewarna hijau Cara-caranya: 1.  Satukan kesemua bahan di atas.  Tapis ke dalam periuk. 2.  Masak sehingga naik wap dan tuang ke atas lapisan bawah. 3.  Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. 4.  Sejukkan dahulu sebelum di potong dengan pemotong plastik. Talam Sagu Pandan

Lepat Pisang

Gambar
Lepat Pisang Bahan-bahan 10 biji pisang emas 3 sudu besar gula pasir / gula melaka 1/2 cawan kelapa parut putih 1/2 cawan tepung gandum 1/4 sudu teh garam 1/4 sudu teh baking powder 7-8 helai daun pisang - di layur Cara-cara : 1.  Lecek pisang bersama gula hingga hancur.  Masukkan kelapa parut, gandum, garam dan baking powder.  Gaul rata. 2.  Sudukan 1 sudu besar ke atas daun pisang dan lipat memanjang.  Lipat kedua hujung kedua daun pisang ke bawah. 3.  Kukus di dalam pengukus yang di panaskan dahulu selama 20 minit. Lepat Pisang

Koci Pulut Hitam

Gambar
Koci Pulut Hitam Kepala Santan 1 cawan santan pekat 1 1/2 sudu besar tepung beras 1/4 sudu teh garam Cara :   Satukan di dalam periuk dan kacau di atas api hingga pekat.  Ketepikan.   Inti : 4 sudu besar gula merah 4 sudu besar gula putih 1/2 biji kelapa parut muda putih 1/2 cawan air 1 sudu besar tepung pulut putih Cara-cara  : 1.  Masak gula merah, putih dan air di dalam periuk dan kacau hingga gula hancur. Kemudian tapis. 2.  Masukkan semula ke dalam periuk bersama kelapa parut. Masak menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga inti hampir kering.  Tabur dengan tepung pulut dan kacau hingga rata. 3.  Sejukkan inti dan gentel bulat2 untuk di masukkan ke dalam doh. Doh Pulut Hitam 1 1/2 cawan tepung pulut putih 1/2 cawan tepung pulut hitam 1/2 sudu teh garam 1 cawan santan cair Daun pisang 5 x 5in secukupnya - di layur di atas api Cara-cara : 1.  Gaul tepung pulut, garam dan santan cair secukupnya hingga menjadi doh. Ambil sedikit doh, bulat dan leperkan.  Letak inti kelap

Koleh Kacang Hijau

Gambar
Koleh Kacang Hijau Bahan A 300gm tepung kacang hijau 4 cawan air Bahan B 400gm gula merah 50gm gula pasir 1/2 cawan air 1 helai daun pandan Bahan C 3 cawan santan pekat 1/2 sudu teh garam Loyang 10x10x3 - Alas plastik Cara-cara : 1.  Satukan bahan A, gaul rata dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam atau lebih. 2.  Masak bahan B hingga gula larut.  Tapis dan sejukkan dahulu. 3.  Campurkan bahan A, B dan C.  Gaul rata dan masukkan ke dalam periuk tebal seperti periuk tembaga atau periuk non stick.  Masukkan 2 sudu besar minyak dari tahi minyak. 4.  Masak di atas api sederhana dan sentiasa di kacau hingga tidak berketul, licin dan berkilat.  5.  Angkat dan tuangkan ke dalam loyang, ratakan dan tabur dengan tahi minyak. 6.  Sejukkan dahulu sebelum di potong. Tahi minyak 1 1/2 cawan santan pekat 1/4 sudu teh garam Cara :  Masak hingga santan berbintil dan keperangan.  Angkat dan toskan sebelum di tabur di atas koleh kacang.   Ketepikan 2 sudu besar minyaknya untuk di masukkan ke dalam koleh.

