Chocolate Buttercream Icing

Bahan-bahan
1/2 cawan shortening
1/2 cawan mentega
3/4 cawan serbuk koko atau 1/2 cawan coklat masakan (dicairkan double boil)
1 tsp esen vanila
4 cawan gula ising di ayak
4 tbsp susu segar
1 tbsp sirap jagung (optional)

Menghasilkan 3 cawan icing

Cara-cara :
1. Pukul shortening dan mentega dengan mixer. Tambahkan serbuk koko dan esen vanila. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit sambil di pukul rata dengan speed sederhana. Scrap tepi dan dalam mangkuk mixer setiap kali menambah gula ising. Tambahkan susu segar dan pukul dengan speed sederhana sehingga kembang.
2. Jika suka tambahkan sirap jagung supaya ising lebih licin.
3. Tutup icing dengan tuala lembab sehingga hendak digunakan.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk jika tidak digunakan. Boleh disimpan selama 2 minggu dan putar semula jika hendak menggunakannya.


Chocolate Mocha Icing: Tambah serbuk kopi segera kepada resipi diatas

Darker Chocolate Icing: Tambah 1/4 cawan serbuk koko atau (1/2 cawan coklat masakan cair) dan 1 tbsp susu segar kepada resipi diatas

Buttercream tipis : Tambah 3-4 tbsp sirap jagung, air atau susu segar kepada resipi diatas.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Ikan Goreng Butterfly / Deep Fried Butterfly Fish

Ondeh-Ondeh Pulut Hitam

Kek Blueberry