Postingan

Menampilkan postingan dari April, 2011

Donut Ala J'co

Gambar
Donut Ala J'co Sumber :  Loveliana Bahan A (Starter Doh) 400gm tepung gandum 1 sudu besar yis segera 1/2 sudu teh garam halus 300ml air suam (Satukan semua bahan di dalam mangkuk, gaul sebati, tutup mangkuk dengan plastik dan rehatkan doh selama 1 1/2 jam sehingga mengembang) Bahan B 200gm tepung gandum 1/2 sudu teh garam 60gm susu tepung 80gm gula pasir 1 biji telur 60gm shortening Cara-cara : 1.  Satukan bahan B, gaul rata dan adunkan bersama bahan A, jadikan doh yang tidak melekat di tangan.  Rehatkan selama 15 minit. 2.  Ambil doh dan tumbukkan untuk mengeluarkan udara terperangkap, uli semula dan rehatkan selama 15 minit lagi. 3.  Canai doh setebal 1cm dan terap dengan acuan donut, letak di dalam dulang yang ditabur dengan sedikit tepung.  Biarkan selama 10 minit. 4.  Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng donut hingga keperangan.  Angkat dan toskan. 5.  Hidang bersama topping kesukaan. Topping Shinning Glaze 50gm gula pasir 50ml air Cara-cara : 1.  Masak gula pasir dan

Bubur Chaca Asli

Gambar
Bubur Chaca Asli Bahan Chaca 2 cawan tepung beras 1/3 cawan tepung gandum 5 cawan air 2 sudu kecil air kapur (cair) Bahan Kuah 2 cawan santan cair 2 cawan santan pekat 150gm gula melaka 50gm gula merah secubit garam Cara-cara : 1.  Satukan semua bahan Chaca, kacau hingga rata dan tapis.  Masak di atas api hingga kental.  Angkat dan masukkan ke dalam acuan tempurung atau senduk berlubang.  Tekan menggunakan dasar gelas terus ke dalam periuk kuah. 2.  Kuah :   Masak santan cair, gula melaka, garam dan gula merah hingga mendidih.  Kecilkan api, tekan adunan chaca terus ke dalam kuah hingga habis.  Kemudian masukkan santan pekat, kacau perlahan dan biarkan mendidih seketika. 3.  Angkat dan hidangkan. ** pastikan adunan boleh ditekan keluar dari lubang acuan, jika adunan agak keras, tambahkan sedikit air panas.

Kuih Bom Pulut Hitam

Gambar
Kuih Bom Pulut Hitam Bahan-bahan 150gm tepung pulut 50gm tepung pulut hitam 20gm tepung gandum 50gm gula kastor 1/4 sudu teh garam halus 170ml air Bijan hitam / putih secukupnya Inti Kacang Merah 100gm kacang merah rebus 100ml santan pekat 1 helai daun pandan 60gm gula pasir 1 sudu besar tepung pulut Cara-cara : 1.  Gaulkan semua bahan kecuali bijan hingga sebati dan menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. 2.  Ambil satu sudu besar adunan dan gentel bulat seperti membuat buah melaka.  Letakkan inti kacang merah di tengahnya dan bentukkan bulat. 3.  Golek dengan bijan dan goreng terendam dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan.  Balik-balikkan hingga masak. 4.  Inti :  Satukan semua bahan inti, masak di dalam kuali hingga hampir kering.  Masukkan tepung pulut dan kacau hingga intinya seperti bergentel.  Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam doh. *** Kuih bom yang baru digoreng ranggup di bahagian luar dan lembut di dalam.  Apabila sejuk kuih menjadi lembut dan

Kuih Puteri Ayu

Gambar
Kuih Puteri Ayu Sumber :  Rossitamz@myresipi  Bahan-bahan (40 biji) 5 biji telur (saiz kecil) 250gm tepung gandum 300gm gula 2 camca teh ovallate 1 camca teh baking powder 250ml santan Pewarna hijau 2 camca teh paste pandan Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi) Cara-cara 1.  Panaskan kukusan. 2.  Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati. 3.  Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Sardin Gulung / Sardine Roll

