Agar-agar Mini Strawberry


Agar-agar Mini Strawberry

Bahan-bahan
200 gm kacang dal atau (kacang hijau tanpa kulit)
120 gm gula
1/2 sudu teh garam
150ml santan pekat KARA
Pewarna merah
Buah Strawberry atau maraschino cherry
Bijan hitam/putih untuk hiasan

Bahan Pengilat 
10gm serbuk agar-agar
350ml air
100 gm gula

Cara-cara :
1. Rendam kacang semalaman. Tos dan kukus selama 45 minit.
2. Kisar kacang tadi bersama gula, garam dan santan sehingga menjadi pes.
3. Masukkan kedalam periuk dan kacau diatas api sederhana hingga adunan menjadi kental. Angkat dan biarkan sejuk.
4. Keluarkan daun strawberry (simpan untuk diguna kemudian) Ambil doh kacang dan balut dengan buah strawberry dan bentukkan mengikut bentuknya.  Letak bijan sebagai bijinya.
5. Apabila siap dibentuk, warnakan strawberry tadi dengan pewarna merah. Kemudian cucuk dengan toothpicks dan tekan diatas polystyrene untuk mengeringkannya.
6. Untuk pengilatnya, masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Biarkan suam sedikit tetapi jangan sampai beku. Sekiranya beku panaskan lagi agar-agar tadi.
7. Ambil buah strawberry yang dah siap dibentuk dan celup kedalam agar-agar. Cucuk diatas polystyrene untuk mengeringkannya. Buat sehingga habis.
8.  Akhir sekali ambil daun strawberry celup ke dalam agar-agar dan lekatkan pada agar-agar buah strawberry.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Ikan Goreng Butterfly / Deep Fried Butterfly Fish

Ondeh-Ondeh Pulut Hitam

Kek Blueberry