Biskut Red Velvet 'Crinkle'


Biskut Red Velvet 'Crinkle'
Di cuba oleh Kak Wan
Resipi :  Chef Zam

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonate
3/4 sudu teh garam
3/4 cawan mentega
1 1/3 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu besar susu segar
2 sudu teh ekstrak vanila
1 sudu teh jus lemon
5 sudu teh pewarna merah
1 cawan gula aising

Kaedah :
  1. Gaul tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonate dan garam, ketepikan
  2. Menggunakan ‘paddle attachment’, pukul mentega dan gula sehingga gebu dan ringan.
  3. .Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati
  4. .Masukkan susu, vanilla, jus lemon dan pewarna merah.
  5. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan kering dan gaul sehingga sebati.
  6. Bungkus/tutup adunan dan rehatkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum digunakan.
  7. Bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil dan golekkan ke dalam gula aising hingga bersalut sepenuhnya.
  8. Bakar pada suhu 170˚C sehingga masak. Sejukkan sebelum disimpan.
Nota : Biskut ini lebih kepada cakey sikit kalau nak garing macam biskut biasa guna api yang slow 140C ..


Biskut Red Velvet 'Crinkle'

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Ikan Goreng Butterfly / Deep Fried Butterfly Fish

Ondeh-Ondeh Pulut Hitam

Kek Blueberry