Kuih Badak Berendam Pulut Hitam

Gambar
Kuih Badak Berendam Pulut Hitam Kuah 2 1/2 cawan santan 2 sudu besar tepung beras 1/2 sudu teh garam Cara :   Satukan di dalam periuk dan kacau di atas api hingga pekat.  Ketepikan.   Inti : 4 sudu besar gula merah 4 sudu besar gula putih 1/2 biji kelapa parut muda putih 1/2 cawan air 1 sudu besar tepung pulut putih Cara-cara  : 1.  Masak gula merah, putih dan air di dalam periuk dan kacau hingga gula hancur. Kemudian tapis. 2.  Masukkan semula ke dalam periuk bersama kelapa parut. Masak menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga inti hampir kering.  Tabur dengan tepung pulut dan kacau hingga rata. 3.  Sejukkan inti dan gentel bulat2 untuk di masukkan ke dalam doh. Doh Pulut Hitam 1 1/2 cawan tepung pulut putih 1/2 cawan tepung pulut hitam 1/2 sudu teh garam 1 cawan santan cair Cara-cara : 1.  Gaul tepung pulut, garam dan santan cair secukupnya hingga doh jadi lembut. Ambil sedikit doh, bulat dan leperkan.  Letak inti kelapa di tengahnya dan bulatkan kembali.  Atur di atas plas

Ondeh-Ondeh Pulut Hitam

Gambar
Ondeh-Ondeh Pulut Hitam Bahan-bahan 1 1/2 cawan tepung pulut putih 1/2 cawan tepung pulut hitam 1/2 sudu teh garam 1 cawan santan cair 1 keping gula melaka - potong kiub Kelapa parut muda + sedikit garam Cara-cara : 1.  Satukan tepung pulut hitam dan putih.  Masukkan garam dan santan cair sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. 2.  Masak air hingga mendidih.  Ambil doh sebesar ibu jari, leperkan dan letak potongan gula melaka di tengahnya.  Bulatkan kembali  dan rebus di dalam air mendidih tadi.  Bila adunan timbul di permukaan air, angkat dengan penapis dan golekkan ke atas parutan kelapa parut.  Ondeh-Ondeh Pulut Hitam

Nutella Cookie Pod

Gambar
Nutella Cookie Pod Sumber :  FB Group Resipi Ringkas - TQ Empunya Resipi Bahan-bahan 380gm tepung gandum (2 3/4 cawan) 1 sudu teh soda bikarbonate 1/2 sudu teh baking pwder 50 gm serbuk Walnut / Hazelnut atau Almond 250gm mentega (1 cawan) 220gm gula kaster (1 1/4 cawan) 1 biji telur A 1 sudu teh esen vanilla Acuan muffin kecil - di gris 1 botol Nutella Cara-cara : 1.  Ayak tepung, soda bikarbonate dan baking powder.  Satukan dengan serbuk walnut. 2.  Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.  Masukkan telur dan esen vanila.  Putar rata. 3.  Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 15minit. 4.  Bulat2 doh sebesar ibu jari (15gm), tekan ke dalam acuan. 5.  Bakar suhu 170C selama 10-15 min. 6.  Keluarkan dari oven, kemudian tekan menggunakan penekan kayu untuk membuat lubang di tengahnya.  Buat ketika biskut masih panas, jangan tunggu sehingga biskut sejuk kerana ia akan retak dan susah di tekan. 7.  Bakar semula selama 5minit jika maukan kulit pod lebih ga

Japanese Crispy Cream Puff

Gambar
Japanese Crispy Cream Puff Sumber :  Keiko Ishida@Joyce Simple Indulgence Choux Pastry 75ml air 50ml susu cair 50gm mentega tawar 1/2 sudu kecil gula 1/2 sudu kecil garam 2 biji telur B 75gm tepung gandum - ayak Doh Pastry 100gm tepung gandum 3 sudu besar gula kaster 75gm mentega Satukan doh pastry dan uli hingga sebati.  Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Cara-cara : 1.  Choux Pastry :   Satukan air, susu cair, mentega, gula dan garam.  Masak hingga mendidih. 2.  Tutup api dan masukkan tepung gandum.  Kacau dengan senduk kayu hingga menjadi segumpal doh.  Buka api dan kacau seketika hingga terdapat lapisan putih di dasar periuk. 3.  Biarkan doh sejuk,  kemudian masukkan telur satu persatu sambil di kacau sebati menggunakan senduk kayu atau mixer. 4.  Masukkan doh ke dalam piping bag dengan muncung nozzle bulat 1cm.  Pipe ke atas dulang yang di alas baking paper. 5.  Doh Pastry :   Canai doh pastry nipis 3mm tebal dan terap menggunakan cutter 6cm.  Letak p

