Sate Ikan BBQ / Lok Ching
Sate Ikan BBQ / Lok Ching
Sumber : Eila Noor @ FB Group Resipi Ringkas
Bahan-bahan
250gm isi ikan selayang segar / ikan kerisi
100gm tepung ubikayu
1/2 labu bawang besar - cincang
1 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat
BBQ sayuran, capsicum, zuchini dan bawang - optional
Cara-cara :
1. Kisar atau blender isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama tepung ubikayu, garam, serbuk perasa dan soda bikarbonat.
3. Gaul hingga sebati dan bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil, tekan sedikit supaya leper.
4. Panaskan minyak dan goreng sebentar.
5. Cucuk pada lidi dan bakar.
Sos Merah
4 ulas bawang putih di kisar lumat
1 1/2 cawan air
1 sudu besar tepung ubikayu bancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
1 sudu makan garam
sedikit serbuk perasa
sedikit pewarna merah
Cara-cara :
1. Tumis bawang putih dalam periuk (tanpa minyak)
2. Masukkan air, gula, garam, serbuk perasa dan sedikit pewarna merah.
3. Masukkan bancuhan tepung ubikayu dan masak hingga mendidih dan sos pekat dan berkilat.
4. Tapis untuk mendapatkan sos yang licin.
Sate Ikan BBQ / Lok Ching
Komentar
Posting Komentar