Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2014

Ayam Goreng Berempah

Gambar
Ayam Goreng Berempah Bahan-bahan (Ingredient) 1/2 ekor ayam di potong kecil 3 batang serai - potong ambil bahagian putih * Sebiji bawang besar * 3 ulas bawang putih * 1 sudu besar cili kisar Seinci halia * Seinci kunyit * 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu besar jintan manis 2 sudu tepung jagung Sebiji telur - pukul ringan Daun kari - di ramas Sedikit garam dan gula sebagai perasa Cara-cara : Kisar bahan bertanda *.  Ketepikan. Sangai biji ketumbar dan jintan manis, kemudian tumbuk halus. Campurkan semuanya dalam satu bekas, masukkan ayam, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Gaul rata dan perap selama 1-2 jam hingga bumbu menyerap sebelum di goreng.

Kerabu Taugeh

Gambar
Kerabu Taugeh Sumber :  FB Noraini Fendi Bahan-bahan 2 cawan taugeh - cuci dan toskan 5-6 batang kacang panjang - di potong kecil 1 biji bawang besar - dimayang nipis 2-3 biji limau nipis atau limau kasturi ambil jusnya Garam dan gula secukup rasa 1/2 cawan kelapa parut Bahan di tumbuk lumat 2 biji bawang merah 1 ulas bawang putih 1/2 inci belacan - dibakar 2 biji cili merah atau cili padi - boleh tambah lagi kalau suka pedas Segenggam udang kering - rendam sekejap Cara-cara : 1.  Masukkan taugeh, kacang panjang dan hirisan bawang ke dalam bekas.  Ketepikan. 2.  Masukkan kelapa parut putih ke dalam kuali bersama bahan tumbuk, gaul rata dan sangai hingga hampir kering anggaran 10-15 minit . 3.  Tutup api dan biarkan sejuk. 4.  Gaulkan kelapa tadi bersama taugeh, kacang panjang dan bawang besar kemudian masukkan perahan jus limau, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Kerabu Taugeh

Ketam Blackpaper

Gambar
Ketam Blackpaper Bahan-bahan 3 ekor ketam - cuci dan toskan 1 biji bawang besar potong dadu 1/2 in halia - di hiris 3 ulas bawang putih - di hiris 1 sudu besar lada hitam - tumbuk 3 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos lada hitam 3 sudu besar kicap pekat 1 tangkai daun bawang dan daun ketumbar - di hiris garam dan gula secukup rasa Cara-cara : 1. Gaul ketam dengan 2 sudu besar tepung jagung.  Goreng sebentar hingga kulit ketam berubah warna kemerahan.  Angkat dan toskan. 2. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi.  Masukkan lada hitam, gaul rata. 3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan sos lada hitam.  Kacau dan masukkan sedikit air. 4. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.  Bila mendidih masukkan ketam, gaul hingga rata. 5. Apabila masak, tutup api dan tabur dengan daun bawang dan daun ketumbar. Ketam Blackpaper

Pisang Goreng Keju

Gambar
Pisang Goreng Keju Bahan-bahan 1 1/3 cawan tepung beras 1/3 cawan tepung gandum 1/3 cawan tepung jagung 1 biji telur B 1 cawan air 1/2 sudu teh garam 2 sudu kecil air kapur cair 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 3 biji pisang tanduk atau pisang nangka - belah Keju cheddar di sagat atau kepingan keju chesdale di potong kecil Cara-cara : 1.  Satukan semua bahan.  Gaul hingga rata. 2.  Biarkan bancuhan selama 10-15 minit. 3.  Masukkan pisang yang telah di potong dan salut dengan bancuhan tepung. 4.  Panaskan minyak dan goreng terendam hingga masak.   Toskan di atas tissue dapur. 5.  Sagat parutan keju ke atasnya semasa pisang masih panas.  Pisang Goreng Keju

Popia Nestum

Gambar
Biskut Popia Nestum Sumber :  FB Bahan-bahan 1 bungkus besar popia Lidi satay utk menggulung Telur sebagai bahan pelekat Minyak masak untuk menggoreng 1/2 cawan horlicks 1/2 cawan gula - kisar halus 1 cawan nestum - kisar halus Cara penyediaan : 1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong. 2. Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm. 3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecil hingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu. 4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dengan horlicks, gula dan nestum kisar.  Gaul hingga rata. Simpan dalam bekas kedap udara. Popia Nestum

