Kuih Talam Kacang Hijau
Kuih Talam Kacang Hijau
Bahan A (Lapisan Bawah)
200gm kacang hijau yang direbus dan dikisar halus
250gm tepung beras
70gm tepung ubi
300ml santan pekat KARA
200ml air
pewarna hijau
1/4 sudu teh garam
Bahan B
300gm gula
250ml air
2 helai daun pandan
Bahan Lapisan Atas
100gm tepung beras
20gm tepung ubi
400ml santan pekat KARA
100ml air
1/2 sudu teh garam
Loyang 10"
Cara-cara :
1. Lapisan Bawah : Satukan bahan A, kecuali kacang hijau, gaul rata. Masak bahan B hingga mendidih, ketepikan daun pandan. Masukkan ke dalam bahan A dan tapis.
2. Masukkan kacang hijau dan gaul hingga rata. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian di masukkan pewarna hijau dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
3. Tuang 1/2 bahagian warna hijau ke dalam loyang yang telah dileser dengan minyak, kukus selama 5 minit.
4. Tuang 1/2 bahagian warna asal dan kukus selama 5 minit. Ulangi melapis berselang seli hingga habis.
5. Lapisan Atas : Satukan semua bahan lapisan atas, tapis dan tuang ke atas lapisan bawah. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
6. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.
Komentar
Posting Komentar