Postingan

Menampilkan postingan dari September, 2014

Sate Ikan BBQ / Lok Ching

Gambar
Sate Ikan BBQ / Lok Ching Sumber :  Eila Noor @ FB Group Resipi Ringkas Bahan-bahan 250gm isi ikan selayang segar / ikan kerisi 100gm tepung ubikayu 1/2 labu bawang besar - cincang 1 sudu kecil garam halus 1/2 sudu kecil serbuk perasa 1 sudu kecil soda bikarbonat BBQ sayuran, capsicum, zuchini dan bawang - optional Cara-cara : 1.  Kisar atau blender isi ikan bersama bawang besar hingga lumat. 2.  Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama tepung ubikayu, garam, serbuk perasa dan soda bikarbonat. 3.  Gaul hingga sebati dan bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil, tekan sedikit supaya leper. 4.  Panaskan minyak dan goreng sebentar. 5.  Cucuk pada lidi dan bakar.   Sos Merah 4 ulas bawang putih di kisar lumat 1 1/2 cawan air 1 sudu besar tepung ubikayu bancuh dengan 2 sudu besar air 4 sudu makan gula 1 sudu makan garam sedikit serbuk perasa sedikit pewarna merah Cara-cara : 1.  Tumis bawang putih dalam periuk (tanpa minyak) 2.  Masukkan air, gula, garam, serbuk perasa dan sedikit pewarna

Orange Souffles

Gambar
Orange Souffles Olahan dari :  Little Lemon souffles Martha Stewart.com Bahan-bahan 6 biji buah oren - potong 1/3 bahagian atas Bahan A 3 kuning telur 1/4 cawan gula pasir 2 sudu besar tepung gandum 1/4 cawan jus oren Bahan B 3 putih telur 1/4 cawan gula pasir Cara-cara : 1.  Potong 1/3 bahagian atas buah oren.  Korek keluar isi buah oren bahagian bawah dengan sudu dan jadikannya sebagai cawan/souffles oren.  Potong sedikit bahagian bawah kulit oren supaya kedudukannya sekata.  Susun cawan oren tadi di atas tray muffin.  Ketepikankan bahagian atas kulit oren untuk di jadikan sebagai penutup. 2.  Perah isi buah oren dan ambil 1/4 cawan jusnya. 3.  Satukan bahan A dalam mangkuk besi, dan pukul menggunakan hand mixer hingga kembang dan putih selama 3 min.  Kemudian letak di atas periuk yang berisi air mendidih dan putar hingga adunan menjadi pekat.  Alihkan dari periuk dan kaup balikkan adunan hingga bergaul rata.  Ketepikan. 4.  Satukan bahan B dalam mangkuk besi dan letak di atas periuk

Creme Brulee

Gambar
Creme Brulee Sumber :  FB Qaseira Ummi / Buku Food Loves Dessert Bahan-bahan 200ml susu segar 200ml whipping cream 2,3 titis esen vanilla 1/4 cawan gula 2 biji kuning telur 2 biji telur (* saya gunakan 1 biji sahaja) Gula untuk ditabur di atas creme brulee 6 biji remekin  Cara-cara : 1.  Panaskan susu dan whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biarkan suam sebentar. 2.  Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati. Tapiskan. 3.  Masukkan ke dalam remekin hingga 3/4 penuh. Susun remekin dalam loyang yang telah diisi dengan air panas. *Saya letak dulu loyang dalam oven dan baru tuang air panas. 4.  Bakar kira-kira 15-20 minit.  Sejukkan kira-kira sejam sebelum disimpan dalam peti ais. 5.  Taburkan gula di atas creme brulee dan gunakan blow torch dengan api yang sederhana hingga gula menjadi perang. 6.  Cara lain - masukkan creme brulee yang telah ditabur gula ke dalam oven dan g

