Bubur Tepung Pulut / Bubur Candil
Bubur Tepung Pulut / Bubur Candil
Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
1 sudu teh garam halus
pewarna jika suka
2 liter air untuk merebus
1 1/2 liter air sejuk untuk merendam (Masukkan dalam bekas)
Bahan Kuah
800ml santan
100gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan - simpul
2 sudu kecil tepung ubikayu / jagung - larutkan dengan sedikit air
Cara-cara :
- Satukan tepung pulut dan garam. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh, jika keras tambah 2-3 sudu kecil air.
- Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna mengikut suka.
- Gentel bulat-bulat buat hingga habis.
- Didihkan air hingga mengelegak di dalam periuk. Masukkan bebola pulut dan masak hingga timbul di permukaan air. Angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
- Kuah : Masak santan, gula, garam dan daun pandan hingga mendidih. Kemudian masukkan larutan tepung ubikayu untuk memekatkan kuah.
- Toskan bebola pulut dan masukkan ke dalam kuah dan hidangkan.
Bubur Tepung Pulut / Bubur Candil
Komentar
Posting Komentar