Postingan

Menampilkan postingan dari Maret, 2011

Ikan Singgang

Gambar
Ikan Singgang   Bahan A 2 ekor ikan kembong 6 tangkai cili padi 2 tangkai cili merah/hijau di belah dua 6 batang bendi 1 biji tomato di belah dua garam secukup rasa Bahan B 2 batang serai di ketuk 3 hiris lengkuas 3 keping asam gelugor 3 ulas bawang putih di ketuk 2 ulas bawang merah di ketuk 3 cawan air garam secukup rasa Cara-cara : 1.  Masak bahan B hingga mendidih. 2.  Masukkan bahan A, perasakan dengan garam secukupnya, biar seketika sehingga ikan dan bendi masak.

Mini Fruits Jelly / Kao Noom Look Choup

Gambar
Mini Fruits Jelly / (Kao Noom Look Choup) Buah-buahan mini ini dibuat dari kacang dal atau kacang hijau yang dibentuk dan diwarnakan seperti buah-buahan. Bahan pengilatnya datang dari agar-agar. Setiap doh hendaklah seberat 10-15gm kerana jika terlalu besar susah untuk dicucuk dengan lidi atau dicelupkan kedalam agar-agar. Seeloknya guna toothpicks untuk mencucuk doh semasa mewarnakannya.   Bahan-bahan 200 gm kacang dal atau (kacang hijau tanpa kulit) 150 gm gula 1/2 sudu teh garam 150ml santan pekat KARA 1 sudu besar tepung beras Pewarna Bahan Pengilat  10gm serbuk agar-agar 350ml air 100 gm gula Cara-cara : 1. Rendam kacang semalaman. Tos dan kukus selama 45 minit. 2. Kisar kacang tadi bersama gula, tepung beras, garam dan santan sehingga menjadi pes. 3. Masukkan kedalam periuk dan kacau diatas api sederhana hingga adunan menjadi kental. Angkat dan biarkan sejuk.  Bungkus adunan dengan plastik supaya tidak kering. 4. Ambil doh kacang seberat 10-15gm dan bentukkan menjadi b

Agar-agar Lapis Kacang Merah

Gambar
Agar-agar Lapis Kacang Merah Bahan A (Santan) 25gm serbuk agar-agar 1500ml air 250gm gula pasir 50gm serbuk santan (1 pkt) Bahan B (Kacang Merah) 25gm serbuk agar-agar 1300ml air 300gm gula pasir 250gm kacang merah rebus (kisar dgn 200ml air) Pewarna merah Loyang 10" (basahkan dahulu) Cara-cara : 1.  Rendam kacang merah semalaman.  Kemudian rebus hingga empuk dan kisar dengan air hingga halus. 2.  Masak bahan A hingga mendidih.  Ketepikan. 3.  Satukan bahan B, masukkan kacang merah kisar dan pewarna merah, masak hingga mendidih, kemudian tapis. 3.  Tuang agar-agar kacang merah ke dalam loyang, biar hingga hampir beku.  Tuang agar-agar santan ke atasnya, biar hingga hampir beku.  Ulangi melapis berselang seli warna hingga habis. 4.  Untuk mengelakkan agar-agar di dalam periuk cepat beku, didihkan air panas di dalam sebuah bekas/periuk, letak periuk agar-agar diatasnya (seperti kaedah bain-marie) atau panaskan dengan api yang paling kecil.

Chocolate Chip Cupcakes

Gambar
Chocolate Chip Cupcakes Bahan-bahan 250gm mentega 300gm gula perang 4 biji telur Grade B 280ml air 1 1/2 sudu teh esen vanila 1 sudu teh cofee emulco Bahan (Ayak bersama) 280gm tepung superfine / gandum 70gm serbuk koko 1 1/2 sudu kecil baking powder 1/4 sudu teh baking soda 1/2 sudu teh garam halus 200gm chocolate chips Cara-cara : 1.  Panaskan oven pada suhu 180C. 2.  Pukul mentega, gula, esen vanila dan coffee emulco hingga kembang dan berkrim.  Masukkan telur satu persatu sambil di pukul  hingga rata. 3.  Masukkan campuran tepung yang diayak sedikit demi sedikit di selang seli dengan air, pukul dengan kelajuan sederhana hingga bergaul rata.  Akhir sekali masukkan chocolate chips, kaup balik dengan spatula hingga rata. 4.  Masukkan 2/3 penuh adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20 - 25 minit. 5.  Keluarkan dari oven, sejukkan dahulu sebelum di hias dengan icing kegemaran.