Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2011

Sardin Gulung Bakar / Baked Sardine Roll

Gambar
Sardin Gulung Bakar / Baked Sardine Roll Bahan-bahan 300gm tepung gandum 120gm marjerin / mentega sejuk 1/2 sudu teh garam 3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk) Inti Sardin 1 tin sardin sederhana 1/2 biji cili merah di cincang 1/2 biji bawang besar di cincang 1 sudu kecil jus limau nipis 1/2 sudu teh garam / secukup rasa sedikit lada sulah 1 biji kuning telur untuk glis Cara-cara : Inti Sardin :   Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata.  Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya. Doh Pastri :  Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.  Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh. Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in.  Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin. 3. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas.  Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur.  Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu. 4

Spageti Jambari

Gambar
Spageti Jambari Bahan - bahan  5-6 sudu besar pes Spageti(direbus) Keropok Daun Bawang dan daun Limau 3 potong tauhu goreng sepotong Limau Kasturi/lemon 3 ekor udang separuh telur rebus satu sudu kecil bawang goreng Cara-cara 1. Masukkan 6 sudu pes kedalam kuali dengan sup udang sehingga mendidih. 2. Sediakan Spageti di dalam mangkuk bersama tauhu goreng. 3. Curahkan pes tadi kedalam mangkuk spageti. 4. Letakkan limau, bawang goreng,daun bawang dan daun sup di atas spageti. 5. Kemudian letakkan keropok.. 6.Siap Untuk dihidang... Penyumbang : wanamansor82@gmail.com www.iresepi.blogspot.com

Biskut Coklat Urai / Chocolate Rice Cookies

Gambar
Biskut Coklat Urai / Chocolate Rice Cookies Bahan A 125gm mentega 50gm gula ising 1 biji kuning telur 1 sudu teh coklat emulco Bahan B 120gm tepung gandum 25gm tepung kentang 25gm tepung jagung 10gm susu tepung 50gm badam kisar (sangai dahulu) 50gm coklat urai Hiasan :  Coklat cips secukupnya Cara-cara : 1.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim, masukkan kuning telur dan coklat emulco, putar hingga sebati. 2.  Masukkan ke dalam bahan B dan uli hingga sebati.  Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bentuk bintang dan picit ke atas dulang pembakar yang di leser dengan marjerin/shortening. 3.  Bakar pada suhu 160C selama 20 - 25 minit. ** Lebih mudah jika menggunakan nozzle yang lebih besar dan boleh ditekan dengan jari.  Selepas beberapa ketika doh akan menjadi keras dan sukar di picit menggunakan piping bag.

Biskut Mama Carey

Gambar
Biskut Mama Carey Bahan A 200gm mentega 100gm gula kaster 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanila Bahan B - di ayak 260gm tepung gandum / red rose 50gm tepung jagung 50gm tepung susu Aising Hiasan 1 biji putih telur 90gm gula icing 1 sudu besar tepung jagung Hiasan :  Coklat emulco / manik hundred thousand Cara-cara : 1.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul hingga sebati. 2.  Masukkan ke dalam bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit. 3.  Canai dan terap dengan acuan berbentuk hati atau disukai.  Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. 4.  Bakar biskut setengah masak selama 10 minit.  Keluarkan dari oven dan paipkan aising hiasan, tabur dengan manik atau gunakan lidi kecil yang dicelup ke dalam coklat emulco dan buat lorekan diatas permukaan aising tadi. 5.  Bakar semula selama 15 minit hingga masak. 6.  Membuat Aising :   Pukul putih telur hingga kembang,

Kuih Talam Kacang Hijau

Gambar
Kuih Talam Kacang Hijau Bahan A (Lapisan Bawah) 200gm kacang hijau yang direbus dan dikisar halus 250gm tepung beras 70gm tepung ubi 300ml santan pekat KARA 200ml air pewarna hijau 1/4 sudu teh garam Bahan B 300gm gula 250ml air 2 helai daun pandan Bahan Lapisan Atas 100gm tepung beras 20gm tepung ubi 400ml santan pekat KARA 100ml air 1/2 sudu teh garam Loyang 10" Cara-cara : 1.  Lapisan Bawah :  Satukan bahan A, kecuali kacang hijau, gaul rata.  Masak bahan B hingga mendidih, ketepikan daun pandan.  Masukkan ke dalam bahan A dan tapis. 2.  Masukkan kacang hijau dan gaul hingga rata.  Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian di masukkan pewarna hijau dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal. 3.  Tuang 1/2 bahagian warna hijau ke dalam loyang yang telah dileser dengan minyak, kukus selama 5 minit. 4.  Tuang 1/2 bahagian warna asal dan kukus selama 5 minit.  Ulangi melapis berselang seli hingga habis. 5.  Lapisan Atas :  Satukan semua bahan lapisan atas, tapis dan tuang ke atas

