Nasi Ayam Penyet
Nasi Ayam Penyet
Inspirasi: Fauziyah Arifin@Intai Dapur
Bahan A
1/2 ekor ayam (Saiz besar)
2 helai daun bay
2 batang serai (diketuk lebam)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 kiub 'pati ayam'
sedikit air (Air jangan lebih kerana akan membazir rempah rebusan.Sekadar tenggelamkan ayam saja)
sedikit garam
Bahan B (diblend halus)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam
1 camca teh lada putih
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
2 camca teh ketumbar
Penyediaan :
- Masukkan kesemua bahan A dan B kedalam periuk, tutup tudung periuk dan rebus dengan api perlahan untuk mengelakan meruap. Tutup periuk supaya ayam masak sempurna.
- Proses merebus jangan terlalu lama kerana ayam akan hancur dan texture menjadi kurang menarik.
- Balikkan ayam dengan perlahan dan rebus hingga ayam masak sampai ketulang.
- Angkat dan asingkan ayam dari air rebusan.
* Simpan air rebusan untuk merebus tempe, tauhu juga dalam bancuhan kremesan
Bahan C (Tepung gorengan Ayam)
125 gram Tepung Sagu
2 sudu besar 'penuh' tepung beras 'Campuran' (Cap 1 Gajah)
1 biji kuning telur
250 ml 'air rebusan ayam'. (Keluarkan serai dan Daun bay. Masukkan kesemua air rebusan. Tambahkan air jika terkurang)
1/2 sudu teh baking powder
Cara-Cara Menyediakan nya
- Satukan kesemua bahan C dalam bekas yang lain dan sebatikan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, baru masukkan baking powder ke dalam adunan tepung dan ratakan sekali lagi.
- Celup ayam kedalam adunan tepung dan goreng. Buat satu persatu.
- Goreng jangan terlalu lama kerana ayam sudah sedia masak, sekadar menggaringkan tepung dibahagian luar sudah mencukupi.
- Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Sambal Terasi Matang
Bahan A
Minyak untuk menggoreng
3 biji cili merah
20 biji cili padi merah
12 ulas bawang putih
2 biji bawang besar (dibelah 4)
2 biji tomato segar (dibelah 2)
2 inci belacan (sebesar 2 ibu jari)
Bahan B
1/2 keping Gula Melaka
Limau Kasturi
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan A kecuali Tomato.
- Apabila layu, masukkan tomato, goreng beberapa minit, angkat dan ditoskan.
- Masukkan kedalam lesung, tumbuk bersama gula dan garam sehingga 3/4 hancur.
- Perah jus limau dan gaul sebati.
Saya memang sediakan sambal yang pekat.
Tempe dan Tauhu Goreng
2 keping tempe (setiap keping dipotong 6)
2 keping tauhu (setiap keping dipotong 4)
Baki Air rebusan ayam diatas
Celupan : Baki Adunan Tepung Goreng Ayam tadi
Cara-Cara Menyediakan nya
- Rebus tempe dan tauhu selama 1/2 jam dengan api yang sederhana supaya rempah ratus meresap dengan sebati.
- Angkat dan celup dalam bancuhan tepung gorengan.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
Kremesan Ayam Penyet
Bahan-bahan
125 gram Tepung Sagu (JANGAN diganti dengan tepung Tropika atau Kanji)
2 sudu besar 'penuh' tepung beras 'Campuran' (Cap 1 Gajah. Kalau 3 Gajah untuk kuih-muih)
200 ml air + 100ml Santan Pekat (saya guna 280 air rebusan ayam + 20 ml santan pekat)
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh Double Action Baking Powder (saya masukkan 1 sudu teh Baking Powder biasa)
2 ulas bawang putih (dicincang halus) * Saya tak masukkan sebab dah campur air rebusan
Kiub ayam * Saya tak masukkan sebab dah campur air rebusan
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
- Satukan kesemua bahan (kecuali Baking Powder). Aduk hingga rata.
- Panaskan minyak. Aduk adunan baru masukan baking powder, kacau sehingga rata.
- Apabila minyak telah panas, Kepok adunan dengan telapak tangan.
- Ambil adunan dengan tangan dan liraikan adunan dengan jari secara berputar di atas minyak.
- * Jarak tangan dari atas minyak lebih kurang 20-25cm sewaktu proses 'mengurai'
- *Ulang 3-4 genggam untuk setiap kali menggoreng. Jika terlalu banyak nanti ia akan melekat antara-satu sama lain.
- Adunan akan menyebar memenuhi kuali. Biarkan sedikit mengeras sebelum angkat hujungnya dan terus lipat 2.
- Jangan sekali-kali mengacau atau 'menguis' selagi belum mengeras kerana akan menyebabkan ia melekat antara satu sama lain dan tidak akan 'bersarang'.
- Setelah melipat, perlahan kan api sedikit supaya ia masak dengan sekata.
- Goreng sehingga warna keperangan. Toskan dalam penapis yang berasalaskan kertas serap minyak.
- Biarkan sejuk seketika sebelum masukkan kedalam bekas yang bertutup untuk tahan lebih lama.
- Besarkan sedikit api dan PASTIKAN minyak betul-betul panas, dan ulang sehingga habis adunan.
Nasi Ayam Penyet
Komentar
Posting Komentar