Postingan

Menampilkan postingan dari November, 2013

Ketam Cili Singapore

Gambar
Ketam Cili Singapore Bahan-bahan 2 ekor ketam 2 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 2cm halia 3 sudu besar minyak masak 5 sudu besar sos cili 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar gula 1 sudu kecil kicap cair 1 sudu kecil serbuk kunyit 1  cawan air garam secukup rasa 1 biji putih telur - pukul ringan 1 tangkai daun bawang 1 tangkai daun ketumbar Cara-cara : 1.  Keluarkan kulit ketam, cuci perut ketam hingga bersih.  Toskan. 2.  Goreng ketam bersama kulitnya separuh masak.  Angkat dan ketepikan. 3.  Mayang halus bawang merah, bawang putih dan halia.  Tumis hingga naik bau. 4.  Masukkan sos cili, sos tomato, kicap cair, cili kisar dan serbuk kunyit,  Masak sebentar, kemudian masukkan air. 5.  Masukkan ketam bersama kulitnya, tutup kuali dan biarkan sehingga ketam masak. 6.  Angkat ketam, letak kulitnya diatas dan susun di dalam pinggan.  Didihkan semula kuahnya, jika pekat tambahkan sedikit air.  Biarkan mendidih, tuang putih telur yang di pukul.  Reneh hingga ma

Kek Lapis Polkadot

Gambar
Kek Lapis Polkadot Bahan A 480gm mentega tulen 15 biji kuning telur 150gm gula kaster 5 sudu besar susu pekat manis 2 sudu kecil ovalette 230gm tepung hong kong 1 sudu kecil baking powder Bahan B 6 biji putih telur 1/4 sudu teh cream of tartar 150gm gula kaster Bahan C 30gm serbuk koko - ayak 1 sudu besar coklat emulco Pewarna merah atau di sukai (untuk lapisan atas dan bawah) 150gm biskut jejari Loyang 9x9 in di alas dan gris dasarnya. Cara-cara : 1.  Ayak tepung dan baking powder.  Ketepikan. 2.  Satukan mentega, gula kaster, susu pekat dan ovalette. Pukul hingga berkrim.  Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul hingga rata dan sebati. 3.  Masukkan adunan mentega ke dalam mangkuk besar, kemudian masukkan tepung dan kaup balikkan hingga sebati. 4.  Satukan bahan B, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan kental. 5.  Kaup balikkan ke dalam adunan tadi hingga rata. 6.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  1 bahagian di masukkan serbuk koko dan coklat emulco, g

Salad Soo Hoon Vietnam

Gambar
Salad Soo Hoon Vietnam Bahan-bahan 200gm soo hoon 100gm sotong 100gm udang 1 biji bunga kantan 1 batang serai 2 biji cili padi 2 biji bawang merah 2 tangkai daun ketumbar 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar sos tiram Cara-cara : 1.  Celur soo hoon dengan air panas hingga lembut.  Toskan. 2.  Celur sotong dan udang sebentar dan toskan. 3.  Mayang halus bunga kantan, serai, cili padi, bawang merah dan daun ketumbar. 4.  Gaulkan bersama soon hoon, sotong dan udang. 5.  Masukkan sos ikan dan sos tiram secukup rasa, gaul hingga rata. Salad Soo Hoon Vietnam

Lemon Chicken

Gambar
Lemon Chicken Bahan-bahan 200gm ayam - potong kecil 1 sudu kecil gula kaster garam dan serbuk lada putih secukup rasa Bahan Salut 1 sudu makan tepung kastard 1 biji kuning telur Bahan Sos 1/4 cawan perahan jus lemon 1/2 cawan stok ayam 1 sudu kecil gula 2 sudu kecil tepung jagung Cara-cara : 1.  Lumur ayam dengan gula, garam dan serbuk lada putih.  Perap seketika. 2.  Kukus ayam yang di perap tadi selama 10-15 minit. 3.  Lumur ayam dengan tepung kastard dan kuning telur.  Goreng hingga kekuningan. 4.  Untuk sosnya, panaskan jus lemon,gula dan stok ayam, campurkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam sos untuk memekatkannya. 5.  Tuang ke atas ayam yang di goreng tadi. Lemon Chicken