Cucur Udang Mamak Penang

Gambar
Cucur Udang Mamak Penang Resipi :  Mohammad Roslan @ Balanabiar Wordpress.com Bahan-bahan (Ingredient) 250gm tepung gandum 3 tangkai daun kuchai - potong 1in Segengam taugeh 60gm udang kecil - di cincang 1/2 biji bawang besar hiris halus 1/2 sudu teh yis segera + 60ml air suam + 1/4 sdt gula kasar 1 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 300ml air Minyak secukupnya untuk menggoreng 20 ekor udang sederhana - hiasan Cara-cara : Larutkan yis bersama air suam dan gula, kacau dan biarkan selama 10 minit hingga berbuih. Masukkan tepung dalam sebuah bekas, tuang larutan yis dan kacau rata. Kemudian masukan garam, daun kucai, taugeh, serbuk kunyit ke dalam tepung.  Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan yang sesuai tidak cair atau likat.  Tutup adunan dan rehatkan selama 1 jam untuk adunan mengembang.  Aduk kembali adunan. Panaskan sendok selama 5 minit di dalam minyak.  Tinggalkan sedikit minyak panas di dalam sendok, kemudian masukkan 1 sudu besar adunan ke dalamn

Tauhu Kukus Goreng

Gambar
Tauhu Kukus Goreng Bahan-bahan 230gm / 2 packet tofu telur 180gm tauhu / 2 keping 3 sudu besar tepung gandum 2 biji telur ayam 100gm isi ikan salmon  / udang / ayam (terpulang citarasa) 1 batang daun bawang / daun kuchai - hiris 2 tangkai kacang buncis - potong halus jika suka 1 ulas bawang merah - cincang 1/2 sudu kecil garam / serbuk pati ayam sedikit serbuk lada putih 1 tangkai cili merah - cincang 15 biji telur puyuh - rebus buang kulit (optional) 15 Acuan kecil - di gris Cara-cara : 1.  Lenyek tofu dan tauhu hingga halus.  Masukkan tepung gandum, isi ikan, kacang buncis, daun bawang, , cili merah, bawang merah, garam dan serbuk perasa.   Masukkan telur dan gaul hingga rata. 2.  Gris acuan kecil / acuan lompang dengan minyak masak.  Masukkan adunan tauhu, letakkan telur puyuh di atasnya.  Kukus selama 15-20 minit hingga masak. 3.  Keluarkan dari acuan dan sejukkan dahulu. 4.  Goreng di dalam minyak terendam hingga keperangan.  Tos dan hidang bersama salad dan sos cili. Tauhu Kukus

Udang Goreng Blackpepper

Gambar
Udang Goreng Blackpepper Resepi : Chef Joha Hassan Bahan-bahan 500gm Udang Segar (Tiger Prawns) – dibersihkan. 1 biji bawang besar – dihiris 1 biji bawang besar – dikisar 2 ulas bawang putih ditumbuk lumat 1 biji cili bol (capsicum) – dipotong dadu 2 sudu besar biji lada hitam – ditumbuk lumat 1 sudu sos lada hitam - K1 tambah 1/2 sudu teh biji ketumbar – ditumbuk lumat 1/2 inch halia – ditumbuk lumat 1 tangkai – daun ketumbar – di potong kasar Garam dan gula secukup rasa 4 sudu besar minyak masak untuk menumis Cara-cara : 1.  Panaskan minyak di kuali, masukan rempah yang di tumbuk lumat, bawang kisar. Bila aroma rempah mula bangkit masukan Udangnya. Gaulkan hingga sebati. 2.  Masukkan garam dan gula dan taburkan daun ketumbar, rasa biarlah manis sedikit. 3.  Masukan Cili Bol (Capsicum) yang di potong dadu. Gaulkan untuk 5 mins. Udang sudah masak bila kulit nya berwarna merah. Sajikan panas2 bersama nasi putih. Udang Goreng Blackpepper

Sambal Sotong Kembang

Gambar
Sambal Sotong Kembang Bahan-bahan 1 ekor sotong kembang - potong saiz yang sesuai 1 labu bawang besar - hiris bulat 1 batang serai - di ketuk garam dan gula secukup rasa sedikit air asam jawa minyak untuk menumis Bahan Kisar 3 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 10 tangkai cili kering - rebus, tos 1 sm belacan Cara-cara : 1.  Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.  Masukkan serai dan sotong, gaul rata dan masak sebentar. 2.  Masukkan air asam jawa dan bawang hiris, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Sambal Sotong Kembang

Sotong Kangkung

Gambar
Sotong Kangkung Bahan-bahan 300gm kangkung, dicelur 1 ekor sotong kembang (besar), dihiris 1 biji timun, dipotong 1/2 biji nanas, dipotong 4-5 keping tauhu bergoreng, dihiris 1 sudu besar bijan, sangai 1-2 sudu besar kacang tanah goreng, ditumbuk Bahan Sos 1 sm kiub belacan, dibakar 3 sudu besar petis udang 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar kicap manis 10-12 biji cili padi, ditumbuk/dihiris halus 1 sudu besar pes cili, atau ikut suka pedasnya 5-6 sudu besar gula halus 1/2 keping gula melaka garam secukupnya 3-4 sudu besar air suam Cara-cara : 1.  Tumbuk cili padi dan belacan sampai lumat.   Masukkan gula melaka, gula dan garam.  Tumbuk hingga rata. 2.  Masukkan ke dalam mangkuk, gaul bersama petis udang, kicap pekat dan manis.  Tambahkan sedikit air suam jika terlalu likat. 3.  Hidang bersama kangkung, timun, tauhu bergoreng dan sotong kembang. Letak dalam pinggan. Taburkan bijan dan kacang tanah.  Sotong Kangkung