M&M Eclairs

Gambar
M&M Eclairs Bahan-bahan 60 gram margarin 125 ml susu segar 1/4 sudu teh garam 75gm gram tepung gandum 2 biji telur B Hiasan : 100gm coklat masakan strawberry, cairkan secara double boiler Coklat m&m atau smarties Cara-cara : 1.  Masak susu segar, garam dan mentega hingga mendidih, tutup api, masukkan tepung gandum dan kacau dengan cepat hingga menjadi segumpal doh.  Buka api dan kacau 2-3 minit lagi hingga terbentuk lapisan nipis di dasar periuk.  Tutup api dan biarkan suam. 2.  Kemudian masukkan telur satu persatu dan gaul hingga licin dengan menggunakan senduk kayu.  Adunan mestilah tidak terlalu pekat atau cair dan boleh mengekalkan bentuk apabila di paipkan. 3.  Masukkan ke dalam piping bag yang telah di letakkan dengan muncung nozzle yang sukai.  Picit sepanjang 6sm ke atas dulang pembakar yang telah di alas dengan parchment paper / kertas minyak yang di gris terlebih dahulu. 4.  Bakar di rak atas pada suhu 180C selama 15 minit kemudian tukar suhu kepada 160C d

Acar Seri Rampai

Gambar
Acar Seri Rampai Resepi Oleh : Pak Engku Rujukan : Santapan Lauk-pauk Tradisi Sumber :  Puan Azlita Aziz Bahan Kisar 2 ulas bawang putih 6 ulas bawang merah 5 tangkai cili kering 2 biji tomato Bahan Tumis 2 sudu besar halba campur - jintan manis, jintan putih, halba dan biji sawi 3 tangkai daun kari 1 sudu kecil serbuk kunyit 2 sudu besar rempah kari Babas 3 sudu besar cuka 1 ketul gula melaka 300 ml air 100 ml minyak masak garam secukup rasa Sayur-sayuran 5 ulas bawang putih belah 2 10 ulas bawang merah - hiris kasar 2 inc halia - hiris halus 15 tangkai cili padi ( boleh kurangkan ) 2 biji timun - buang empulur dan potong memanjang 2 batang lobak - potong memanjang 50 gm bijan - di sangai ( jika suka) Capsicum - K1 tmbah Cara-cara : 1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumis hingga harum dan pecah minyak. 2.  Masukkan cuka, air dan gula melaka, masak hingga pekat 3.  Perasakan dengan garam secukupnya. 4.  Masukkan sayur-sayuran dan gaul rata. 5.  Tabur bijan dan sedia di h

Pisang Goreng Eno

Gambar
Pisang Goreng Eno Bahan-bahan 1 1/3 cawan tepung beras 1/3 cawan tepung gandum 1/3 cawan tepung jagung 1 biji telur B 1 cawan air 1/2 sudu teh garam 1 sudu kecil eno (tanpa perasa) 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 3 biji pisang tanduk atau pisang nangka - belah Cara-cara : 1.  Satukan semua bahan kecuali Eno.  Gaul hingga rata. 2.  Biarkan bancuhan selama 10-15 minit.  Kemudian masukkan eno dan gaul rata. 3.  Masukkan pisang yang telah di potong dan salut dengan bancuhan tepung. 4.  Panaskan minyak dan goreng terendam hingga masak.   Toskan di atas tissue dapur.

Bangkok Kaya Cake / Kek Kastard Kopi

Gambar
Bangkok Kaya Cake / Kek Kastard Kopi Bahan-bahan 125gm vanila sponge mix / coklat sponge mix 3 biji telur grade B 30ml air 30ml minyak jagung Loyang 9 in di alas kertas minyak Loyang 8 in (Loose base tin) Cara-cara : 1.  Campurkan sponge mix, air dan telur dan putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata. 2.  Kemudian tukar kepada kelajuan tinggi dan pukul hingga kembang dan pekat. 3.  Perlahankan mixer dan masukkan minyak jagung, putar hingga bergaul rata. 4.  Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar dalam oven yang telah di panaskan dahulu selama 25-30 minit pada suhu 180C.  Keluarkan dari oven dan telengkupkan ke atas redai.  Biar sejuk. 5.  Basahkan loyang 8 in loose base dan alihkan kek ke dalamnya (kek akan mengecut dan mengecil) 6.  Tuang Lapisan Kaya di atas kek, biarkan membeku.  Cakar sedikit permukaannya. 7.  Akhir sekali tuang Lapisan Agar-agar kopi. 8.  Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan. Bahan Lapisan Kastard 5gm serbuk agar-agar 300ml santan KARA + 2

