Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2017

Nasi lemak Kombo Yeo's

Gambar
Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. Salam Ramadan, harini Kak Wan ada menu menarik untuk berbuka, bagi ibu-ibu yang bekerja atau pelajar-pelajar yang berjauhan dari keluarga, menyediakan nasi lemak dengan sambal ikan bilis Yeo's adalah pilihan yang cepat, menjimatkan masa dan berkhasiat.  Bukan sambal ikan bilis saja, Yeo's mempunyai banyak pilihan makanan dalam tin seperti sambal udang, sambal kari ayam dan kambing pun ada.  Semuanya mudah di sediakan, samada di makan dengan nasi atau

Tart Nenas Daun

Gambar
Tart Nenas Daun Bahan-bahan 250 gm mentega 50 gm gula aising 2 sudu besar minyak sapi QBB 350 gm tepung gandum Pewarna Hijau Jem nenas siap guna, gentel Penyepit Penyediaan : Pukul mentega, minyak sapi dan gula asing dengan senduk kayu hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Masukkan pewarna dan gaul sebati.  Rehatkan adunan selama 15 minit. Ambil doh (10gm), isikan jem nenas dan bentukkan menjadi bentuk daun. Sepit untuk membuat corak daun. Bakar pada suhu 150C selama 15 - 20 minit atau hingga masak. Tart Nenas Daun

Biskut Buah Berempah

Gambar
Biskut Buah Berempah Bahan-bahan 100 gm mentega 90 gm marjerin 250 gm tepung gandum 100 gm tepung jagung 120 gm gula pasir 2 biji telur 1/2 sudu teh esen vanila 1 sudu teh rempah kek lapis (Koepoe) 100 gm buahan kering campur (rendam sebentar, tos) Kuning telur untuk sapuan Penyediaan : Pukuk mentega, marjerin dan gula hingga berkrim.  Masukkan telur dan putar sebati. Masukkan esen vanila dan buahan kering. Masukkan tepung dan uli sebati, Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit dengan garfu dan sapu dengan kuning telur. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit. Biskut Buah Berempah

Kuih Tako Labu Marble

Gambar
Kuih Tako Labu Marble Bahan A - Adunan Labu 300 gm isi labu kukus, lecek 100 gm tepung hunkwee 250 gm gula pasir 900 ml air 1/2 sudu teh garam Bahan B - Adunan Santan 350 ml santan pekat 300 ml air (kisar dengan 5 helai pandan), tapis 50 gm tepung hunkwee 100 gm gula pasir 1 helai daun pandan 1/2 sudu teh garam Loyang 8in, alas dengan plastik tahan haba Penyediaan : Satukan bahan A ke dalam pengisar, kisar hingga sebati.  Masukkan ke dalam periuk ketepikan. Satukan bahan B dan kisar sebati.  Masukkan ke dalam periuk berasingan. Masak kedua-dua adunan serentak di dalam periuk berasingan. Masak dengan api kecil sehingga kedua2 adunan sederhana pekat dan berkilat. Tuang adunan A berselang seli dengan adunan B hingga habis. Guna chopstik untuk membuat corak marble. Kuih Tako Labu Marble

Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq

Gambar
Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq Bahan-bahan 100 gm ikan masin 3 sudu besar sambal pahang Enaq 1/2 labu bawang besar 1/2 biji tomato, hiris nipis 4 biji cili padi - potong kecil 1 sudu kecil gula 1 sudu besar perahan jus limau nipis Penyediaan : Cuci dan goreng ikan masin cincang hingga garing.  Toskan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dan cili hingga naik bau. Masukkan sambal pahang dan sedikit air. Kacau rata, masukkan hirisan tomato, sedikit gula dan perahan jus limau. Rasa masam, manis dan pedas. Sambal Hitam Pahang Ikan Masin Enaq

Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos

Gambar
Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos Bahan-bahan 1kg ayam sederhana, cuci bersih 2 sudu kecil garam 1 sudu besar gula 1/2 cawan yogurt 3 sudu besar sos peri-peri Bahan Kisar 1/3 cawan minyak zaitun 2 tangkai cili merah 3 ulas bawang putih 1 sudu besar lada hitam 2 sudu kecil serbuk paprika / serbuk cili 1 ikat daun ketumbar, potong Daun Parsley / Oregano untuk taburan Penyediaan : Cucuk ayam dengan pisau di beberapa tempat supaya bahan perapan meresap. Masukkan bahan kisar ke dalam pengisar dan kisar bersama minyak hingga halus. Gaul bersama ayam, yogurt, garam, gula dan sos peri-peri. Perap di dalam peti sejuk semalaman. Tabur dengan daun parsley dan Panggang pada suhu 200C selama 45-50 minit. Hidang bersama salad, kentang goreng, jagung bakar Ayam Panggang Yogurt Peri-Peri Ala Nandos

Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus

Gambar
Kuih Ros / Kembang Goyang / Kuih Lotus Bahan-bahan 2 cawan tepung beras 1 cawan gula 2 biji telur A 1/2 cawan santan kotak 1/2 cawan air Minyak untuk menggoreng Acuan Kuih Ros Acuan kecil bulat atau melengkung untuk membentuk kuih Penyediaan : Satukan semua bahan ke dalam mangkuk, whisk hingga rata dan tidak berketul.  Tapis. Panaskan minyak, rendam acuan sehingga panas.   Adunan tidak akan melekat jika acuan tidak betul-betul panas. Angkat acuan, goncang sedikit supaya minyak tidak meleleh di acuan. Kemudian celup ke dalam adunan tetapi jangan sampai ke permukaan atas acuan kerana kuih akan melekat. Goncang ringan untuk mengeluarkan adunan berlebihan. Rendam seketika di dalam minyak, kemudian goncang ringan supaya kuih terlepas keluar. Kecilkan sedikit api jika terlalu panas.  Goreng beberapa saat. Apabila hampir perang, angkat menggunakan penyepit dan alihkan ke atas acuan melengkung supaya kuih membentuk bunga melengkung.  K1 menggunakan acuan cakepop sebagai dasar. Apabila kuih tel

Pulut Nangka

Gambar
Pulut Nangka Bahan-bahan 1 cawan beras pulut 1/2 cawan santan kotak 1/2 cawan air 3 sudu besar gula pasir 1/4 sudu teh garam 12 ulas nangka (keluarkan bijinya) Kacang hijau tanpa kulit (sangai) Kelapa parut muda Penyediaan : Cuci dan rendam beras selama 1 jam. Kukus selama 20 minit hingga masak.  Angkat dan biarkan sejuk. Masak santan, gula dan garam hingga gula larut. Gaulkan bersama pulut hingga rata. Kepal dan masukkan ke dalam nangka Tabur kelapa parut dan kacang hijau Hidang bersama sos santan. Sos Santan 500ml santan sederhana pekat 1 sudu besar tepung beras 1/4 sudu teh garam 1 helai daun pandan - di simpul Cara-cara : Satukan semua bahan, masak hingga pekat.  Tuang ke atas pulut nangka. Pulut Nangka

Nasi Ala Kak Wok

Gambar
Nasi Ala Kak Wok Inspirasi dari :  FB Rozmaliza Omar Bahan-bahan Nasi putih dimasak dengan daun pandan Gulai Ayam Ala Kak Wok 4 labu bawang besar merah 5 ulas bawang putih 1 1/2 in halia 1 1/2 in lengkuas 3 sudu besar rempah kari daging @ rempah gulai darat 2 sudu besar rempah kerutub Carrot - dipotong 2" Kacang panjang - dipotong 2" Kentang potong kiub Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil. Santan sederhana pekat Garam dan gula nisan secukup rasa 1/2 kiub pati ayam Penyediaan : Kisar bawang merah, putih, halia dan lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi. Rempah kari dan rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam. Perap sekejap. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi. Masukkan kentang.  Masak sampai kentang dan ayam empuk. Masukkan santan.  Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan carrot dan kacang panjang. Perasakan garam, gula nisan dan serbuk perasa @ kiub ayam. Masak sekejap. Ayam Goreng Ala Kak Wok Ayam,

Apam Labu Soya Yeo's

Gambar
Berkat Dirasa Bersama – Yeo’s Ramadan Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya. Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan. Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. Hari ini 27 May 2017, semua umat Islam mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia.  Antara juadah pemanis mulut yang menjadi kegemaran berbuka adalah kuih muih.  Apa kata kita amalkan berbuka dengan kuih muih yang lebih berkhasiat menggunakan Susu Soya Yeo's. Membuat kuih muih sendiri adalah lebih baik dari membeli di pasar malam kerana terjaga kebersihannya dan terjamin kesegarannya. Untuk kuih muih Ramadan ini cubalah Apam Labu Soya Yeo

Jus Soya Kurma Yeo's

Gambar
Jus Soya Kurma Yeo's Sumber :   Teratak Mutiara Bahan-bahan 1 kotak (250ml) Soya Yeo's 3 biji kurma, buang biji 3 biji gajus / badam, rendam air panas Ketulan ais secukupnya Penyediaan : Tuang susu soya, gajus dan kurma ke dalam pengisar dan kisar halus. Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan ais. Sedia di minum. Jus Soya Kurma Yeo's

