Postingan

Menampilkan postingan dari Juni, 2017

Kek Marble Mentega / Butter Marble Cake

Gambar
Kek Marble Mentega / Butter Marble Cake Bahan-bahan 250 gm mentega 170 gm gula kaster 200 gm tepung gandum 2 sudu kecil baking powder 5 biji telur grade A 1 sudu kecil esen vanilla 2 sudu kecil ovalette 4 sudu besar susu pekat 2 sudu besar serbuk koko - ayak Loyang 8 in di alas kertas minyak dan di gris. Penyediaan : Ayak tepung dan baking powder.  Ketepikan. Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji, (pukul dahulu sebiji telur biar rata sebelum di masukkan telur seterusnya.) Masukkan esen vanilla dan susu pekat, putar hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata. Bahagian adunan kepada 2 bahagian sama banyak.  Campurkan satu bahagian dengan serbuk koko. Masukkan adunan asal dan adunan koko berselang seli ke dalam loyang. Setelah selesai, hentak ringan loyang supaya adunan sekata. Bakar pada suhu 170C selama 40-45 minit. Kek Marble Mentega / Butter Marble Cake

Kek Oren / Orange Cake

Gambar
Kek Oren / Orange Cake Bahan-bahan 250 gm mentega tawar (unsalted) 1 cawan gula kaster 3 cawan tepung gandum 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil baking soda 4 biji telur grade A 1 sudu besar jus oren sunquick / orange emulco 4 sudu besar susu cair / yogurt 1/2 cawan perahan jus oren Loyang Bundt 10in - di gris mentega Penyediaan : Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam.  Ketepikan. Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati. Perlahankan mixer, masukkan oren emulco / oren sunquick. Satukan susu cair dan perahan jus oren. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan bancuhan susu sedikit demi sedikit sehingga rata dan sebati. Ratakan adunan ke dalam loyang, hentak ringan supaya rata. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 175C selama 40-45 minit. Cucuk kek dengan lidi, jika licin bolehlah di angkat. Biarkan kek sejuk dahulu sebelum di paip glaze dan di hias. Glaze 1 cawan gu

Kek Suji / Semolina Cake

Gambar
Kek Suji / Semolina Cake Ilham :   Dapur Tanpa Sempadan Bahan-bahan 250 gm mentega tulin 170 gm gula halus 2 sudu besar besar madu 4 biji telur gred A 100 ml susu segar 2 sudu besar perahan jus oren 170 gm tepung gandum 1 sudu teh baking powder 100 gm semolina @ suji Secubit garam 50 gm kismis cincang halus Loyang 8 x 8, di alas kertas minyak dan di sapu mentega Cara-cara : Ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian campurkan semolina, kismis cincang dan garam, gaul rata.  Satukan telur, susu dan jus oren kocok hingga sebati. Ketepikan. Putar mentega, gula dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu. Perlahankan mixer, masuk kan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam loyang dan ratakan.  Hias dengan taburan kismis jika suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sebelum dipotong. Nota :  Kek suji tahan 2 har

YEO'S - Lompang Laici Yeo's

Gambar
Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. Segar dan nyaman minuman Laici Yeo's untuk berbuka,, tambahan dengan rasa laici yang masam manis menghilangkan dahaga dan membangkitkan selera setelah seharian berpuasa. Tambah ais lagi menyegarkan.  Tapi harini K1 nak buat sesuatu yang berlainan bukan sebagai minuman saja. Minuman Laici Yeo's kita boleh pelbagaikan kegunaannya samada membuat agar-agar, puding atau pun di adun di dalam kuih muih.  Jom kita cuba jadikan minuman Laici Yeo's dan jad

Biskut Tart Prunes Sunsweet

Gambar
Biskut Tart Prunes Sunsweet Bahan-bahan 200gm mentega 50gm gula kaster 2 kuning telur 250gm tepung gandum 25gm tepung jagung 25gm susu tepung Jem Kurma 400gm prunes, cincang halus 1 sudu besar gula pasir 1 sudu besar mentega Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat. Sejukkan dahulu dan gentel bulat seberat 5 gm. Penyediaan  Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim.  Masukkan kuning telur satu persatu, kacau hingga sebati. Masukkan tepung, tepung jagung dan susu tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk. Ambil doh seberat 10 gm, dan gentel bulat.  Masukkan ke dalam cawan kertas. Tekan dengan ibu jari di tengah doh dan masukkan inti prune ke dalamnya. Panaskan oven selama 10 minit dan bakar pada suhu 150C selama 20-25 minit. Biskut Tart Prunes Sunsweet