Ikan Masam Manis

Gambar
Ikan Masam Manis Bahan-bahan 1 ekor ikan bawal atau kerapu 1 sudu kecil serbuk kunyit 1/2 sudu kecil cili boh sedikit garam 3 sudu besar sos tomato 3 sudu besar sos cili 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 in halia sedikit air asam jawa 1 biji tomato di lecek Bahan Hiris sepotong nenas 1/2 batang timun di potong dadu 1/2 labu bawang besar 1 tangkai cili merah   Cara-cara : 1.  Bersihkan dan gaul ikan bersama garam, kunyit dan ciliboh.  Goreng hingga masak.  Angkat dan masukkkan ke dalam pinggan. 2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.  Kemudian tumis dengan sedikit minyak hingga garing. 3.  Masukkan sos tomato, sos cili, sedikit air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.  Kemudian masukkan tomato lecek, hirisan nenas, timun, cili hiris dan bawang besar dan masak hingga kuah pekat. 4.  Angkat dan tuangkan ke atas ikan.  Ikan Masam Manis

Bubur Tepung Pulut / Bubur Candil

Gambar
Bubur Tepung Pulut / Bubur Candil Bahan-bahan 2 cawan tepung pulut 1 cawan air 1 sudu teh garam halus pewarna jika suka 2 liter air untuk merebus 1 1/2  liter air sejuk untuk merendam (Masukkan dalam bekas) Bahan Kuah 800ml santan 100gm gula pasir 1/2 sudu teh garam 2 helai daun pandan - simpul 2 sudu kecil tepung ubikayu / jagung - larutkan dengan sedikit air Cara-cara : Satukan tepung pulut dan garam.  Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh, jika keras tambah 2-3 sudu kecil air. Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna mengikut suka.  Gentel bulat-bulat buat hingga habis. Didihkan air hingga mengelegak di dalam periuk.  Masukkan bebola pulut dan masak hingga timbul di permukaan air.  Angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk. Kuah :  Masak santan, gula, garam dan daun pandan hingga mendidih.  Kemudian masukkan larutan tepung ubikayu untuk memekatkan kuah. Toskan bebola pulut dan masukkan ke dalam kuah dan hidangkan. Bubur Tepung Pulut

Tom Yam Seafood

Gambar
Tom Yam Seafood Bahan-bahan 200gm sotong dihiris 200gm udang sederhana dibuang urat 2 ekor ketam belah 2 1 liter air 3 ulas bawang putih - di ketuk 2 batang serai di potong serong 3 hiris lengkuas 4-5 tangkai cili padi di ketuk 2 biji tomato - belah 4 2 sudu besar pes tomyam 2 sudu besar sos ikan 3-4 biji limau nipis - ambil jusnya 2-3 helai daun limau purut 1/2 labu bawang besar - potong tegak garam dan gula secukup rasa Daun ketumbar dan daun bawang di hiris  Cara-cara : Didihkan air bersama serai, lengkuas dan bawang putih.  Masukkan udang, sotong, dan ketam.  Celur sebentar dan angkat.  Ketepikan. Masukkan pes tomyam, sos ikan, bawang besar, cili padi dan tomato.  Biarkan hingga mendidih. Akhir sekali perasakan dengan jus limau, garam dan gula secukupnya. Tutup api dan masukkan semula udang, sotong dan ketam yang di celur tadi. Sajikan dengan daun ketumbar dan daun bawang. Udang, sotong dan ketam di celur dulu bagi mengelakkan jusnya mempengaruhi rasa masam tomyam. Tom Yam Seafood

Kuih Lapis Roti Nescafe

Gambar
Kuih Lapis Roti Nescafe Olahan resipi Talam Roti Lapis Coklat @ K1 Bahan A 8 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 250ml air 100gm gula pasir 1/4 sudu teh garam 400ml santan KARA 200ml air 120gm tepung beras 40gm tepung jagung Bahan B 2 sudu teh nescafe (larutkan dengan 2 sudu besar air panas) + sedikit coffee emulco sedikit pewarna kuning telur Loyang 6in atau 7in - di gris dan di alas plastik Cara-cara : 1.  Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar.  Ketepikan. 2.  Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut.  Biarkan suam.  Masukkan tepung beras dan tepung jagung, gaul rata. 3.  Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus. 4.  Bahagikan kepada 3 bahagian, 2 bahagian di biar warna asal, 1 bahagian di campur pewarna kuning dan 4 bahagian di campur dengan larutan nescafe. 5.  Tuang satu bahagian adunan nescafe,  kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu. 6.  Angkat dan t