Kuih Serimuka Pelangi

Gambar
Kuih Serimuka Pelangi Sumber : Chef Hanieliza Bahan-bahan: Lapisan Bawah 2 cawan pulut [rendamkan 3 jam] 2 cawan santan cair 1 s/k garam Lapisan Pelangi 4 cawan santan pekat 1 biji telur 1/2 cawan gula 1/2 cawan tepung kastad 1/2 cawan tepung gandum sedikit garam pewarna kuning..hijau..merah ..coklat paste Cara 1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan. 2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat. 3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan. 4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk 5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna. 6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan. 7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan. 8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis. 9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan. 10. Hidangkan untuk minum petang"

Kuih Talam Sagu Berlapis

Gambar
Kuih Talam Sagu Berlapis Bahan-bahan 80gm sago Bahan A 230gm tepung beras 100gm tepung ubi / tepung sagu 400ml santan pekat KARA 350ml air Bahan B 350gm gula 300ml air 3 helai daun pandan Loyang 9" empat segi Cara-cara : 1.  Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih.  Tos dan siram dengan air paip.  Ketepikan. 2.  Masak bahan B hingga gula larut.  Ketepikan. 3.  Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis. 4.  Ketepikan 300ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan.  Ketepikan. 5.  Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan.  Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai. 6.  Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak.  Kukus selama 5 minit. 7.  Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit.  Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.

Green Cream Puff

Gambar
Green Cream Puff Sumber :  Rima@Bisous A Toi Bahan-bahan 100gm mentega 130ml air 110 tepung gandum 3 biji telur B 1/4 sudu teh garam 2 titik pewarna hijau (K1 tambah) Topping 50gm mentega 50gm gula kaster 50gm tepung gandum 1 sudu besar air 1 sudu teh pandan paste 1/4 sudu teh pewarna hijau (K1 tambah) (Satukan semua bahan, dan pukul hingga rata.  Masukkan ke dalam piping bag yang digunting muncungnya) Filing Krim Kastard 250ml susu segar / susu sejat 2 biji kuning telur 1 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar tepung kastard 4 sudu besar gula 1 sudu teh esen vanila 1/2 sudu besar mentega (Satukan semua bahan, kecuali mentega.  Gaul rata dan tapis ke dalam periuk.  Masukkan mentega dan masak di atas api perlahan hingga kental dan berkilat.  Sejukkan dahulu sebelum dipaip ke dalam cream puff) Cara-cara : 1.  Panaskan oven pada suhu 180C.  Gris dulang pembakar atau alas dengan kertas minyak yang dileser dengan majerin. 2.  Masak air dan mentega hingga mendidih. 

Dulce De Leche Cheesecake

Gambar
Dulce De Leche Cheesecake Bahan Dasar (Base) 150gm biskut digestive 50gm corflakes 100gm mentega cair Bahan Kek Keju 500gm krim keju (suhu bilik) 20gm gula perang / kastor 1 sudu besar tepung jagung 3 biji telur pukul sedikit 200ml UHT whipping cream (pukul dahulu hingga pekat) (a).  80gm coklat masakan putih (dicairkan secara double boil) + 1 sudu teh esen vanila (b).  100gm dulce de leche + 1 sudu teh mocha paste / coffee paste Loyang bulat 8" (Loose base tin) Cara-cara : 1.  Base :   Kisar biskut dan conflakes hingga halus, gaul bersama mentega cair hingga rata.  Kemudian tekan ke dasar loyang hingga padat.  Bakar selama 15 minit pada suhu 140C.  Angkat dan ketepikan. 2.  Adunan Kek :   Pukul krim cheese, gula dan tepung jagung hingga licin dan tidak berketul.  Masukkan  telur satu persatu, pukul hingga rata, kemudian masukkan whipping cream, kaup balik hingga bergaul rata. 3.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.  Dua bahagian di masukkan bahan (a), gaul rata.  Satu bahagian la