Gambar
Sardin Gulung / Sardine Roll Sumber Nazian Nasir / Mamafami Bahan Inti 1 tin kecil sardin 1 biji bawang besar 2 biji bawang putih 1 sudu besar cili kisar 1 tangkai cili merah - dicincang gula dan garam secukup rasa sedikit perahan jus limau - K1 tambah Cara-cara : Inti :  Tumis bawang putih yang ditumbuk.  Masukkan cili kisar, bawang besar yang didadu dan cili merah.  Masukkan sardin dan sosnya sekali.  Tumis sampai kering sosnya dan perasakan dengan gula dan garam.  Kacau sebati, angkat dan sejukkan dahulu. Bahan-bahan 3 cawan tepung gandum 1 sudu teh yis mauripan 1 biji telur sejuk 2 sudu besar minyak masak 1/2 cawan air mineral sejuk 1 sudu teh garam halus 1 sudu besar gula Pelekat :  1 sudu besar gandum + sedikit air menjadi pes pekat Cara-cara : 1.  Larutkan yis dan gula dengan 1/2 cawan air.  Kacau rata hingga sebati dan biarkan sebentar. 2.  Masukkan tepung yang diayak ke dalam mangkuk besar.  Masukkan telur, minyak dan garam.  Gaul sebati dan tuangkan air bercampur yis sedikit

Jus Tembikai Laici

Gambar
Jus Tembikai Laici  Bahan-bahan 1/2 biji tembikai yang disejukkan 1 tin buah laici (asingkan sirapnya) 1 botol air mineral Ais secukupnya Cara-cara : 1.  Scop keluar isi tembikai, tinggalkan sedikit isi di bahagian bawahnya. 2.  Kisar isi tembikar yang dikeluarkan bersama air mineral dan sirap laici hingga halus. 3.  Tuangkan ke dalam kulit tembikai / gelas bersama isi tembikai dan laici .  Tambahkan ais. 4.  Jika suka manis boleh ditambah dengan sirap gula.

Sardin Goreng Taucu

Gambar
Sardin Goreng Taucu Bahan-bahan 1 tin sardin/mackerel (425gm) 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar taucu (siram dengan air) 2 sudu besar cili boh 1 tangkai cili merah di hiris 3 ulas bawang merah di hiris 4 tangkai cili padi di ketuk 1 biji tomato belah 4 1 cawan air asam jawa (cair) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Cara-cara : 1.  Asingkan sardin dan sosnya.  Kemudian goreng sardin hingga garing.  Angkat dan toskan. 2.  Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga layu, masukkan cili boh, cili padi dan taucu, goreng hingga garing. 3.  Masukkan air asam jawa, sos ikan sardin dan perasakan dengan sedikit garam dan kicap manis.  Biarkan mendidih, masukkan ikan sardin dan tomato, bila kuah hampir pekat bolehlah diangkat.

Ayam Panggang Sos Hoisin - Cara Microwave

Gambar
Ayam Panggang Sos Hoisin - Cara Microwave Bahan-bahan 3 ketul paha ayam 2 ulas bawang putih 1/2 in halia 3 sudu besar sos hoisin 2 sudu kecil kicap cair garam dan lada sulah secukup rasa 5 biji ubi kentang kecil Cara-cara : 1.  Tumbuk halia dan bawang putih, lumurkan pada ayam bersama garam, lada sulah, kicap cair dan sos hoisin.  Perap selama 1/2 jam atau lebih. 2.  Masukkan ayam ke dalam bekas tahan haba bersama ubi kentang dan panggang menggunakan microwave selama 5 minit.  Jika ayam belum masak tambahkan sedikit masa sehingga masak.

