Biskut Mentega Kacang / Peanut Butter Cookies
Biskut Mentega Kacang / Peanut Butter Cookies Bahan-bahan 250gm mentega 140gm gula perang 1 sudu teh esen vanila 60gm mentega kacang / peanut butter 270gm tepung rose 80gm serbuk kacang tanah 40gm tepung kastard 30gm tepung kentang 1 biji kuning telur Kacang Tanah untuk hiasan. Cara-cara : 1. Krim mentega dan gula perang. Masukkan mentega kacang dan kuning telur, sebatikan. 2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dan serbuk kacang tanah, gaul hingga menjadi doh yang lembut. 3. Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel bulat. Sapu telur diatasnya dan hias dengan kacang tanah. 4. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris dan bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.