Biskut Coklat Urai / Chocolate Rice Cookies
Biskut Coklat Urai / Chocolate Rice Cookies
Bahan A
125gm mentega
50gm gula ising
1 biji kuning telur
1 sudu teh coklat emulco
Bahan B
120gm tepung gandum
25gm tepung kentang
25gm tepung jagung
10gm susu tepung
50gm badam kisar (sangai dahulu)
50gm coklat urai
Hiasan : Coklat cips secukupnya
Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim, masukkan kuning telur dan coklat emulco, putar hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam bahan B dan uli hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bentuk bintang dan picit ke atas dulang pembakar yang di leser dengan marjerin/shortening.
3. Bakar pada suhu 160C selama 20 - 25 minit.
** Lebih mudah jika menggunakan nozzle yang lebih besar dan boleh ditekan dengan jari. Selepas beberapa ketika doh akan menjadi keras dan sukar di picit menggunakan piping bag.
Komentar
Posting Komentar