Agar-agar Bakul Oren

Gambar
Agar-agar Bakul Oren Bahan-bahan 1 sudu besar rata serbuk agar-agar 400ml air 100ml perahan jus oren 1 sudu besar jus oren sunkist 5 biji oren (berkulit nipis, lembut dan bulat) Cara-cara : 1.  Potong sedikit di bahagian bawah oren supaya tidak jatuh. 2.  Lakarkan bulatan mengeliling buah oren dengan pen dan tinggalkan 1 1/2cm untuk tangkainya. 3.  Potong mengikut lakaran seperti dalam gambar. 4.  Keluarkan isi oren dengan menggunakan sudu nipis, tinggalkan sedikit isi di bahagian bawahnya.  Isi yang dikeluarkan di kisar bersama sedikit air, ditapis untuk dimasak bersama agar-agar. 5.  Untuk tangkainya gunting bahagian tepinya berbentuk V. 6.  Masak agar-agar bersama air, gula, perahan jus oren dan jus oren sunkist hingga mendidih.  Tuangkan ke dalam bakul oren dan biarkan hingga beku. 6.  Hias mengikut suka. ***Boleh juga menggunakan semua perahan jus oren tetapi rasanya agak pahit sekiranya dikisar bersama lapisan putih pulpnya.

Bingka Roti Berjagung

Gambar
Bingka Roti Berjagung Bahan-bahan 15 keping roti sandwich 1/2 tin jagung cream 500ml santan 500ml susu segar 180gm tepung gandum 20gm tepung kastard 3 biji telur 100gm gula halus 85gm mentega cair 1/2 sudu teh garam halus Hiasan :  Hirisan badam, kismis atau yang disukai Cara-cara : 1.  Satukan semua bahan. kecuali roti dan jagung krim.  Gaul rata dan masukkan ke dalam pengisar.  Kisar hingga halus dan tidak berketul.  Kemudian tapis ke dalam mangkuk yang besar. 2.  Buang tepi roti dan carik-carikkan ke dalam adunan tadi.  Perap selama 20 minit.  Masukkan jagung krim dan gaul hingga sebati. 3.  Gris loyang atau acuan muffin dengan sedikit majerin.  Tuang adunan ke dalam acuan, tabur dengan hirisan badam atau kismis. 4.  Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar selama 20-25 minit (acuan muffin) dan 30-35 minit untuk loyang yang besar atau hingga masak.

Puding Semangka / Puding Tembikai

Gambar
Puding Semangka / Puding Tembikai Bahan-bahan 25gm serbuk agar-agar 350gm gula pasir 500ml air 500ml susu segar 4 biji putih telur 1 sudu teh esen rose Loyang 9' Hiasan 2 sudu teh pewarna merah (utk isi tembikai) 1 sudu teh pewarna hijau (utk kulit tembikai) kismis / blackcurrent sebagai biji berus untuk mewarna kulit tembikai Cara-cara : 1.  Satukan serbuk agar-agar, air, susu dan gula, sebatikan dan masak hingga mendidih.  Masukkan esen rose.  Ketepikan biar agar-agar suam sedikit. 2.  Pukul putih telur hingga kembang dan bertanduk (pekat dan keras), masukkan satu senduk agar-agar, menggunakan hand mixer pukul perlahan-lahan hingga rata.  Masukkan lagi agar-agar sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan putar hingga rata dan tidak berketul. 3.  Tuangkan ke dalam loyang / acuan yang di basahkan terlebih dahulu.  Letak pewarna merah di tengahnya.  Menggunakan lidi atau garpu, kacau pewarna merah perlahan-lahan tetapi jangan menyentuh dasar acuan atau tepinya. 4.  Atur kismis /

Jus Nenas / Pineapple Juice

Gambar
Jus Nenas / Pineapple Juice  Bahan-bahan 2 keping nenas masak 300ml air sparkling / air masak biasa 4 sudu besar gula 1 sudu besar jus lemon Ais secukupnya Cara :   Potong dan kisar nenas bersama air dan gula, masukkan perahan jus lemon.  Tapis dan tuangkan ke dalam gelas bersama ais.