Salmon Quiche

Gambar
Salmon Quiche Doh Pastri 190gm tepung gandum 120gm mentega sejuk 1 biji kuning telur 2 sudu kecil air sejuk dari peti sejuk Acuan Tart 8 in atau 6 acuan mini - di gris Cara-cara : 1.  Satukan tepung gandum dan mentega, gaul hingga menjadi seperti serbuk roti. 2.  Masukkan kuning telur dan sedikit air sejuk, uli sehingga menjadi doh. 3.  Bungkus doh dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit. 4.  Keluarkan doh dan canai diantara dua keping plastik setebal 3mm dan lebih lebar dari saiz acuan tart. 5.  Masukkan pastri ke dalam acuan tart, trim bahagian atasnya dan cucuk dengan garpu.  Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit. 6.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 20 minit pada suhu 160C. 7.  Sejukkan dahulu sebelum di isi dengan filing. Bahan Filling 1 sudu besar minyak zaitun 1/2 biji bawang besar - di cincang 1 tangkai daun kucai - potong kecil 100gm isi ikan salmon - potong kecil 100gm parutan keju cheddar / mozarella 2 biji te

Biskut M&M Oats Monster / Monster Cookies

Gambar
Biskut M&M Oats Monster  / Monster Cookies Olahan dari :  Justataste.com Bahan-bahan 100gm gula kaster 100gm gula perang 115gm mentega 1 biji telur A 120gm peanut butter halus atau kasar 2 sudu kecil esen vanila 1 sudu kecil baking soda 1/4 sudu teh garam 250gm oats 120gm mini m&m 120gm chocolate chips Cara-cara : 1.  Pukul mentega, gula kaster, gula perang hingga berkrim.  Masukkan telur dan putar sebati. 2.  Masukkan peanut butter, esen vanila, baking soda dan garam.  Putar hingga bergaul rata. 3.  Masukkan oats, mini m&m dan chocolate chips, putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata. 4. Scoop adunan ke dalam dulang pembakar yang beralas baking paper / silpat.  Jarakkan adunan kerana biskut ini akan mengembang. 5.  Bakar pada suhu 160C dalam oven yang di panaskan dahulu di rak tengah selama 10-15 min (bergantung pada oven) 6.  Keluarkan dari oven, biarkan biskut mengeras di atas dulang pembakar.  Biarkan sejuk dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara. Bi

Kek Lapis Keju Masam Manis

Gambar
Kek Lapis Keju Masam Manis Sumber :  Amie's Little Kitchen Olahan : K1@Citarasawan Bahan-bahan: 250 gram Philadelphia Cream Cheese - suhu bilik 100 gram parutan Parmesan Cheese 450 gram mentega tulin 100 gram gula halus 1/2 tin susu pekat manis (200gm) 10 biji telur gred A 30 gram ovalette - 2 sudu kecil 300 gram tepung Hong Kong 100 gram Horlicks haw flakes secukupnya pewarna hijau pandan Loyang 8 x 8 x 3, dialas dan digris dasarnya. Cara-cara : 1. Pukul mentega hingga putih, kemudian masukkan gula serta ovalette.  Pukul hingga sebati. 2. Masukkan cream cheese serta parutan parmesan cheese. Pukul sehingga licin dan berkrim. 3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul sehingga  kembang dan pekat. 4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah. 5. Masukkan tepung Hong Kong diikuti dengan Horlicks. 6. Setelah adunan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian. satu bahagian di letak pewarna hijau pandan, dan satu bahagian lagi tanpa warna atau warna yang di sukai. 7. Am

Udang Sichuan / Sichuan Prawns

Gambar
Udang Sichuan / Sichuan Prawns Bahan-bahan 20 ekor udang sederhana besar 2 ulas bawang putih - cincang 1/2 in halia muda - cincang 2 tangkai daun bawang - potong 1/2 biji capsicum hijau / merah - dadu 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 1 sudu kecil cuka hitam / cuka cider 2 sudu kecil gula 2 sudu kecil minyak bijan 2 sudu besar minyak masak Cara-cara : 1.  Kupas udang, tinggalkan bahagian ekornya. 2.  Tumis bawang putih, halia hingga naik bau.  Masukkan sos tomato, sos cili, minyak bijan, cuka hitam dan gula.  Masukkan udang, gaul rata dan jika pekat boleh tambah sedikit air.  Renehkan sebentar. 3.  Masukkan capsicum dan daun bawang, gaul rata. 4.  Angkat dan hidangkan dengan taburan daun bawang. ** Jangan letak cuka hitam terlalu banyak kerana rasanya sangat keras.  cuka hitam halal boleh di dapati di pasaraya. Udang Sichuan / Sichuan Prawns