Nutella Cookie Pod


Nutella Cookie Pod
Sumber :  FB Group Resipi Ringkas - TQ Empunya Resipi

Bahan-bahan
380gm tepung gandum (2 3/4 cawan)
1 sudu teh soda bikarbonate
1/2 sudu teh baking pwder
50 gm serbuk Walnut / Hazelnut atau Almond
250gm mentega (1 cawan)
220gm gula kaster (1 1/4 cawan)
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla

Acuan muffin kecil - di gris
1 botol Nutella

Cara-cara :
1.  Ayak tepung, soda bikarbonate dan baking powder.  Satukan dengan serbuk walnut.
2.  Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.  Masukkan telur dan esen vanila.  Putar rata.
3.  Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 15minit.
4.  Bulat2 doh sebesar ibu jari (15gm), tekan ke dalam acuan.

5.  Bakar suhu 170C selama 10-15 min.
6.  Keluarkan dari oven, kemudian tekan menggunakan penekan kayu untuk membuat lubang di tengahnya.  Buat ketika biskut masih panas, jangan tunggu sehingga biskut sejuk kerana ia akan retak dan susah di tekan.

7.  Bakar semula selama 5minit jika maukan kulit pod lebih garing.
8.  Sejukkan dahulu sebelum di pipe nutella di tengahnya.  Hias mengikut suka
Nutela Cookie Pod

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Ikan Goreng Butterfly / Deep Fried Butterfly Fish

Kek Blueberry

Ondeh-Ondeh Pulut Hitam