Kuih Badak Berendam Pulut Hitam
Kuih Badak Berendam Pulut Hitam
Kuah
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh garam
Cara : Satukan di dalam periuk dan kacau di atas api hingga pekat. Ketepikan.
Inti :
4 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula putih
1/2 biji kelapa parut muda putih
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung pulut putih
Cara-cara :
1. Masak gula merah, putih dan air di dalam periuk dan kacau hingga gula hancur. Kemudian tapis.
2. Masukkan semula ke dalam periuk bersama kelapa parut. Masak menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga inti hampir kering. Tabur dengan tepung pulut dan kacau hingga rata.
3. Sejukkan inti dan gentel bulat2 untuk di masukkan ke dalam doh.
Doh Pulut Hitam
1 1/2 cawan tepung pulut putih
1/2 cawan tepung pulut hitam
1/2 sudu teh garam
1 cawan santan cair
Cara-cara :
1. Gaul tepung pulut, garam dan santan cair secukupnya hingga doh jadi lembut. Ambil sedikit doh, bulat dan leperkan. Letak inti kelapa di tengahnya dan bulatkan kembali. Atur di atas plastik supaya tidak melekat.
2. Didihkan air dan daun pandan. Keluarkan daun pandan.
3. Masukkan bebola pulut hitam dan masak sehingga doh timbul di permukaan, angkat dan toskan.
4. Masukkan ke dalam periuk kuah. Sedia di hidangkan.
Kuih Badak Berendam Pulut Hitam
Komentar
Posting Komentar