Chilled Peach Cheese Cake

Gambar
Chilled Peach Cheese Cake Bahan Base 250gm digestive biskut 100gm mentega cair Adunan Krim Keju 250gm krim keju 90gm gula kastor 1 tin buah peach (asingkan sirap dan buahnya) 120gm peach di potong dadu 100ml sirap peach 1 1/2 sudu besar gelatin halal (brand Nur) 50ml air 1 sudu besar jus lemon 200ml anchor whip cream Loyang 8" (Loose Base Tin) Cara-cara : 1.  Base :   Kisar biskut hingga halus, masukkan mentega cair, gaul rata kemudian tekan padat ke dasar loyang.  Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit. 2.  Masukkan air ke dalam bekas, taburkan gelatin biarkan selama 2 minit hingga gelatin kembang.  Kemudian panaskan gelatin secara double boil hingga gelatin larut.  Angkat dan masukkan sirap buah peach, kacau rata.  Ketepikan. 3.  Pukul whip cream hingga kental, masukkan jus lemon.  Ketepikan. 4.  Pukul krim cheese dan gula hingga rata.  Masukkan gelatin, putar hingga rata dan tidak berketul. Masukkan whip cream, kaup balikkan hingga sebati. 5.  Atur buah peach yang di dadu k

Roti Jagung Bersusu / Corn Milky Bread

Gambar
Roti Jagung Bersusu / Corn Milky Bread Bahan A 200gm tepung roti (high protein) 100gm tepung gandum 60gm gula kastor 1 sudu kecil garam halus 11gm yis segera (1 paket) 20gm susu tepung 60gm mentega Bahan B 80gm jagung krim 100ml susu segar sejuk Hiasan Tepung gandum Oats susu sejat untuk sapuan Cara-cara : 1.  Satukan semua bahan A dalam mangkuk pengisar.  Gaul rata menggunakan kelajuan perlahan.  Masukkan bahan B sedikit demi sedikit, pukul menggunakan hook hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk pengisar. 2.  Keluarkan doh, uli dan tutup dengan plastik atau mangkuk besar.  Rehatkan selama 30 minit. 3.  Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara, uli kemudian bahagikan doh kepada 3 bahagian.  Bentukkan bulat seperti bebola dan rehatkan selama 15 minit lagi. 4.  Selepas itu uli dan bentukkan semula setiap bebola doh tadi, letakkan ke atas dulang pembakar yang di leser dengan shortening.  Biarkan selama 30 minit atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda. 5.  Ambil pisau tajam, potong

Spiral Marinara

Gambar
Spiral Marinara Bahan-bahan 300gm pasta spiral direbus hingga lembut (6 minit), toskan 3 ulas bawang putih di cincang halus 3 sudu besar minyak zaitun / minyak masak 1 tin sos tomato prego 3 ekor sotong, bersih dan potong 10 ekor udang sederhana 1 tin kecil tuna di cincang kasar 3 sudu besar sos tomato 1 biji tomato di potong dadu 1/2 batang carrot di potong dadu garam dan serbuk lada putih secukupnya Cara-cara : 1.  Rebus pasta dengan sedikit minyak hingga lembut.  Toskan. 2.  Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga perang, masukkan carrot, sotong, udang dan sedikit air.  Biarkan seketika. 3.  Masukkan pasta, sos tomato prego, sos tomato, buah tomato dan tuna, gaul hingga rata. 4.  Akhir sekali perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.

Vadai

Gambar
Vadai Bahan-bahan 250gm kacang dal 4 ulas bawang merah di mayang 3 tangkai cili hijau di cincang 1 tangkai cili merah di cincang 2 tangkai daun kari di cincang 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih 2 sudu teh garam halus Cara-cara : 1.  Rendam kacang dal selama 3 jam.  Kemudian tos dan kisar hingga halus. 2.  Gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata. 3.  Ambil adunan kacang, kepal hingga padat dan bentukkan menjadi bulat dan leper. 4.  Panaskan minyak, goreng terendam hingga keperangan.  Toskan dan sedia dihidangkan.