Ayam Masak Kari Pakistan

Gambar
Ayam Masak Kari Pakistan Resipi :  Maria Hakem / Amie's Little Kitchen Bahan-bahan 1 ekor ayam - potong 16 bahagian 4 biji bawang besar - cincang 4 biji tomato merah - cincang 1 sudu makan halia kisar 1 sudu makan bawang putih kisar 1 sudu teh serbuk kunyit 2 sudu makan serbuk cili 1 sudu teh serbuk ketumbar 2 cawan air garam secukup rasa 1/2 cawan minyak untuk menumis 1 sudu makan garam masala - jika suka Cara-cara : 1.  Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga kekuningan. 2.  Masukkan tomato cincang dan tumis hingga sebati. 3.  Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili,serbuk ketumbar, garam masala dan serbuk kunyit. 4.  Kacau hingga sebati dan masukkan air.  Renehkan bahan tumisan sehingga bawang dan tomato hancur lebih kurang (30-40 minit) 3.  Masukkan ayam dan gaul rata. 4.  Tidak perlu ditambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air.  Perasakan dengan garam secukupnya. 7.  Renehkan dengan api perlahan sehingga kuah hampir pekat tetapi tidak terlalu k

Kuih Bakar Berlauk / Bingka Berlauk

Gambar
Kuih Bakar Berlauk / Bingka Berlauk Bahan Adunan 350gm tepung gandum 500ml santan pekat 1000ml air 5 biji telur ayam A - pukul ringan 1/2 sudu teh garam halus 2 sudu besar minyak sapi cair pewarna kuning jika suka Bahan Inti 200gm daging kisar 1 sudu makan rempah kari daging 2 ulas bawang putih 1 cm halia 1 biji bawang besar potong dadu Minyak untuk menumis Hiasan - Hiris Daun sup dan daun bawang Setangkai cili merah dan cili hijau 4 biji Acuan Kemboja - digris minyak Cara-cara : 1.  Inti :   Tumbuk atau kisar bawang putih dan halia.  Tumis hingga naik bau.  Masukkan rempah kari daging dan  kacau hingga pecah minyak. 2.  Masukkan daging kisar, sedikit air dan garam.  Biarkan daging empuk. 3.  Masukkan bawang dadu dan masak hingga inti hampir kering.  Angkat dan ketepikan. 4.  Adunan :   Satukan semua bahan adunan, kacau dengan whisk tangan hingga rata dan tidak berketul.  Kemudian tapis. 5.  Gris acuan dengan mentega atau minyak.  Panaskan di atas dapur gas hingga minyak berdesir. 6. 

Fruits Flan Cakes

Gambar
Fruits Flan Cakes Bahan kek sponge 180gm sponge mix 3 biji telur Gred A 45ml susu segar/air 1 tsp esen vanila 45gm mentega cair/minyak jagung Filing 200gm whip cream 1 tin sedang fruit coktail (asingkan sirapnya) Hiasan Buah strawberry, kiwi, anggur, peach (ikut suka) decogel untuk di sapu Hirisan badam (dibakar terlebih dahulu) Cara-cara 1. Kek Sponge : Panaskan oven pada suhu 180C. Alas loyang 7" dengan kertas minyak. 2. Satukan semua bahan kek kecuali mentega cair, pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu. Tukar kepada speed rendah dan masukkan mentega cair, putar hingga rata. 3. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 35-45 minit. Angkat dan telengkupkan di atas redai. Sejukkan dan potong kek kepada 3 bahagian. 4. Pukul whip cream hingga kembang. 5.  Ambil satu lapisan kek, sapukan dengan whip cream hingga rata, tabur dengan fruit coktail (buah sahaja) di atasnya. Lapiskan sekali lagi dengan whip cream di atasnya hingga rata. 6. Untuk lapisan

Sayur Tauhu Telur

Gambar
Sayur Tauhu Telur Bahan A 2 batang tauhu telur - potong bulat 100gm serbuk roti 1 biji telur Bahan B 4 ulas bawang putih - tumbuk 1 batang lobak merah - hiris nipis 1/2 batang lobak putih - hiris nipis Brokoli secukupnya - potong 300ml air 1 biji telur - pukul ringan garam secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung, larutkan dengan sedikit air sedikit minyak untuk menumis Cara-cara : 1.  Celup potongan tauhu ke dalam telur dan salut dengan serbuk roti.  Goreng dalam minyak terendam hingga keperangan.  Angkat dan toskan. 2.  Celur sebentar lobak dan brokoli dalam air mendidih yang di campur sedikit minyak.  Angkat dan toskan.  Susun ke dalam pinggan. 3.  Tumis bawang putih dengan sedikit minyak hingga naik bau.  Masukkan air dan biar hingga mendidih.  Masukkan telur yang di pukul dan garam. 4.  Biarkan sebentar dan tuang larutan tepung jagung.  Masak hingga nampak pekat. 5.  Letak tauhu yang di goreng tadi ke atas pinggan yang berisi sayuran, dan tuang kuah ke atasnya. Sayur Tauhu Telur