Biskut Kacang Peas / Green Peas Cookies

Gambar
Biskut Kacang Peas / Green Peas Cookies Bahan-bahan 300gm tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 1/2 sudu kecil soda bicarbonate 1/2 sudu kecil garam halus 125gm gula kaster 150gm serbuk kacang peas, sangai sebentar 200ml minyak sayur 20 ml mentega cair Hiasan 1 kuning telur untuk sapuan Kacang peas / Kuaci labu Cara-cara : Satukan semua bahan kecuali minyak dan mentega, gaul rata. Masukkan minyak, mentega sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan doh 10gm setiap satu dan bulatkan. Susun di atas loyang yang di gris, sapu kuning telur dan letak kacang peas di atasnya. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20-25 minit. Biskut Kacang Peas / Green Peas Cookies

Biskut Prunes Sunsweet

Gambar
Biskut Prunes Sunsweet Bahan-bahan 125 gm mentega 60 gm gula kaster 1 kuning telur 200 gm tepung gandum 20 gm tepung kastard 20 gm susu tepung Jem Prunes 200 gm Prunes, cincang 1 sudu besar gula pasir 1 sudu besar mentega Masukkan semua bahan jem ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat. Sejukkan dahulu dan gentel bujur. Hiasan :  Kuning Telur, Bijan Putih Penyediaan  Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim.  Masukkan kuning telur, kacau hingga sebati. Masukkan semua tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Ambil sedikit doh (10gm), masukkan inti prune di tengahnya dan gentel bentuk bujur. Sapu dengan kuning telur dan tabur dengan bijan. Bakar dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20-25 minit. Biskut Kastard Prunes

Biskut Pizza

Gambar
Biskut Pizza +Kakwan Citarasawan   : ResipiCitarasawan Bahan-bahan 125 gm mentega tawar 10 gm shortening 30 gm gula aising 1/8 sudu teh garam 60 gm parutan keju cheddar 220 gm tepung gandum 20 gm susu tepung 1/8 sudu teh serbuk pizza atau serbuk bawang putih Hiasan Ceri Merah dan Hijau, Potong Daun Parsley Kering Kepingan Keju Cheddar, potong kecil Kuning telur untuk sapuan Penyediaan : Pukul mentega, shortening dan gula dengan senduk kayu hingga berkrim. Masukkan parutan keju, garam, tepung dan serbuk pizza.  Sebatikan menjadi doh. Rehatkan doh selama 15 minit. Canai dan terap dengan penerap 3 segi. Susun di atas dulang pembakar yang di alas kertas baking. Sapu kuning telur dan hias dengan ceri dan kepingan keju.  Tabur parsley kering di atasnya. Bakar suhu 150C selama 10 minit di rak bawah dan alihkan ke rak atas dan bakar selama 8 - 10 minit lagi. Jangan sampai permukaan keju hangus. Biskut Pizza

Soya Teh Hijau Yeo's

Gambar
Soya Teh Hijau Yeo's dari  +Kakwan Citarasawan Bahan-bahan 2 sudu besar teh hijau Thai 2 cawan air panas 4 sudu besar susu pekat manis 1 cawan minuman Soya Yeo's Ketulan ais secukupnya Penyediaan : Bancuh teh hijau dengan ais panas.  Tapis biarkan sejuk. Sediakan gelas.  Masukkan 2 sudu kecil susu pekat manis. Kemudian tuang susu soya hingga separuh gelas. Tambah ketulan ais dan akhir sekali tuang teh hijau. Kacau sebelum di minum. Soya Teh Hijau Yeo's

Biskut Coklat Butang

Gambar
Biskut Coklat Butang Resipi : K1@Resipicitarasawan Bahan-bahan 150 gm mentega 20 gm gula aising 1 biji telur 1/2 sudu teh esen vanila 250 gm tepung gandum 20 gm susu tepung Coklat Butang (Milk Chocolate) secukupnya Penyediaan : Kacau mentega dan gula hingga berkrim, masukkan telur, esen vanila dan sebatikan. Masukkan tepung dan susu tepung, gaul hingga sebati. Rehatkan doh selama 15 minit. Canai dan terap bentuk bulat, sapu kuning telur dan tekan coklat butang di tengahnya. Susun di atas dulang pembakar yang di gris, hias mengikut suka. Bakar pada suhu 150C selama 15 - 20 minit. Biskut Coklat Butang