Telur Dadar Terung Bakar

Gambar
Telur Dadar Terung Bakar Bahan-bahan 4 biji terung panjang kecil 2 biji telur 1/4 sudu teh garam 1/4 sudu teh serbuk lada sulah 1 tangkai daun bawang, cincang 1/2 biji cili merah, cincang 1 sudu besar mentega Penyediaan : Panggang terung hingga lembut.  Sejukkan dan buang kulit luarnya.  Lenyek sedikit isinya. Pecahkan telur, masukkan garam dan serbuk lada sulah.  Kocok rata. Masukkan hirisan daun bawang dan cili merah. Panaskan mentega di dalam kuali, celup terung satu persatu ke dalam telur dan letakkan di dalam kuali. Kemudian tuang baki telur hingga rata. Tutup kuali dan masak dengan api sedang hingga permukaan telur atas kering. Apabila kering, ambil pinggan dan terbalikkan telur tadi. Kemudian terbalikkan semula ke dalam kuali dan biarkan sebentar hingga bahagian atas telur masak. Telur Dadar Terung Bakar

Ikan Masak Cuka / Ikan Masak Acar

Gambar
Ikan Masak Cuka / Ikan Masak Acar Sumber :   Dari Dapur Aida Bahan-bahan 2 keping ikan tenggiri, cuci dan toskan 1 sudu teh serbuk kunyit 1/2 sudu teh garam Lumur dengan ikan dan biarkan sebentar.  Goreng jangan terlalu garing supaya tidak keras. Angkat dan toskan. Rempah Tumis 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga 4 kuntum bunga cengkih 1 sudu teh biji sawi Bahan Acar 1/2 inci halia, hiris halus 7 biji bawang merah kecil, belah 2 setiap 1 5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1 1 sudu teh serbuk kunyit 3 sudu besar cuka 1/3 cawan air 1 sudu besar gula1 biji timun, kerat 3, buang empulur dan hiris panjang 1 biji cili merah, kerat 3, buang biji dan hiris panjang 1 biji cili hijau, kerat 3, buang biji dan hiris panjang 1 sudu kecil garam 1 sudu besar gula pasir Penyediaan : Panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan tumis hingga wangi. Masukkan halia, bawang putih  dan bawang merah. Masak hingga bawang layu. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata. Tuang cuka, kacau dan m

Sagun Nestum

Gambar
Sagun Nestum Bahan-bahan 1 biji kelapa parut 3/4 cawan tepung beras 1/4 cawan tepung pulut 1 cawan nestum cereal 1/2 sudu teh garam 1/3 cawan gula kaster Kertas pembalut hadiah - di gulung Menghasilkan 12 roll Cara-cara Sangai tanpa minyak kelapa parut sehingga ringan dan sedikit perang. Kemudian masukkan tepung beras dan tepung pulut. Sangai dengan api perlahan hingga garing dan berderap bila di kacau. Tutup api dan masukkan nestum.  Gaul hingga rata. Sejukkan dulu,  kemudian gaul dengan gula kaster. Kemudian masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar halus. Untuk membungkus, bulung kertas pembalut hadiah, ikat hujungnya dengan reben, kemudian masukkan sagun di bahagian hujung bawah hingga penuh, Rapikan lipatan gulungan supaya sagun tidak terkeluar. Sagun Nestum

Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum

Gambar
Ramadan adalah bulan yang dipenuhi rahmat dan berkat dariNya.  Berkat boleh didapati atau ditafsirkan maknanya dalam pelbagai perbuatan dan pemahaman. Berkat juga boleh didapati di dalam setiap hubungan yang baik seperti keluarga, rakan-rakan, atau dalam setiap rasa syukur yang dipanjatkan di atas rezeki makan dan minum, juga sebagai tangan yang menghulurkan kepada mereka yang memerlukan.  Berkat, dari sebesar-besar makna atau sekecil-kecil perbuatan adalah lahir dari rasa syukur kepada yang Esa. Teh Krisantimum Yeo’s menjadi minuman yang menyegarkan di minum begitu saja samada sejuk atau panas.  Malah boleh di jadikan makanan yang menyihatkan untuk berbuka nanti.   Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum memberi kecergasan dan kesegaran dengan tambahan aroma halia, serai dan daun pandan.  Bebola pulut memberi penambah tenaga yang di perlukan setelah seharian berpuasa. Bebola Pulut Yeo’s Teh Krisantimum Bahan A 600 ml Yeo’s Teh Krisantimum 3 hiris halia 1 batang serai di ketuk 10 biji kurma