Postingan

Menampilkan postingan dari Februari, 2009

Chocolate Buttercream Icing

Bahan-bahan 1/2 cawan shortening 1/2 cawan mentega 3/4 cawan serbuk koko atau 1/2 cawan coklat masakan (dicairkan double boil) 1 tsp esen vanila 4 cawan gula ising di ayak 4 tbsp susu segar 1 tbsp sirap jagung (optional) Menghasilkan 3 cawan icing Cara-cara : 1. Pukul shortening dan mentega dengan mixer. Tambahkan serbuk koko dan esen vanila. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit sambil di pukul rata dengan speed sederhana. Scrap tepi dan dalam mangkuk mixer setiap kali menambah gula ising. Tambahkan susu segar dan pukul dengan speed sederhana sehingga kembang. 2. Jika suka tambahkan sirap jagung supaya ising lebih licin. 3. Tutup icing dengan tuala lembab sehingga hendak digunakan. 4. Masukkan ke dalam peti sejuk jika tidak digunakan. Boleh disimpan selama 2 minggu dan putar semula jika hendak menggunakannya. Chocolate Mocha Icing: Tambah serbuk kopi segera kepada resipi diatas Darker Chocolate Icing: Tambah 1/4 cawan serbuk koko atau (1/2 cawan coklat masakan cair) dan 1

Buttercream Icings (High Humidity)

Bahan-bahan 1/2 cawan krimwell/shortening 1/2 cawan mentega 4 cawan gula ising di ayak 2 tbsp susu segar 2 tbsp tepung jagung 1 tsp esen vanila Menghasilkan 3 cawan. Cara-cara : 1. Pukul krimwell, mentega, esen vanila sehingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan speed sederhana. Scrap tepi dan dalam mangkuk mixer setiap kali memasukkan gula. 2. Di dalam mangkuk yang lain, satukan susu segar dan tepung jagung, kacau rata hingga tidak berketul. Masukkan ke dalam adunan icing dan pukul semula dengan speed tinggi sehingga kembang. 3. Tutup icing dengan tuala lembab atau plastik sehingga hendak digunakan. 4. Simpan icing di dalam bekas kedap udara dan masukkan di dalam peti sejuk jika tidak digunakan. 5. Icing ini boleh disimpan selama 2 minggu. Putar semula jika hendak menggunakannya.

Cream Cheese Icing

Bahan-bahan 450gm cream cheese 1/2 cawan mentega 2 cawan gula ising di ayak 1 tsp esen vanila 1. Biarkan cream cheese pada suhu bilik. Pukul mentega dan cream cheese sehingga lembut dan berkrim. 2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil di scrap tepi dan bawah mangkuk adunan setiap kali memasukkan gula. Masukkan esen vanila. Pukul hingga rata. 3. Boleh disimpan di dalam peti sejuk selama sebulan. 4. Biarkan pada suhu bilik ketika hendak menggunakannya. Gandingan Lain 1. Kurangkan mentega jika ingin rasa lebih rasa cheese 2. Tambah parutan kulit lemon dan jus lemon jika ingin rasa lemon cheese 3. Tambah serbuk rempah jika ingin rasa rempah 4. Gaul dengan coklat cair jika ingin rasa coklat. 5. Tambahkan kekacang untuk rasa tradision carrot cake 6. Tambahkan susu atau whip cream jika mahukan icing yang lebih tipis. 7. Tambahkan gula perang jika suka 8. Tambahkan esen almond jika suka

Buttercream Icings

Bahan Asas Buttercream 1/2 cawan krimwell/Creamlite/Shortening 1/2 cawan mentega 1 tsp esen vanila 4 cawan gula ising di ayak (tidak perlu dimasukkan semua, test kemanisan mengikut citarasa) 2 tbsp susu segar atau ... 2 tbsp whipping cream tawar (dipukul dahulu) - optional Cara-cara 1. Pukul krimwell, mentega dan esen vanila hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul rata dengan speed tinggi. Perlahankan speed, masukkan susu dan pukul semula dengan speed tinggi sehingga kembang. Scrap tepi dan dalam mangkuk mixer, pukul sekejap hingga bergaul rata. 2. Boleh disimpan selama 2 minggu di dalam peti sejuk. Biar pada suhu bilik dan putar semula jika hendak menggunakannya. Tips : Test kemanisan buttercream dengan mengigitnya dengan gigi, jika kurang manis, tambahkan gula icing. Pilihan Lain Buttercream : Lemon Buttercream : Tambahkan 2 tbsp lemon juice dan 1 tsp parutan kulit lemon Coklat Buttercream : Tambah 3/4 cawan serbuk koko atau 1/2 cawan coklat masakan (dicai

White Chocolate Layer Cake

Sumber : resipi citarasawan 230gm coklat masakan putih di potong kecil 2 1/4 cawan tepung gandum 2 1/4 tsp baking powder 1/4 tsp garam halus 2/3 cawan mentega (150gm) 1 1/3 cawan gula kastor 4 biji telur A 1 1/2 tsp esen vanilla 1 1/4 cawan susu segar White Chocolate Buttercream 500gm coklat masakan putih di potong kecil 1 3/4 cawan mentega 2 tsp esen vanilla 2 cawan gula ising di ayak Sirap (disapu pada lapisan kek) 1/2 cawan air 1/4 cawan gula kastor Filling 1 cawan apricot di cincang kasar 1 cawan walnut di cincang kasar Buah Appricot segar di hiris nipis Cara-cara 1. Panaskan oven 180c. 2. Leser dan alas loyang 9-inch. 3. Cairkan coklat putih secara double boil. Angkat dan ketepikan. 4. Ayak tepung, baking powder, garam. 5. Pukul mentega dan gula sehingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil dipukul, hingga berkrim. 6. Masukkan esen vanila, susu cair, tepung gandum dan coklat masakan putih dan pukul hingga bergaul rata. 7. Bakar selama 40 minit. 8. Sejukkan dahulu