Macaroni Sup

Gambar
Macaroni Sup Bahan-bahan 2 cawan makaroni di celur dan di toskan 2 keping dada ayam di rebus hingga empuk - tos dan hiris 4 1/2 cawan air rebusan ayam 1 labu bawang besar di cincang halus 3 ulas bawang putih di cincang halus 1 inci halia - di cincang halus 1/2 sudu teh serbuk lada sulah garam secukup rasa 2 batang daun ketumbar di cincang 3 batang sawi cina 1/2 biji capsium - potong dadu 1/2 batang lobak merah - potong dadu bawang goreng Minyak untuk menumis Cara-cara 1.  Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bawang putih dan halia.  Bila naik baunya masukkan air rebusan ayam dan lobak merah. 2.  Biarkan mendidih, masukkan capsium dan sawi. perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. 3.  Biarkan sebentar di atas api baru di angkat. 4.  Sediakan mangkuk sup, isikan dengan makaroni dan daging ayam yang di hiris.  Tuangkan sup dan hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng.  Macaroni Sup

Cucur Kentang Sarang Burung / Bird Nest Potato Fritters

Gambar
Cucur Kentang Sarang Burung / Bird Nest Potato Fritters Olahan K1 Bahan-bahan 3 biji ubi kentang - sagat halus 1/2 batang lobak merah - sagat halus 2 biji cili merah - potong halus memanjang 1 biji telur B 2 tangkai daun bawang - hiris 1 tangkai daun sup - hiris 4 sudu besar tepung jagung 3 sudu besar tepung gandum 1/2 sudu teh garam halus serbuk lada sulah secukupnya Minyak untuk menggoreng Cara-cara : 1.  Satukan ubi kentang, lobak merah, cili, tepung, telur, garam dan serbuk lada sulah.  Gaul hingga rata. 2.  Panaskan minyak.  Masukkan senduk kecil ke dalam minyak panas, biar seketika.  jika senduk bertangkai besi, pastikan guna sarung tangan kain untuk mengelak tangan dari melecur. 3.  Tinggalkan sedikit minyak panas di dalam senduk, menggunakan penyepit, masukkan adunan kentang saja, tanpa batter ke dalam senduk, rapikan mengikut bentuk bulat senduk.  Kemudian goreng hingga nampak sedikit perang.  Angkat keluar, gunakan sudu untuk mengeluarkannya jika melekat. 4.  Masukkan kembali

Laksam Kelantan

Gambar
Laksam Kelantan Bahan Laksam 400g tepung beras 4 sudu besar tepung gandum 2 sudu besar tepung tepung ubi 1 sudu kecil garam halus 1100-1200ml air Minyak untuk meleser Bahan Kuah 800gm ikan kembung/selayang - direbus dan ambil isinya 2 liter santan (2 biji kelapa) 1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk 1 cm halia di tumbuk 2 ulas bawang putih di tumbuk 10 ulas bawang merah di tumbuk 2 keping asam gelugor 1/2 keping gula melaka Garam secukup rasa Cara-cara : Laksam  :   Bancuhkan semua bahan hingga sebati.  Panaskan kukusan. Ambil acuan bulat (loyang atau tutup periuk pon boleh), leserkan dengan sedikit minyak kemudian masukkan kedalam kukusan. Tuang 1 senduk adunan membentuk satu lapisan nipis dan kukus selama 3-4 minit. Angkat dan gulung kemas ketika masih panas. *** Kacau bancuhan setiap kali hendak mengukus supaya tepung tidak mendap ke bawah. Bahan Kuah  :  1.  Rebus ikan dengan sedikit air.  Masukkan asam gelugor dan sedikit garam. Angkat dan toskan.  Simpan air rebusan ikan dan