Minuman Barli Kundur/ Barley Drinks

Gambar
Minuman  Barli  Kundur/ Barley Drinks Bahan-bahan 100gm barli 1200ml air 100gm halua kundur 50gm gula batu / gula batu perang Cara-cara : 1.  Cuci bersih barli, rebus bersama air selama satu jam atau hingga airnya menjadi putih. 2.  Masukkan halua kundur dan gula batu reneh hingga air tinggal separuh. 3.  Angkat dan tapis airnya ke dalam jug.  Apabila menghidang, masukkan air barli, biji barli dan halua kundur bersama ais atau boleh dihidang panas. 4.  Untuk lebih kesegaran tambahkan jus lemon atau limau nipis ke dalamnya. *** Gula boleh ditambah jika diminum bersama ais.

Kuih Talam Suji

Gambar
Kuih Talam Suji Chef Zubaidah Sumber :  Chef Zubaidah  Bahan Lapisan Bawah 140gm tepung suji 20gm tepung gandum (3Tbsp) 2 biji telur pewarna lemon yellow 120gm gula pasir 750ml santan cair (3 1/4 cawan) 1/2 tsp garam Bahan Lapisan Atas 2 biji telur 700ml santan pekat 1 tsp esen vanila 1 1/2 tsp garam 150gm tepung gandum (1 1/4 cawan) 80gm gula pasir (1/4 cawan) 200gm gula melaka 1 tsp coklat emulco Loyang 10 x 10 Cara-cara : 1.  Satukan semua bahan lapisan bawah dan kacau di atas api sederhana hingga kental.  Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik, ratakan dan kukus selama 20 minit. 2.  Cincang gula melaka kemudian kisar bersama bahan lapisan atas.  Tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. 3.  Tuang ke atas lapisan bawah tadi, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau hingga masak. Lagi talam suji ...

Agar-agar Kacang Merah / Puding Kacang Merah

Gambar
Agar-agar Kacang Merah / Puding Kacang Merah Bahan A 10gm agar-agar serbuk (1 sudu besar rata) 600ml air 50gm santan serbuk (1 paket) 100gm gula 1 helai daun pandan   Bahan B 6gm serbuk agar-agar (1/2 sudu besar rata) 100ml air 1 sudu besar gula   Bahan C 50gm kacang merah rebus (kisar halus dengan sedikit air) pewarna merah Acuan tigasegi atau disukai Cara-cara : 1.  Masak bahan A, hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, tutup api dan tuang ke dalam acuan tiga segi (1/2 penuh +-250ml).  Simpan lebihan agar-agar untuk menutup bahagian atas puding. 3.  Letak acuan kecil tigasegi diatasnya, letakkan pemberat keatasnya (piring atau sebagainya) untuk mengelakkan acuan kecil terapung.  Biarkan agar-agar beku.  Angkat keluar acuan kecil tadi, lakarkan sedikit permukaannya dengan garpu. 4.  Masak bahan B, hingga mendidih, tutup api, masukkan bahan C (kacang merah kisar dan pewarna merah), sebatikan.  Kemudian tuangkan kedalam ruang tigasegi ditengahnya, biarkan beku. 5.  Tuangkan l

Kek Epal Lemon/ Apple Lemon Cake

Gambar
Kek Epal Lemon/ Apple Lemon Cake Bahan-bahan 300gm tepung naik sendiri 200gm mentega 200gm gula kastor 4 biji telur di pukul ringan 1 sudu besar parutan kulit lemon 2 sudu besar perahan jus lemon 3 biji epal hijau (buang kulit dan potong keping) Cara-cara : 1.  Panaskan ketuhar pada suhu 180C. 2.  Gris loyang dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. 3.  Pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang.  Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati. 4.  Perlahankan mixer, masukkan gandum sedikit demi sedikit, parutan kulit lemon dan jus lemon, pukul hingga bergaul rata. 5.  Masukkan adunan kek ke dalam loyang, ratakan permukaannya.  Kemudian susun hirisan epal di permukaan adunan kek. 6.  Bakar selama 45 minit atau hingga atasnya keperangan dan licin apabila dicucuk dengan lidi.