Biskut Coklat Oren

Gambar
Biskut Coklat Oren Bahan-bahan 250 gm mentega 200 gm gula aising 2 biji kuning telur 300 gm tepung gandum 50 gm tepung kastard 50 gm tepung ubikayu 30 gm serbuk koko 20 gm serbuk badam, sangai 2 sudu kecil oren emulco / sunkist emolco Hiasan :  Orange Sanding Sugar Penyediaan : Ayak tepung gandum, tepung ubikayu, tepung kastard dan serbuk koko.  Masukkan serbuk badam. Gaul rata. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur, oren emulco.  Putar hingga sebati. Masukkan tepung yang di ayak sediki demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut. Rehatkan adunan selama 20 minit. Canai dan terap, susun di atas dulang pembakar yang di gris mentega. Tabur sanding sugar dan bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit. Simpan di dalam bekas kedap udara. Biskut Coklat Oren

Biskut Gajus

Gambar
Biskut Gajus kredit :   Dapur Tanpa Sempadan Bahan-bahan 250 gram mentega 120 gram gula aising, diayak 2 kuning telur gred A 1 camca teh esen vanilla 450 gram tepung gandum 60 gram gajus, disangai sekejap hingga wangi dan kisar halus 2 camca teh emplex (penggaring biskut) Kuning telur, untuk sapuan Gajus, untuk hiasan Cara-cara : Ayak tepung dan emplex.  Ketepikan. Putar mentega dan gula hingga berkrim, masukkan kuning telur, esen vanila dan putar hingga sebati. Masukkan tepung, serbuk gajus dan uli menjadi doh yang lembut dan boleh di canai. Canai dan terap mengikut acuan kesukaan.  Susun di atas dulang pembakar yang digris marjerin. Sapu kuning telur, lekatkan gajus sebagai hiasan.  Sapu kuning telur pada gajus. Panaskan oven selama 10 minit dan bakar pada suhu 170c selama 25 minit. Pusingkan kedudukan dulang supaya biskut masak sekata. Simpan dalam bekas kedap udara. Biskut Gajus

Biskut Ferrero Rocher

Gambar
Biskut Ferrero Rocher Bahan-bahan 250 gm mentega 80 gm gula icing 20 gm cornflakes kisar 350 gm tepung gandum 100 gm serbuk badam, sangai 40 gm tepung jagung 1/4 sudu teh emplex (peragup biskut) 1/2 sudu teh esen vanilla Kacang Hazelnut - di panggang sebentar (jika suka) Salutan Almond nibs secukupnya 3 biji putih telur Celupan 300 gm Coklat masakan 40 gm coco butter Cara-cara Putar mentega dan gula, hingga sebati.  Masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan tepung gandum, emplex, serbuk badam, tepung jagung dan cornflakes kisar. Uli sebati. Panaskan oven suhu 150c. Bulatkan adunan sebesar guli (10gm), masukkan kacang hazel di tengahnya dan bulatkan kembali. Atur di dalam dulang pembakar yang di lengser dgn marjerin. Bakar pada suhu 150c selama 20 - 25 minit. Sejukkan biskut sebentar, kemudian celup biskut yang dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan dengan almond nibs. Bakar semula lebih kurang 5 minit.  Cairkan coklat masakan dan coco butter secara double boil. Menggunakan penye

Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies

Gambar
Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies Bahan-bahan 250 gm mentega - dilembutkan 100 gm gula kaster 1/2 sudu kecil esen badam 260 gm tepung gandum 40 gm cornflakes kisar 1/2 cawan jem strawberry Cara membuatnya: Panaskan ketuhar pada suhu 160 C. Pukul mentega dan gula hingga sebati, masukkan esen badam diikuti tepung dan cornflakes. Gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.  Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk. Ambil sedikit doh dan gentel bulat (8 gm). Kemudian tekan sedikit dibahagian tengah dengan ibu jari atau belakang sudu metrik. Paip jem ditengahnya. Bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga sedikit keperangan. Sejukkan seketika sebelum di hias dengan gula aising. Gula Aising - Drizzle 125 gm gula aising 1/4 sudu kecil esen badam 2 sudu kecil susu segar Satukan gula aising, esen badam dan susu di dalam satu mangkuk.  Gaul sebati, jika pekat tambah sedikit susu lagi.  Masukkan ke dalam piping bag dan drizzle di atas biskut Biskut Ibu Jari / Thumbprint Cookies

Tart Nenas Gulung Mudah

Gambar
Tart Nenas Gulung Bahan-bahan 250 gm mentega 50 gm gula aising 2 sudu besar minyak sapi QBB 350 gm tepung gandum Jem nenas siap guna, gentel Telur untuk sapuan Penyediaan : Pukul mentega, minyak sapi dan gula asing dengan senduk kayu hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Rehatkan adunan selama 15 minit. Masukkan ke dalam acuan tart dan picit memanjang. Letak jem di hujung dan gulung rapi. Sapu dengan kuning telur. Bakar pada suhu 150C selama 15 - 20 minit atau hingga masak. Tart Nenas Gulung