Kuih Kaya Gerodak Keledek Kukus
Kuih Kaya Gerodak Keledek Kukus
Bahan-Bahan:
500gm ubi keledek
4 biji telur itik
9 biji telur ayam
2 helai daun pandan / daun sireh
200ml santan KARA (1 kotak kecil)
1 cawan gula merah / gula melaka (250gm)
1/3 cawan gula pasir (70gm)
1/2 cawan air
1 sudu besar air kapur
1/4 sudu teh garam
6 kuntum bunga cengkih
Loyang 9in di alas dengan plastik
Cara-cara :
1. Masak gula melaka, gula pasir, daun pandan dan bunga cengkih dengan air sehingga gula larut dan simpan semalaman.
2. Potong ubi keledek 1 1/2 inci panjang. Kemudian celur separuh masak. Toskan dan masukkan ke dalam loyang.
3. Satukan telur, air kapur dan garam, pukul ringan. Masukkan santan dan sirap gula melaka. Kocok hingga sebati. Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi keledek.
4. Panaskan kukusan dan kukus selama 1 jam atau hingga masak. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat bolehlah di angkat.
5. Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Kuih Kaya Gerodak Keledek Kukus
Komentar
Posting Komentar