Puding Raja / Puding Istana

Gambar
Puding Raja / Puding Istana Bahan-bahan 2 sikat pisang lemak manis separuh masak 1 sudu besar minyak sapi (utk mengelak pisang melekat) Minyak untuk menggoreng terendam Kuah Puding 1 tin susu sejat Ideal 200ml air 3 biji kuning telur 150gm gula pasir 1 sudu teh esen vanila 1 sudu besar tepung kastard + 2 sudu besar air (larutkan) sehelai daun pandan Bahan Hiasan 100gm gajus di goreng Buah prun di potong kecil 2 urat jala mas (diceraikan), ceri merah dan hijau Resipi :  Jala Mas klik DISINI Cara-cara : Panaskan minyak masak, kemudian masukkan minyak sapi.  Masukkan pisang dan goreng hingga kekuningan.  Toskan di atas tissue dapur.  Kemudian goreng gajus hingga keperangan dan toskan.  Ketepikan. Kuah Puding : Satukan semua bahan kecuali daun pandan dan kacau dengan whisk hingga gula larut.  Tapiskan ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan masak di atas api yang kecil sambil di kacau perlahan-lahan hingga agak pekat.  Keluarkan daun pandan. Ambil pisang yang di toskan tadi dan susun

Jala Mas

Gambar
Jala Mas Bahan-bahan 20 biji kuning telur itik 1 kg gula pasir 500ml air 1 helai daun pandan Cara-cara 1.  Pukul telur sehingga kembang, kemudian tapis dengan kain maslin. 2.  Masak air gula dan daun pandan hingga mendidih, biar seketika hingga keluar buih-buih kecil dan air gula hampir pekat kemudian buangkan daun pandan. 3.  Masukkan kuning telur tadi ke dalam acuan roti jala atau gunakan kon plastik yang di gunting sedikit muncungnya dan liraikan ke dalam air gula tadi. 4.  Biarkan sehingga masak seketika barulah diangkat menggunakan chop stick kayu dan dilipat memanjang.  Angkat dan toskan. 5.  Sedia di hidang. *** Simpan lebihan putih telur untuk di buat kuih taik itik Jala Mas

Serimuka Pulut Hitam

Gambar
Serimuka Pulut Hitam Resipi :  Chef Hanieliza Lapisan Bawah 1 cawan pulut putih 1 cawan pulut hitam 3 cawan santan cair 1 sudu kecil garam Cara-cara : 1. Rendamkan pulut hitam dan putih berasingan selama 3 jam. 2. Gaulkan semua bahan dan masukkan dalam loyang. 3. Kukuskan sehingga masak. 4. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. 5. Kukuskan semula dan Gariskan pulut serta tuangkan adunan bahagian atas. Lapisan Atas 3 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau 3/4 cawan gula 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu besar tepung kastard 2 biji telur 1 sudu teh garam Loyang 10x10x3 di gris dan alas plastik Cara-cara : 1. Gaul rata semua bahan dan tapis. 2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi. 3. Kukuskan lebih kurang 1/2 jam. 4. Sejukkan dahulu baru potong  Serimuka Pulut Hitam

Kuih Buah Tanjung

Gambar
Kuih Buah Tanjung Bahan-Bahan: 10 biji kuning telur itik 1 kg gula pasir 500ml air 250 gm tepung pulut 100 gm tepung beras 2 helai daun pandan 5 kuntum bunga cengkih 1 sudu teh pewarna oren - jika suka Cara-cara : 1.  Satukan tepung pulut dan tepung beras kemudian sangai tanpa minyak hingga ringan.  Angkat dan ketepikan. 2.  Masak gula bersama air hingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga cengkih dan biarkah separuh pekat.  Keluarkan daun pandan. 3.  Pukul kuning telur hingga kembang.  Masukkan ke dalam tepung yang di sangai sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut.  Cubit adunan menggunakan 3 hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung  Kemudian masukkan ke dalam air gula sehingga meresap barulah di angkat. Kuih Buah Tanjung