Kek Upside Down Buah Pir Karamel
Kek Upside Down Buah Pir Karamel
Di cuba oleh Kak Wan
Resipi : Chef Zam
Bahan Karamel
1/4 cawan (50 g) Mentega (unsalted)
2/3 cawan (125 g) gula perang
2 biji buah pir merah- dibuang biji dan dihiris 16 potongan
Adunan Kek
1/2 cawan (115 g) gula kastor
1/2 cawan (115 g) mentega (unsalted)- suhu bilik
2 biji telur
1 sudu teh perisa vanila
1 2/3 cawan (200 g) tepung kek/gandum }
1 sudu teh baking powder } diayak bersama
1/2 cawan (100 ml) susu segar
Penyediaan
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
- Griskan acuan kek, susun hirisan buah pir di dasarnya dan ketepikan.
- Cairkan mentega, masukkan gula perang dan didih seketika hingga cair, sebati dan pekat.
- Tuangkan adunan karamel ke dalam acuan kek dengan susunan buah pir dan biarkan merata, sejuk dan set.
- Untuk adunan kek, pukul gula dan mentega sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul rata dan gaulkan dengan perisa vanilla.
- Masukkan bahan kering dan susu secara berselang-seli sehingga sebati.
- Bakar selama 40 – 45 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan, hiaskan dengan kacang walnut yang dipanggang dan dicincang di atasnya.
Kek Upside Down Buah Pir Karamel
Komentar
Posting Komentar