Apple Crumble Cheesecake

Gambar
Apple Crumble Cheesecake Bahan Dasar ( Surface Ingredient ) 150gm tepung gandum 50gm gula kaster 100gm mentega (di potong kecil) 1 kuning telur 1/2 tsp parutan kulit lemon 25gm kelapa kering (di panggang sebentar) 2-3 tbsp air sejuk (dari peti sejuk) Crumble Topping 120gm tepung gandum 35gm gula kaster 80gm mentega (di potong kecil) 100gm pecans / walnut (di panggang dan di cincang kasar) [message] Loyang 9" (Loose Base Tin) Filling A 3 biji apple hijau (di potong dadu) 50gm gula kaster 1 tsp parutan kulit lemon 2 tbsp jus lemon 1/8 tsp serbuk cinnamon(kayu manis) 1 tsp tepung gandum 2 tbsp raisins 100gm macadamia (di panggang dan di cincang kasar) Filling B 500gm cream cheese (suhu bilik) 100gm gula kaster 1 tbsp jus lemon 30gm tepung jagung 250ml UHT whipping cream 3 biji telur di pukul sedikit Cara-cara 1. Panaskan oven pada suhu 160C. 2. Dasar  : Gaul tepung dan gula, tambah mentega dan gaul hingga menjadi serbuk roti. Masukkan kuning telur, parutan kulit lemon dan kelapa

Udang Kung Pao / Kung Pao Prawn

Gambar
Udang Kung Pao / Kung Pao Prawn  Sumber :  Rasamalaysia.com Bahan-bahan 12-15 udang saiz besar 1/4 gajus atau kacang - di panggang 5 tangkai cili kering - gunting 2 1/2 biji bawang besar - belah 4 1/2 biji capsicum / bell pepper - potong dadu 3 tangkai daun bawang - ambil bahagian putih saja 4 ulas bawang putih - cincang halus 2 1/2 sudu besar minyak masak Sos Kung Pao - Satukan dan gaul rata 2 sudu besar kicap cair 2 sudu besar kicap manis 1/2 sudu kecil tepung jagung 3 sudu besar air beberapa titis minyak bijan sedikit lada sulah 1/2 sudu kecil cuka hitam 1/2 sudu kecil gula Cara-cara : 1.  Cuci udang, buang kulit dan tinggalkan sedikit pada bahagian ekornya. 2.  Panaskan minyak, tumis bawang putih sebentar.  Masukkan bawang besar, capsicum dan cili kering dan gajus panggang.  Tumis hingga naik bau. 3.  Masukkan udang dan biar separuh masak.  Tuang sos Kung Pao dan kacau hingga sos agak pekat dan udang masak sepenuhnya. 4.  Tutup api dan masukkan potongan daun bawang. Udang Kung Pao

Salad Ayam Panggang / Roasted Chicken Salad

Gambar
Salad Ayam Panggang / Roasted Chicken Salad Bahan-bahan 1 keping dada ayam 1 sudu besar sos BBQ sedikit minyak bijan Lumur rata pada ayam kemudian panggang hingga masak.  Setelah sejuk hiris nipis-nipis. Salad Salad kerinting / lettuce 1 biji apple hijau atau merah 1/2 batang celery 1 biji capsicum / bell pepper 2 kelopak kubis unggu - hiris halus 1 batang zuchini / timun Tomato cherry - belah 2 Kesemua di potong mengikut saiz makan, pilihan salad bergantung pada citarasa boleh gunakan campuran buahan dan sayuran yang di sukai.  Masukkan ke dalam mangkuk besar bersama isi ayam dan gaul dengan salad dressing. Dressing 5-6 sudu besar mayonise 1 sudu besar jus lemon sedikit garam dan salad sulah Salad Ayam Panggang / Roasted Chicken Salad