Mee Kari Kerang

Gambar
Mee Kari Kerang Sumber :  Puan Yati@Sinar Kehidupanku Bahan- Bahan 1/2 ekor ayam-di potong kecil, cuci dan toskan 4 sudu besar rempah kari ikan * 2 sudu besar rempah kari daging *(*bancuh dngn sedikit air) 1 keping asam keping 1 kiub pati ikan bilis Knorr 2 cawan santan pekat(saya guna 2 kotak santan, setiap satu kotak mengandungi berat 200ml) 5 cawan air 1 cawan isi kerang atau lebih garam dan sedikit gula 1/2 cawan minyak masak utk menumis 2 keping fishcake- di potong nipis 10 ketul fish ball- di belah 2 Bahan Kisar 5 ulas bawang merah 1 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 1/2 inci halia 2 sudu besar cili kisar 2 sudu besar udang kering- cuci, rendam dan toskan Bahan Tumis 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga 2 tangkai daun kari 1 batang serai- di ketuk Bahan Mee dan Hiasan 1 kilo mee kuning di celur dan toskan Daun bawang dan daun sup- di potong2 2 keping tauhu digoreng dan dipotong nipis 4 biji telur direbus kupas kulit dan belah dua cili merah ata

Acar Berempah

Gambar
Acar Berempah Sumber :  RASA Mei 2012 Bahan-bahan 3 biji timun - buang empulur hiris memanjang 2 biji lobak merah - hiris memanjang 2 biji cili merah dan cili hijau - hiris 7 ulas bawang merah - biarkan sebiji2 7 ulas bawang putih - belah 2 1 sudu makan biji sawi 2 sudu makan udang kering - tumbuk halus 3 sudu makan minyak masak 3 sudu makan cuka Garam dan gula secukup rasa Bahan Kisar 2.5cm halia 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 sudu makan serbuk ketumbar 1 sudu makan serbuk kunyit Cara-cara : 1.  Rendam sayur-sayuran yang di hiris dengan air garam selama 1/2 jam.  Toskan. 2.  Panaskan minyak, tumis biji sawi bersama bahan kisar hingga wangi.  Masukkan udang kering gaul rata hingga pecah minyak. 3.  Masukkan sedikit air, cuka, garam dan gula secukup rasa.  Kacau hingga rata. 4.  Akhir sekali masukkan sayuran tadi, cili hiris, bawang merah dan bawang putih.  Gaul rata dan masak hingga kuah pekat. 5.  Angkat dan sedia di hidang.

Kek Coklat Moist Kukus Chef Zubaidah

Gambar
Kek Coklat Moist Kukus Resipi asal :  Chef Zubaidah Sumber :  Alongroz@myresipi / K.Nor@SecubitGaram Bahan-bahan 100gm serbuk koko * 250gm gula kastor* 1 tin susu sejat / susu cair* 100gm serikaya - K1 tambah* 200gm minyak masak / minyak jagung* 250gm susu pekat manis* 4 biji telur - pukul hingga berbuih 150gm tepung gandum 1 sudu teh soda bikabonat - K1 letak 1/2 st 1 sudu teh baking powder Loyang 8 atau 9 inci (alas dasar dan di gris minyak kelilingnya) Cara-cara : 1.  Satukan semua bahan-bahan bertanda* di dalam periuk, kacau di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.  Tak perlu sampai mendidih,. 2.  Biarkan suam sedikit, masukkan telur yang di pukul tadi sedikit-sedikit sambil di kacau dengan hand whisk hingga rata dan sebati. 3.  Tuang ke dalam loyang dan kukus di dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu selama 1 jam dengan api sederhana. 4.  Sejukkan dahulu sebelum di hias dengan icing atau yang di gemari..  (K1 menggunakan coklat masakan putih yang dicairkan s

