Pulut Inti
Pulut Inti Bahan-bahan 500gm beras pulut 1 sudu teh garam 400ml santan sederhana 2 helai daun pandan Daun pisang di potong 4 x 6 (di layur api dahulu) Inti 1/2 biji kelapa parut putih 1/2 cawan gula melaka 1 sudu besar gula kasar 2 - 3 sudu air Satukan bahan inti dan masak di atas non-stick pan sehingga agak kering, bila hampir kering, tabur dengan tepung pulut atau tepung gandum memekat inti. Hidangkan bersama pulut. Cara-cara : Rendam pulut selama 2 jam, toskan. Kukus dengan daun pandan selama 25 minit atau setengah masak. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Gaulkan bersama santan dan garam. Kemudian kukus semula selama 20 minit sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam daun pisang. Letakkan inti kelapa di atasnya dan lipat daun mengikut bentuk yang di sukai. Pulut Inti