Kentang Keju Panggang / Baked Cheese Patato

Gambar
Kentang Keju Panggang / Baked Cheese Patato Bahan-bahan 5 biji ubi kentang saiz besar 1/2 sudu besar mentega 1/2 labu bawang besar - potong dadu 2 tangkai daun bawang - potong kecil 1/2 cawan susu segar 1/4 cawan UHT whipping cream garam dan lada sulah secukup rasa Parutan keju cheddar secukupnya untuk taburan Cara-cara : 1.  Bersihkan kentang, kemudian kukus hingga lembut.  Angkat dan biarkan betul2 sejuk. 2.  Potong 1/3 bahagian atas ubi kentang.  Keluarkan isinya menggunakan sudu, tinggalkan 1/4in tebal bahagian kulit luar. 3.  Hancurkan isi kentang yang di keluarkan tadi.  Ketepikan. 4.  Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga layu.  Masukkan susu segar dan whipping cream, panaskan hingga berbuih di tepi periuk tetapi jangan sampai mendidih. 5.  Tuang sedikit2 ke atas ubi kentang, dan gaul hingga sebati, masukkan daun bawang dan perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. 6.  Sudukan adunan tadi ke dalam kulit kentang hingga penuh.  Akhir sekali tabur dengan parutan keju che

Kek Lapis Zig Zag Neopolitan

Gambar
Kek Lapis Zig Zag Neopolitan Adapted from Kek Lapis Surabaya :  Ny Liem Kek Lapis Surabaya 3 Rasa Lapisan Vanilla 10 biji kuning telur 6 biji putih telur 160gm gula kaster 90gm tepung Hong Kong / Superfine 20gm susu tepung 200gm mentega cair 2 sudu teh esen vanilla 2 sudu teh ovalette 1/4 sudu teh krim of tartar 2 Loyang segi 8" di alas kertas minyak dan di gris.   Cara-cara : 1. Lapisan Vanilla : Pukul putih telur dan krim of tartar hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan. 2. Satukan kuning telur, esen vanilla, gula dan ovalette, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan berkrim. 3.  Ayak bersama tepung dan susu tepung.   Kemudian masukkan sedikit demi sedikit berselang seli dengan mentega cair sambil di putar perlahan hingga rata. 4. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi, kaup balikkan hingga sebati. 5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (+-480gm setiap satu).  Tuang ke dalam 2 loyang berasingan dan bakar selama 15 minit di rak tengah pada suhu 170C s

Lemon Yogurt Cupcake & Lemon Buttercream

Gambar
Lemon Yogurt Cupcake & Lemon Buttercream Bahan-bahan 170gm mentega tawar 270gm gula kaster 3 biji telur grade B 2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh baking soda 1 sudu besar jus lemon 1 sudu besar parutan kulit lemon 1/4 tsp salt 300gm tepung gandum 250ml susu segar 50ml plain yogurt 15 biji cawan kertas saiz sederhana Cara-cara :  1.  Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam.  Ketepikan. 2.  Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.  Masukkan telur satu persatu dan putar hingga bergaul rata.  (scrapkan tepi mangkuk pengadun supaya adunan bergaul rata) putar hingga sebati. 3.  Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan susu cair dan yogurt. 4.  Masukkan jus lemon,  garam dan parutan kulit lemon.  Pukul dengan kelajuan sederhana hingga rata dan berkrim. 5.  Masukkan 3/4 adunan ke dalam cawan kertas (souffle cup) atau acuan muffin. 6.  Bakar selama 25 minit pada suhu 160C atau hingga masak. Lemon Buttercream 1/2 cawan krimwell / shortening 1/2 cawan m

Infused Water Recipes and Benefits / Minuman Kesihatan dan faedahnya

Gambar
Infused Water Recipes and Benefits / Minuman Kesihatan dan faedahnya Bahan 1 liter air mineral atau sparkling buah-buahan segar seperti kombinasi jadual di bawah Cara :  Campurkan air dan hirisan buah, simpan selama 4 jam di dalam peti sejuk. Jangan di gunakan lagi selepas 48 jam minum dalam tempoh tersebut untuk kesegaran, diet dan kesihatan.. Infused Water Recipes and Benefits / Minuman Kesihatan dan faedahnya