Stew Bebola Daging Kimci

Gambar
Stew Bebola Daging Kimci Bahan-bahan 3 cawan kimchi - DI SINI 2 cawan air 2 keping tauhu - potong dadu 10 biji bebola daging - potong 2 1/2 sudu besar minyak bijan 1/2 labu bawang besar potong memanjang 1 tangkai cili hijau - hiris 1 tangkai cili merah - hiris 1 tangkai daun bawang - hiris menyerong 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar 1 sudu kecil gula Brokoli - jika suka Cara-cara : 1.  Masukkan kimchi bersama sosnya di dalam periuk bersama bebola daging, cili hiris dan bawang besar.  2.  Masukkan air hingga tenggelam.   Masak hingga mendidih. 3.  Kemudian masukkan tauhu dan daun bawang.  Masukkan minyak bijan dan perasakan dengan gula dan serbuk lada hitam. 4.  Didihkan sebentar, tutup api dan siap di hidangkan. Stew Bebola Daging Kimci

Kimchi

Gambar
Kimchi Sumber :  Nina Sofea Bahan-bahan 3 biji Kobis Napa 1 cawan Garam Pes Kimchi 1/2 cawan tepung beras 3 cawan air 1/2 cawan gula 1/2 cawan bawang putih 1 inci halia 1 biji bawang besar 1 cawan sos ikan Cili kisar atau serbuk cili (sesuaikan ikut kepedasan) segengam ikan bilis halus - K1 tambah Bahan Sampingan 3 ikat Daun kucai 7 batang Daun bawang 2 batang lobak merah 1 batang lobak putih Cara-cara :   Langkah 1 :  Jeruk Kobis 1.  Belah dua kobis, buang bahagian bawah yang keras dan belah dua lagi.  Potong saiz makan. 2.  Cuci kubis sebanyak 3 kali, kemudian toskan. 3.  Masukkan selapis hirisan kubis ke dalam bekas besar dan tabur kan dengan sedikit garam.  Ulangi melapis kubis dan menabur garam sedikit demi sedikit hingga habis.  Jangan gaulkan sekaligus dengan garam kerana masinnya jadi tidak sama rata 4.  Perapkan / biarkan kubis selama 2 jam,  gaulkan setiap 30 minit.   5.  Selepas 2 jam, bilas kubis bersih-bersih. Tapis dan simpan dulu di dalam peti sejuk. Langkah 2 :  Pes Tep

Agar-agar Santan Gula Melaka

Gambar
Agar-Agar Santan Gula Melaka Sumber :  Nadz@Cute Oven,Small Kitchen Bahan-bahan 10gm serbuk agar-agar 1 liter air (4 cawan) 250gm gula melaka 250ml santan pekat (1 cawan)/santan kotak 1 biji telur ayam 1/4 garam 2 helai daun pandan - simpul Loyang atau bekas kecil - basahkan dahulu Cara-cara : 1.  Satukan santan, telur  dan garam.  Pukul ringan dengan garpu.  Ketepikan. 2.  Satukan air, serbuk agar-agar, gula melaka dan daun pandan.  Masak hingga gula larut.  Tapis ke dalam periuk yang lain untuk membuang kotoran pada gula melaka. 3.  Masak semula hingga mendidih, kecilkan api dan tuang campuran santan dan telur.  4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau untuk mengelakkan adunan membuak keluar. 5.  Bila adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api. 6.  Tuang dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Tips dari Nadz :  Untuk m

Loyang Lidah Kucing

Gambar
Tempahan Loyang lidah kucing A] 30x30cm 32 isian RM50 - 2 pcs (Available) B] 30x40cm 35 & 40 isian  RM56 - 2 pcs (Available) C] 40x40cm 50 isian RM70 - 2 pcs - (Out Stock - Available 31 May) D] 25x25cm 16 isian  RM38 - 2 pcs ( Out stock - Available 31 May) E] 20x20cm 10 isian  RM28 - 2 pcs (Available) F] 25x30cm 20 isian  RM60 - 2 pcs (Not Available) G] 30x30cm 49 isian  RM60 - 2 pcs (Available) Status Stok : Stock Arrived !! order laju-laju tuk cookies raye :D NOTA :  Sebelum membeli, pastikan ukuran saiz dulang oven bersesuaian dengan loyang yang di beli kerana setiap pembelian tidak boleh di kembalikan atau di tukar saiz kecuali jika ada kerosakan yang teruk seperti kemek semasa penghantaran .. Terima kasih.. * 2 Loyang Dengan Satu Harga  Post Laju Sem Malaysia, Sabah Serawak RM10-RM15 (untuk 1set medium/large) Tambahan caj untuk lebih dari 1 set Penghantaran melalui Pos Collection - Pada setiap hari Jumaat Hasil Biskut comel yang kakwan sudah buat Lidah Kucing Pelangi Li